Monday, April 1, 2024

Muktazilah dan Kahawarij-Apakah mereka kafir?

 Nabi menyatakan dalam hadis:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة

" Ummatku akan terpecah kepada 73 golongan...".

(Hadis Saheh Riwayat Al-Baihaqi, Alhakim dll)

Maka, di antara firqah yang terpecah itu adalah Khawarij dan Muktazilah. Kedua-duanya mempunyai usul akidah yang berbeza dengan Ahli Sunnah. Kerana kedua-dua firqah ini dibilangkan sebagai ummat nabi Muhammad SAW, maka para ulama berbeza tetang status kedua-dua firqah ini. Apakah mereka kafir atau masih Islam?

Berdasarkan hadis di atas, segolongan ulama menjadikannya dalil bahawa Khawarij dan Muktazilah masih Islam.

Imam An-Nawawi dalam Al-Majmuk menukilkan kalam As-Isfariyini:والخوارج ليسوا بكفار

Namun, ada golongan ulama yang menghukumkan mereka sebagai kafir atas kaedah yang disebut:
لازم المذهب مذهب

Maksudnya, satu ornag yang mengikut satu mazhab, maka ia dihukumkan dengan hukum mazhab itu. Maka para muktazilah dihukumkan kafir atas kekafiran akidah mazhab muktazilah.

Namun, kaedah tersebut ditolak sebahagian ulama dengan menyebutkan kaedah:

لازم المذهب ليس بمذهب

Maksudnya, pengikut sesuatu aliran tidak boleh dihukumkan dengan hukum aliran atau mazhab tersebut. Maksudnya, sekalipun satu mazhab itu sesat hingga ke tahap kafri disebabkan kepincangan akidah mazhab tersebut, namun orang yang dikaitkan dengan mazhab tersebut tidak boleh dihukumkan kafir.

Sila rujuk perbincangan mengenai kaedah di atas dalam tulisan ini: Lazimul Mazhab Laisa Bi Mazhab

Rujuk juga fatwa Al-Bani mengenai kaedah tersebut: Fatwa Al-Bani

Dari segi prinsip dan usul muktazilah, jika dinilai dalam timbangan akidah ISlam, ia adalah akidah yang kufur. Berikut adalah 5 Usul Muktazilah:

1) Tauhid- Yakni Menafikan sifat Allah SWT. Tauhid menurut muktazilah adalah meyakini bahawa Allah adalah zat tanpa sifat. Segala sifat yang dikaitkan dengan Allah adalah makhluk dan bukan Allah.

2) Al-Adlu-yakni Allah tidak mentakdirkan sesuatu untuk hamba. Bagaimana Allah boleh dikatakan adil jika dia takdir sesuatu untuk hamba lalu menyisa hamba itu? Maka, untuk menegaskan keadilan Allah, mereka mengingkari takdir oleh Allah SWT.

3) Wujudnya Manzilatun Bainal Manzilatain iaitu kedudukan bagi orang muslim yang derhaka. Mereka bukan Muslim dan bukan kafir. Itulah kedudukan ketiga. Bukan hanya dua pilihan sahaja.

4) Al-Wa'id-maksudnya janji Allah pasti. Sesiapa yang dijanjikan neraka, maka pasti neraka dan tiada laggi jalan ke syurga. Keyakinian ini menolak konsep maghfirah Allah SWT. Konsep ini menolak Masyoayullah/ Semua orang Islam yang mati sebagai pelaku dosa besar akan kekal abadi dalam neraka. Pegangan ini sejajar dengan pegangan Khawarij yang punyai pegangan yang sama. Akidah ini adalah lawan kepada apa yang dipegang oleh kelompok Murjia'h yang mengatakan iman itu adalah perkataan dan niat sahaja. Amalan bukan bahagian daripada iman. Maka satu orang yang perkataannya dan niatnya meyakini sesuatu, maka amalannya tidak menjejaskannya.

5) Amar ma'ruf dan nahi munkar- Akidah ini membawa kepada wajib keluar melawan pemerintah semata-mata bila pemerintah itu buat dosa besar. 

Lima Usul di atas adalah ciri khusus muktazilah. Ia adalah meniru 5 rukun Iman yang diyakini oleh Ahli Sunnah.

Maka, melihat kepada rosaknya lima usul pegangan mereka ini, sebahagian ulama menghukumkan mereka kafir. Sebahagian mengatakan tidak , mereka cuma muslim yang derhaka. Ada juga menyatakan pandangan membezakan antara para pendakwah mereka dan pengikut. Pandakwah adalah kafir dan pengikut cuma golongan yang derhaka.


Hukum kafir ke atas muktazilah dan Khawarij ini berkaitan dengan hukum Am dan hukum Ta'yin.

Secara umum, kafirlah sesiapa yang erpegang dengan akidah muktazilah seperti mendakwa Al-Quran adalah makhluk dan Allah tidak dapat dilihat di akhirat. Ia menyalahi nas-nas dalam Quran. 

Namun, secara ta'yin/khusus, penganut fahaman muktazilah tidak boleh dikafirkan sehingga ditegakkan hujjah atasnya.

Imam Ahmad yang disiksa dalam isu Al-Quran adalah makhluk pada zaman khalifah Al-makmun, tidka mengkafirkan Al-Makmun bahkan bertarahhum untuknya.

Namun, dalam masalah jahmiyyah, ramai ulama menghukumkan mereka kafir. Jahmiyyah menafikan sifat Allah.Umpamanya mereka menafikan Ilmu dan Kalam. 

Al-Ja'du bin Dirham yang berfahaman Jahmiyyah dihukum bunuh oleh Khalid Al-Qasri kerana menafikan sifat Kalam Allah kepada Musa.




No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...