Nabi SAW dalam hadis yang saheh menyebutkan lebih 1400 tahun yang lau:
بعثت والساعة كهاتين وأشار بالسبابة والوسطى
" Aku dibangkitkan sebagai Rasul sedangkan hari kiamat tinggal seperti ini( Nabi memberi isyarat dengan jari tengah dengan jari telunjuk)
Apa yang dimaksudkan oleh rasulullah dalam hadis ini adalah sangat dekatnya kiamat dan tiada lagi nabi sesudah baginda hingga berlakunya kiamat.
Telah berlegar perkataan di kalangan sebilangan orang yang belajar agama, kiamat akan berlaku sebelum tahun 1500H. Sekarang sudah 1445H. Pendapat ini disandarkan kepada nukilan yang dititipkan oleh Imam As-Suyuthi dalam kitabnya Al-Hawi (Jil 2 Ms 249-256). Dalam kitab tersebut , Imam As-Suyuti menyebutkan bahawa umur dunia adalah 7 ribu tahun dan nabi Muhammad SAW diutruskan pada akhir alaf ke-6. Lalu berbaki umur dunia tidak lebih 1500 tahun sejak wafatnya nabi SAW.
Demikianlah perkataan yang dinukilkan oleh Imam As-Suyuti
Perkataan seperti ini diduga besar bersumberkan israiliyyat dan halk mengenai umur dunia itu adalah rahsia besar yang tidak boleh sama sekali diduga oleh sesiapapun.
Imam As-Suyuti juga bersandarkan hadis yang tidak saheh yang diriwayatkan oleh Ad-dhohak bin Zumal Al-Juhani
Imam At-Tobari adalah antara ulama yang berbuat silat dalam perkiraan umur dunia ini. Dia membawakan nas-nas yang mengarahkan kepada kesimpulannya bahawa umur dunia tidak akan melewati 900 tahun selepas kebangkitan nabi SAW.
Sekarang sudah lebih 1400 tahun? Ternyatalah bahawa Imam At-Tobari buat silap!
As-Suhaili cuba menerjah umur dunia dengan cara menghimpunkan huruf-huruf muqata'ah di awal surah lalu dia membuang mana-mana yang berulang. Lalu dikirakan jumlahnya untuk dikaitkan dengan umur dunia selepas kerasulan nabi SAW. Dia membuat kiraan jumlah adalah 930 huruf. Oleh itu dia menyebutkan bahawa umur ummat Muhamamd tidka akan mencapai 1000 tahun.
Kiraan sebegini adalah berdasarkan nilai bagi sesuatu huruf. Di bawah ini adalah jadual nilai setiap hruf Abjad yang digunapakai.
Kaedah mengira huruf dengan cara di atas adalah salah satu bentukl sihir dan anggapan ini diriwayatkan daripada Ibn Abbas.
Nila di atas adalah berdasarkan kiraan orang Maghribi
Huruf sin=300 dan huruf Sad=60 (di sisi orang Maghribi)
Huruf Sin=60 dan huruf Sad=90 (Di sisi orang sebelah Timur)
Ternyata perkiraannya salah. Kini sudah 1400 tahun lebih dan kiamat belum berlaku!
Rujuk: Islamqa
Baca: Kritikan ke atas pandangan Suyuthi
Ibn Qayyim dalam Al-Manarul Munif , ms 80 menyifatkan perkiraan mengenai umur berbaki sebelum kiamat itu , jika disebutkan dalam hadis, maka hadis itu adalah palsu. Kata Ibn Qayyim pada zamannya, jika diikut kiraan meraka, kiamat akan berlaku lagi 251 tahun. Ini bermakna kita mampu mengetahui tahun bila akan berlakunya kiamat. Ini merupakan dusta yang nyata.
Rujuk : Shamela
Penolakan yang sama juga dinyatakan oleh Ibn Kathir. Katanya, semua andaian yang dibuat mengenainya adalah menyalahi Quran dan Sunnah. Beliau menegaskan :
لا يعلم ما مضى إلا الله، أي: مقدار ما مضى من الدنيا.
Rujuk: Shamela
No comments:
Post a Comment