Thursday, October 5, 2023

KITAB BIHARUL ANWAR

Kitab ini adalah salah satu kitab yang menghimpun hadis-hadis kalangan Syiah dan ia adalah antara kitab utama dalam Syiah Imamiyyah. Nama penuh kitab itu ialah (    بحار الأنوار الجامعة لدرر أخبار الأئمة الأطهار    )Ia ditulis oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi (1037-1111H) pada zaman tegaknya kerajaan Safawiyyah yang bermazhab Syiah. Ia dianggap kitab hadis terbesar Syiah dan mengandungi 110 Jilid. Beberapa jilid daripadanya, disebabkan mengandungi celaan dan cemuhan melampau ke atas Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, Aisyah dan Hafsah, ia dilarang pencetakan di Iran.


Sayyid Kamal Al-Haidari(seorang ulama mufakkir Syiah) menyebutkan dalam satu rakaman videonya bahawa Allamah Al-Majlisi itu tidaklah mengatakan semua dalam kitahbnya adalah Saheh. Ini berbeza dengan Al-Kulaini dalam Al-Kafi, dia menegaskan bahawa tidaklah dia memasukkan dalam kitabnya melainkan hadis-hadis yang saheh.

Menurut Al-Haidari, tiada dalil dakwaan bahawa semua dalam Biharul Anwar itu saheh adalah berdasarkan beberapa hujjah:

1) Penamaan kitab itu sendiri dengan nama "bihar" (laut), ia membawa maksud bercampurnya pelbagai di dalamnya. Dalam laut ada permata, marjan, lu'lu' dan juga batu batan serta sampah sarap.

2) Metodologi Al-Majlisi adalah mengumpulkan secara pukal semua hadis yang sampai kepadanya daripada pelbagai sumber, tidak kira madu atau racun dan membiarkan ia dinilai oleh orang kemudian, Dalam Al-Bihar itu kedapatan hadis-hadis yang jelas rekaannya menurut Syiah dan tak mungkin diucapkan atau dilakukan oleh para imam Syiah.

3) Kedapatan ramai ulama yang menyifatkan Al-Majlisi sebagai penulis sejarah dan bukan hadis dan Biharul Anwar itu bercampur aduk dalamnya permata dan batu.


Catatan: Umpamanya kisah Auj bin Unuq disebutkan dalam Biharul Anwar. Ianya sebuah kisah yang tidak logik dan membuatkan akal mentertawakannya. Kisah tersebut juga diwaradkan dalam kitab-kitab tafsir ulama Sunni tatkala menafsirkan kisah keengganan Bani Israil memerangi negeri yang dijanjikan Allah sebagaimana yang diarahkan Musa. Alasan mereka adalah kerana di dalamnya ada "Qauman Jabbarin". Maka Qauman Jabbarin itu dikatakan adalah Auj bin Unuq, seorang manusia gergasi yang amat besar dan tinggi.


Dalam Biharul Anwar juga diriwayatkan hadis dari Imam Abu Hasan Ar-Ridha bahawa nabi Muhammad SAW pernah melihat Allah dalam rupa  seorang pemuda berusia 30-an dan kedua kakinya berkasut hijau.(Rujuk: Maktabah Syiah)

Saksikan video: Riwayat Maudhu' dalam Biharul Anwar

Rujuk: Alhaydari 

No comments:

Post a Comment

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia dise...