Wednesday, October 11, 2023

Kisah Abu Bakar Al-Miski

Sebuah kisah seorang pemuda yang berjualan barang dari rumah ke rumah. Namanya Abu Bakar. Parasnya kacak dan memikat para wanita. Satu hari, seornag wanita kaya dalam sebuah rumah agam memanggilnya untuk melihat barangannya. Apabila dia masuk ke dalam, rupanya wanita itu mahukan yang lain. Wanita itu mahu Abu Bakar itu melayaninya selaku lelaki. Dengan kita lain, mengajaknya berzina. Abu Bakar itu orangnya sangat bertakwa dan menjaga maruah diri. Akalnya berputar mencari helah.

Lalu ditanya di mana dalam rumah itu ada tandas. Dia mahu membersihkan dirinya. Kononnya agar dirinya dalam keadaan bersih dan menyenangkan sebelum melayani cik puan itu. Apabila dia masuk ke dalam tandas, dan tandas zaman itu ada tong bekas simpana najis, dia mengambil najis dan melumuri badannya. 

Bila dia keluar dengan bau busuk dan najis yang berlumurna di badan, tentu perempuan itu tidak suka dan patahlah nafsu jahatnya. Dia menghalau Muhammad itu keluar dari rumahnya. Namun, bagi Abu Bakar, itulah jalan selamat. Ketika dia lalu di tempat orang, mereka mencium bau harum daripadanya. Bukan bau yang busuk. Itulah karamah kurniaan Allah buat hambaNya yang soleh dan bertakwa. 

Sejak itu, dia dikenali dengan Abu Bakar Al-Miski.

Kisah ini sellalu diceritakan orang. Sumber cerita boleh diambil daripada kitab Zammul Hawa karya Ibn Al-Jauzi( Dalam Bab Al-Mawa'iz Wal Majalis)

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...