Friday, March 29, 2024

KITA HENDAKLAH MENGAMALKAN SIFAT INSAF

INSOF adalah sikap mulia yang perlu ditegakkan dalam diri setiap daripada kita. INSOF bermaksud memberikan hak yang adil kepada orang lain. Akar kalimahnya adalah "NISFUN" iaitu separuh. Ertinya separuh untuk aku dan separuh itu engkau. Ini membawa mesej adil dan sama rata. Jangan tamak nak semua. Ambil separuh dan separuh lagi hak orang lain. Ini konsep adil. Lalu, INSOF bermaksud menegakkan konsep sama rata ini. 

Sama banyak dalam material, perbuatan atau perkataan adalah asas kepada INSOF. INSOF boleh dikatakan sama semangatnya dengan WASATIYYAH.

INSAF menafikan sifat diskriminasi dan pula menolak nepotisme dan asobiyyah 

INSAF dipraktiskan dalam perselisihan ilmu dan pendapat.

Baca: Islamonline

Terlebih lagi, insaf itu perlu ditegakkan dalam diri tatkla kita bercakap mengenai para ulama ahli sunnah. Jangan melupai jasa dan pengorbanannya. Jangan pula taksub membuta tuli. Insafa adalah menghargai para ulama itu dan menyanjungnya pada apa yang patut disanjung dan membetulkan pada apa yang dia salah serta menjaga adab terhadapnya. 

Inilah maksup Insaf dalam bahasa arab

Bukan Insaf yang yang orang Melayu faham dan gunakan dalam bahasa mereka.

Satu situasi, ada kalangan mereka yang terlebih dos SALAFInya, tatkala mendapati Ibn Hajar dan An-Nawawi mengambil pendekatan mentakwilkan sifat-sifat Allah yang meusytabihat, mereka menyifatkan kedua-dua imam itu sebagai sesat dan menyesatkan .Hatta, keduanya dilebelkan sebagai Mubtadi'.

Kedua-dua imam itu mempunyai kedudukan istimewa dalam Mazhab Syafie. Fathul Bari yang dikarang oleh Ibn Hajar dan Syarah Saheh Muslim oleh Imam An-Nawawi amat besar manfatnya buat ummat. 

Kerana mereka mengambil pendekatan Takwil dan tidak TAFWIDH daan bab ayat sifat, mereka ditabdi'kan???

Ini tidak INSOF namanya. Sikap ini tidak wajar.

Jika pun mentakwilkan itu salah (mengikut pandangan Salafi), maka apa salahnya terima kesalahan itu sebagai lumrah mana-mana ulama. Ulama mana yang tidak salah? Salah dan silap adalah sifat manusiawi. Nabi sahaja yang maksum. Maka, jika kita INSAF, tidak setuju dengan pandangan mana-mana ulama dalam apa-apa bab, kita katakan dia salah dalam bab itu. Salah mereka itu adalah satu yang biasa dan tidak boleh jadi alasan itu menyesatkan mereka. Tidak boleh jadi hujah untuk membid'ahkan mereka. 

Para ulama yang berjasa dalam bidang masing-masing perlu dihargai. Zamakhsyari misalnya, sungguhpun dia dikaitkan dengan akidah muktazilahnya dan dialihat sebagai tokoh Muktazilah, orang yang INSAF tidak akan menafikan terus jasanya danlam memperkaya tafsir Al-Quran dari sudut huraian bahasa dan balaghah, ia amat istimewa. Tapis apa salah dari sudut akidah muktazilahnya dan ambil manfaat keistimewaan huraian balaghahanya.

Ibn Hajar dan Imam Nawawi hebat dalam hadis. Kita Fathul Bari jadi rujukan para penuntut ilmu. Kitab Riyadhus Solehin oleh Imam Nawawi jadi bacaan di masjid-masjid seluruh dunia. Para Salafi yang Insaf , tidak boleh jadikan alasan akidah Asya'arinya (Takwil) sebagai alasan untuk menolaknya. Sifat Insaf akan menerima perbezaan. Dua imam itu , bukan dikaitkan dengan kumpulan yang disesatkan oleh para ulama ahli Sunnh seperti Zamakhsyari dikaitkan dengan Muktazilah. Zamakhsari pun dilayan dengan Insaf, maka apatah lagi Imam Nawawi dan Ibn Hajar.

Kalau kita menilik semua ulama, tiada yang selamat dari kritikan. 

Kemelampauan orang yang tidak mengamalkan INSAF sampai ke peringkat menghukumkan wajib membakar kitab Fathul Bari dan Syarah Saheh Muslim itu. Bakar kitab kerana tidak setuju dengan pengarangnya, bukan gaya orang yang INSAF.

Seperti halnya dulu, kerana tidak setuju dengan kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Ghazali, pernah dalam sejarah kitabnya itu dibakar. Padahal Kitab Ihya Ulumuddin itu memberi faedah besar kepada ummat. Masalahnya berkaitan hadis-hadis di dalamnya. Sifat Insaf membawa TAHQIQ oleh Zainuddin Al-Iraqi. Akhirnya, faedah kitab itu dapat diambil dan dalam masa yang sama, hadis-hadis daif serta palsu boleh ditapis. Imam Ghazali bukan Nabi dan dia juga bukan ahli dalam hadis. Tapi keahliannya besar dalam ilmu hati/tasawwuf.

Demikianlah halnya pula dengan Ibn Taimiyyah. Jasanya juga besar. Karyanya berjilid. Murid-murid yang dillahirkannya hebat-hebat. Orang yang mentajismkannya , hatta sampai peringkat mengkafirkannya adalah tidak INSAF. Jika benar mereka menemukan hujjah kesilapan Ibn Taimiyyah dalam akidah yang dikatakan tajsim itu, mereka perlu INSAF bahawa kesilapan boleh terjatih atas mana-mana ulama. Bagaimana kalau tuduhan Tajsim itu hanyalah rekayasa musuhnya sebagaimana dijelaskan oleh ramai tokoh ulama? Ibn Taimiyyah hidup di zaman Syiah sedang melebarkan sayap. Juga pada zaman sufi falsafah gencar menanamkan akidah falsafah. Kita perlu Insaf . Ulama Ahli Sunnah perlu dibarikan keistimewaan jalan keluar dari tuduhan dan tuhmah. Kalau ada seratus hujjah untuk mengkafirkannya dan hanya satu yang boleh menyelamatkannya dari takfir itu, maka ambil yang satu itu. Demikian disebutkan oleh Imam Malik :


إذا قال الرجل قولًا يحتمل الكفر من تسعة وتسعين وجهًا، ويحتمل الإيمان من وجه واحد حملناها على الإيمان
" Apabila seorang lelaki berkata dengan satu perkataan yang boleh diandaikan kufur atasnya pada 99 hujjah, tetapi ada keimanan buat pada satu hujjah, maka anggaplah dia beriman!".

(Kata-kata ini direkodkan dalam Atlasul Muhaddisin, oleh Sami bin Abdullah Al-Maghluth , ms 76)



Hari in ini , apa yang malang, ketiadaan INSAF ini menjangkiti para penuntut ilmu. Bukan para ulama . Penuntut ilmu merasakan diri ulama. Kitab karangannya pun tiada. Kalau ada pun, orang ramai tak baca. Nilainya tidak setanding karya ulama yang memenuhi khutubkhanah dan jadi rujukan. Pun begitu, berani mentadhlilkan ulama yang berjasa

La haula walau quwwata illa billah...

Wahai setiap jiwa ...selamatkan diri kalian dengan mengamalkan SIFAT INSOF.

Fahami apa itu Insaf dan ingatkan diri sentiasa agar menajdi Insaf sebagai mahkota dan pakaian dalam hidup....






Cetusan sikap: Islamqa


No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...