Sikap yang diangkat oleh kalangan sesetengah ulama dalam masalah takfir adalah seperti tersurat dalam satu kata-kata:
نحن نكفّر الفعل ولا نكفّر الفاعل، نكفّر القول ولا نكفر القائل الأشخاص متروكين إلى الله
Kami mengkafirkan perbuatan dan tidak yang membuatnya. Kami mengkafirkan perkataan dan tidak yang mengatakannya. Seseorang itu samada kafir atau tidak terpulang kepada Allah SWT".
Namun, sikap seperti di atas ada masalahnya. Apakah hukum yang hendak kita jatuhkan atas seseorang yang mencela Allah dan Rasul? Apakah kita hendak mengatakan bahawa perkataan cela itu adalah kafir namun si pencela tidak dihukumkan kafir?
Allah berfirman:
يَحْلِفُونَ بِاللهِ مَا قَالُواْ وَلَقَدْ قَالُواْ كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُواْ بَعْدَ إِسْلاَمِهِمْ
Surah A-Taubah:74
لا خلاف عند الأشعري وأصحابه بل وسائر المسلمين أنَّ من فعل أفعال الكفار فهو كافر مخلّد في نار جهنم
أجمع العلماء على أن شاتم النبي كافر والمنتقص له كافر ومن شك في كفره وعذابه كفر
Banyak nukilan perkataan imam-imam yang menghukum kafir atas penutur satu-satu perkataan kufur sama seperti pembuat satu-satu perbuatan kufur.
Antaranya ialah perkataan Imam Al-Auza'i kepada khalifah mengenai Ghailan Ad-Damsyiqi:
كافرٌ وربّ الكعبة يا أمير المؤمنين
Walau bagaimanapun tidak boleh mengkafirkan seseorang yang menuturkan sesatu perkataan kafir atau melakukan sesuatu perbuatan kafir melainkan setelah ditegakkan hujah atasnya.
Umpamanya satu orang baca ayat Quran lalu dia mengatakan bahawa ayat ini bukan daripada Quran, sedangkan ia memang ayat Quran. Perkataan itu kafir tetapi penuturnya belum boleh dihukumkan kafir sehingga dipastikan ternafi segala keuzurannya. Barangkali dia jahil, cuai dan sebagainya.
Tetapi , kalau seseorang baca hadis lalu dia mengatakan hadis ini memang daripada Rasulullah SAW tetapi saya tidak setuju dengan Rasulullah. Maka perkataan ini kafir dan orangnya jadi kafir.
Takfir atas individu tertentu hendaklah tertakluk kepada cukupnya syarat dan ternafinya mawani'.
No comments:
Post a Comment