Friday, April 19, 2024

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini perlu dijelaskan kerana ia melibatkan pengharaman syariat untuk sedekah dan zakat ke atas mereka. Oleh itu

Oleh itu anak-anak Uthman bin Affan dengan Ruqiyyah binti Rasulillah tidka dinamakan Bani Hashim.

Hasan dan Hussain putera Fatimah binti Rasulullah SAW dianggap Bani Hashim kerana mereka berdua adalah putera Saidina Ali bin Abu Talib bin  Abdul Mutallib bin Hashim.

Diandaikan jika Fatimah berkahwin dengan orang lain, yang bukan daripada keluarga Bani Hasyim, maka tidaklah Hasan dan Hussain menjadi Bani Hashim.

Dewasa ini, jika seorang lelaki yang bukan dari Ahli Bait menikahi seorang perempuan daripada Ahli Bait, maka lelaki itu dan anak-anak yang lahir tidak diharamkan atas mereka sedekah dan zakat.

Dari segi kafa'ah, lelaki bukan Syarif tidak kufu dengan perempuan Syarifah, namun pernikahan keduanya tetap sah. Ketiadaan kafaah kerana perbezaan nasab ini adalah hasil ijtihad ulama. Tiada dalil secara langsung yang menyebuitkan Ahli Bait tidak sekufu dengan bukan Ahli Bait. Hanya ada nas yang menyebutkan soal kelebihan tertentu bangsa Arab dengan bukan Arab.Kelebihan Kabilah Quraisy denagn yang bukan Quraisy. Kelebihan suku Bani Hasyim atas yang yang bukan Bani Hasyim walaupun berbangsa Quraisy. Daripada hadis yang menyebutkan tentangnya, timbullah ijtihad ulama tentang kewujudan niklai kafa'ah dalam aspek berkaitan nasab.

Kaedah Syarak, anak mengikut ayah dalam nasab.

Namun, bagi anak-anak Fatimah binti Rasulillah SAW, ia terkecuali. Ia termasuk dalam Khususiyyat Nabi Muhammad SAW sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

كُلُّ بني أُنْثَى فَإِنَّ عَصَبَتَهُمْ لأَبِيهِمْ، مَا خَلا وَلَدَ فَاطِمَةَ، فَإِنِّي أَنَا عَصَبَتَهُمْ، وَأَنَا أَبُوهُمْ

Semua anak kepada seorang perempuan. Mereka akan dinasabkan kepada ayah-ayah mereka kecuali anak Fatimah. Dia akan dinasabkan pada aku dan aku ialah ayah mereka.

(HR. al-Hakim)

Namun hadis di atas dihukumkan Daif dan tidak boleh dijadikan Hujjah. Hukum Daif tersebut disebutkan oleh Ibn Al-Jauzi dan juga Albani..

(PENULISAN DI ATAS TIDAK SELESAI-Isu Nasab ini banyak polemik dan khilaf pendapat)

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...