Monday, April 15, 2024

Benarkah Syiah Rafidhah lebih berbahaya daripada Yahudi dan Nasrani?

Dalam Al-Quran Allah berfirman meneritakan tahap permusuhan Yahudi dan Nasrani ke atas orang-orang yang beriman:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri.

(Al-Maidah:82)


Namun, kalangan tokoh Salafi menyebutkan bahawa bahaya Syiah Rafidhah itu atas ummat Islam adalah melebihi bahaya Yahudi dan Nasrani. Mereka memetik kalam-kalam yang dinukilkan daripada tokoh-tokoh ulama Salafi Seperti Ibn Taimiyyah dan apa yang dicatatkan oleh murid-muridnya seperti Imam Az-Zahabi, Ibn Kathir dan Ibn Al-Qayyim.

Bahaya Syiah ke atas ummat Islam melebihi bahaya Yahudi dan Nasrani. Merujuk kepada akidah sesat Syiah, doktrin mereka serta angkara murka yang mereka lakukan dalam sejarah, maka Syiah disifatkan sangat berbahaya. Jika Syiah berada dalam masyarakat Ahli Sunnah, ia lebih memudaratkan berbanding keberadaan Yahudi dan Nasrani di kalangan Umat Islam.

Umat Islam Ahli Sunnah tidak tidak dapat melupakan apa yang telah dilakukan oleh Ibn Alqami terhadap Khalifah Abbasiyyah dan keterlibatannya sebagai antek kafir Mogol yang meranapkan Kota Baghdad.

Baca: Muqbel

Sehingga demikian, terbikan kalam para ulama yang meletakkan bahaya Syiah itu melebihi bahaya Yahudi dan Nasrani.

Namun, sesiapa yang INSAF menyemak kalam Ibn Taimiyah, dia tidak merujuk kepada Syiah secara umum. Apa yang dia katakan sebagai lebih merbahaya dari Yahudi dan Nasrani itu merujuk kepada beberapa firqah Batiniyyah yang kebetulan ia adalah Syiah.

Syiah Batiniyyah seperti Ismailiyyah, Nusairiyyah, Qoramitah dan Hasyisyiyyah turut dinafikan oleh Syiah Imamiyyah-Jaafariyyah dan Zaidiyyah sebagai sebahagian daripada mereka.

Maka, apabila diambil kalam Ibn Taimiyyah dan ulama-ulama lain yang meletakkan tahap bahaya Syiah Rafidhah melebihi yahudi dan Nasrani, ia merujuk kepada kelompok Syiah Batiniyyah yang turut dikafirkan oleh Syiah Imaiyyah.

Mengenai kelompok Syiah yang hari ini dikenali sebagai Imamiyyah-Ja'fariyyah, sememangnya sebahagian perkataan yang warad daripada mereka itu kufur. 

Namun, kafir sesuatu perkataan bukanlah bermaksud kafir penuturnya.


القول بكفر القول لا يلزم منه كفر قائله


Sebaliknya pula, kalangan ulama Syiah sendiri menganggap Ahli Sunnah kebih bahaya daripada Yahudi dan Nasrani. Kata Ni'matullah Al-Jazairi dalam Al-Anwar An-Nu'maniyyah, ms 206=207:

إنهم كفار أنجاس بإجماع علماء الشيعة الإمامية، وإنهم شرّ من اليهود والنصارى، وإن من علامات الناصبي تقديم غير علي عليه في الإمامة

"Sesungguhnya mereka(nasibi/ahlus sunnah)) dengan ijmak ulamak Syiah Imamiyyah, adalah lebih jahat daripada Yahudi dan Nasrani dan di antara petanda seseornag itu Nasibi ialah mengutamakan selain Ali bin Abi Talib dalam keimaman".


Rujuk: Maktabah


No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...