Monday, April 1, 2024

Salah faham kalam Imam Bukhari

Telah berlaku khilaf yang panas antara Imam Bukhari dengan gurunya Muhammad bin Yahya Az-Zuhli. Gurunya itu telah melebelkan Imam Bukhari sebagai Muktazilah. Ia berawal daripada onar para murid. Murid yang melontarkan pertanyaan kepada guru. Bila guru menjawab, jawapan guru diviralkan sehingga menimbulkan tanggapan yang salah orang lain terhadap jawapan sang guru.

Hubaya-hubaya wahai para ustaz, tok guru , syeikh dan seumpamanya tatkala menjawab pertanyaan orang yang bertanya.

Imam Bukhari ditanya oleh seorang murid tentang isu dewasa itu yang masih hangat. Isu yang dipopularkan oleh golongan muktazilah.

"Apakah Al-Quran itu makhluk?"

Lalu Imam Bukhari menjawab.
"Lafzi bil Quran makhluk", (ucapan/lafazku terhadap Quran itu adalah makhluk)

Lalu jawapan Imam Bukhari menjadi satu perangkap yang merosakkan reputasinya. Terlebih lagi jawapan itu diucapkan di Bukhara yang mana gurunya Muhammad bin Yahya Az-Zuhli tinggal dan membangunkan kemasyhurannya.

Murid yang ingin melihat drama panas para ilmuan keluar bersiponggang melantunkan gosip.

Imam Bukhari seorang muktazili!

Dia kata Quran makhluk!

Dia menyalahi jalan ahli Sunnah!

Imam Ahmad bin Hambal rela dipenjara dan disiksa pada masa lalu demi menegaskan bahawa Quran bukan makhluk. Ini Imam Bukahari senang-senang mengatakan Quran adalah makhluk!

Demikian jawapan Imam Bukahri yang ringkas itu dimainkan. Ia ditokok tambah dan direncahkan agar lebih sedap digoreng. Lepas goreng dan dapat cop Imam Bukhari sebagai Muktazilah, rasa sangat hebat. Imam besar dan tokoh dapat ditajrihkan serta dimalukan, tentulah puas hati bagi para murid yang sedemikian.

Maka, Imam Bukhari terpaksa menanggung akhibat daripada manipulasi yang dimainkan orang daripada kalamnya. Dia dimusuhi gurunya sendiri. Dia terpaksa meninggalkan Bukhara. Dia mati dalam keadaan terbuang.

Imam Bukhari meninggalkan Nisabur dan menuju ke Marw. Di Marw, Imam Bukhari disambut oleh Ahmad bin Sayyar dan dia mengatakan bahawa dia menyetujui apa yang Imam Bukhari katakan. Namun orang ramai tidak menerimanya. Imam Bukhari mengatakan bahawa dia ditanya sesuatu yang dia tahun jawapannya dan dia tidak boleh menyalahi apa yang dia yakini benar. Ahmad bin Sayyar pun menjauhi Imam Bukhari.

Lalu Imam Bukhari  meninggalkan Marw dan menuju ke negeri tumpah darahnya Bukhara. Orang Bukhara mahu menyambutnya. Namun Muhammad bin Yahya Az-Zuhli mengutuuskan surat ke gabenor Bukhara , Khalid bin Ahmad memberi tahzir. Dinyatakan bahawa Imam Bukhari bukanlah di atas jalan Sunnah. Maka Imam Bukhari dinasihatkan agar tidak masuk ke Bukhara.

Imam Bukhari wafat pada tahun 256H dalam perjalanan menuju Samarkand. Dia meninggal sebagai orang terbuang. Bandar Islam saat itu enggan menerimanya. Demikian sukarnya Imam Bukhari pada akhir hayatnya sehingga dia sendiri mengangkat tangan ke langikt dan berdoa:

اللهم إنى قد ضاقت علىَّ الأرضُ بما رحبت، فاقبضنى إليك


Di sini, para ulama selalu memperingatkan agar jangan suka manipulasi percakapan orang. Orang ucapkan satu kata yang maksudnya lain. Kita sambung kalamnya dengan maksud yang kita fahami.

Kaedah menyebut:

Lazimul Qaul laisa bi Qaul.

Apa yang difahami daripada satu perkataan, tidak semestinya maksud perkataan itu.

Ma'azallah!

Imam Bukhari tokoh alim yang hebat. Dia tidak bermaksud bahawa Quran adalah Makhluk. Namun Kalamnya ditafsirkan ke arah itu oleh para pencandu tafriq baina nas. Kerja memecahkan antara manusia, menimbulkan perasangka adalah perkerjaan Syaitan. Maka para pencandu itu adalah khalifah-khalifah Syaitan.

Seorang muslim yang baik, apabila mendengar kalam seorang akan bersangka baik dan cuba mencari takwilan yang menyelamatkannya. Ia hendaklah mencari tahu apa maksud sebenar kalamnya dan bukan buat tafsiran sendiri.

Kaedah lazimul qaul laisa biqaul akan jadi pedoman.

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...