Friday, March 8, 2024

Kaedah : Hukum pemerintah mengangkat khilaf- Apa Maksudnya?

 Terdapat hadis yang disebutkan dalam Saheh Muslim (1223) dan Bukhari (1563) kisah khilaf antara Saidina Uthman bin Affan dengan Ali bin Abi Talib dalam maslah haji Tamattu' .  Hadis berbunyi:

عن مروان بن الحكم، قال:  شَهِدْتُ عُثْمَانَ وعَلِيًّا رَضيَ اللهُ عنهما وعُثْمَانُ يَنْهَى عَنِ المُتْعَةِ، وأَنْ يُجْمَعَ بيْنَهُمَا، فَلَمَّا رَأَى عَلِيٌّ أَهَلَّ بهِمَا: لَبَّيْكَ بعُمْرَةٍ وحَجَّةٍ، قالَ: ما كُنْتُ لِأدَعَ سُنَّةَ النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ لِقَوْلِ أَحَدٍ.

Walaupun Uthman bin Affan adalah Khalifah ketika itu, dan dia mengeluarkan arahan melarang orang ramai dapada berniat haji tamattu', Saidina Ali menyalahinya. Saidina Ali beralasan bahawa Sunnah mengharuskan seseorang untuk melakukan haji tamattu'. 

Hadis ini menjadi dalil bahawa hukum yang diputuskan oleh imam tidak mengikat seseorang yang lain. Jika seornag mujtahid, dengan ijtihadnya, ia tidak mengikat orang lain, maka demikianlah seorang pemimpin. Apa yang diptuskan pemimpin samalah dengan apa yang diputuskan melalui seseorang mujtahid. Jika pemimpin itu seornag muqallid, maka keputusannya adalah sama seperti para muqallid yang lain. Jawatan kepimpinan tidak mengangkat sesuatu perkara khilaf menjadi muktamad dan wajib diikuti. 

Maka di mana duduknya kaedah yang sering diwar-warkan orang?

حكم الحاكم يرفع الخلاف

"Keputusan pemerintah mengangkat khilaf"

Kaedah di atas perlukan penjelasan. Ia bukan terpakai secara bebas. Dengan kata lain, pemerintah membuat keputusan dalam perkara khilaf untuk memilih sesuatu pandangan , maka apakah rakyat wajib mengikut? Apakah itu yang difahami daripada kaedah di atas?

Para ulama menjelaskan bahawa kaedah tersebut adalah dilaksanakan bila berlaku perselisihan antara dua Qaul ata beberapa Qaul. Maka, dalam rangka meleraikan perselisihan itu, Qadhi (yang dilantik pemerintah) perlu membuat keputusan. Qaul mana yang hendak dipakai. Qaul yang diputuskan Qadhi, ittulah kata putus. Dengan kata lain, kaedah ini dipakai bila berlaku perselisihan. Dalam keadaan biasa, kaedah ini tidak digunakan.Setiap orang bebas memilih pandangan imam mujtahid yang dia cenderung kepadanya. Qadhi tidak boleh menetapkan kewajipan atas orang awam untuk mengikut satu-satu pandangan.

Hal ini telah dijelaskan oleh Imam Ibn Taimiyyah dalam Majmuk Fatawa (35/372):


ليس المرادُ بالشَّرع اللازمِ لجميعِ الخلق حكمَ الحاكم، ولو كان الحاكمُ أفضلَ أهل زمانه، بل حكمُ الحاكم العالم العادل يلزم قوماً معينين، تحاكموا إليه في قضيةً معينةٍ، لا يلزم جميعَ الخلق، ولا يجب على عالمٍ من علماء المسلمين أن يُقلدَ حاكماً لا في قليلٍ ولا في كثير،ٍ إذا كان قد عرف ما أمر اللهُ به ورسولهُ صلى الله عليه وسلم، بل لا يجب على آحاد العامة تقليدُ الحاكم في شيءٍ، بل له أن يستفتيَ من يجوز له استفتاؤه، وإن لم يكن حاكماً

Maksud dari petikan dia atas, walaupun pemerintah itu seornag imam Mujtahid, maka keputusannya tidak mengikat semua orang. Ia hanya mengikat kumpulan tertentu yang bertahkim kepadanya. Para ulama tidak wajib mengikutinya. Orang awam, boleh bertanya kepada ulama yang dirujuk dalam amsalah untuk memilih apakah pendiriannya. Pendirian pemerintah tidak mengikat mereka.

Hukum yang pehak pemerintah putuskan itu adalah Hukum yang bersifat Juz'i. yang mana orang yang bertikai merujuk kepadanya. Ia bukanlah hukum yang dicetuskan oleh pemerintan tanpa ada permulaan perselisihan yang berlaku.

Jika Hakim bermashab Syafie memutuskan wajib baca Qunut dalam solat Subuh, maka orang-orang yang mengikut mazhab Hambali atau lainnya tidak terikat dengan hukum hakim tersebut. Ia tidak mengikat orang lain. 

Kesimpulan daripada kaedah ini ialah: Ia hanya available di saat adalah pertelagahan, pertengkaran dan pergeseran. Maka hakim tampil memutuskan. Keputusan hakim wajib dipatuhi.. Jika pada msalah khilaf yang tidak dibawa kepada hakim untuk diputuskan, maka hakim tidak berhak memutuskan . Jika hakim buat arahan tanpa didahuklu oleh pertikaian yang terjida, maka keputusan hakim itu adalah sama sahaja dengan mana-mana fatwa. Fatwa tidak mengikat.

daklam bahasa lebih mudah, sesuatu masalah khilaf jika tidak sampai ke peringkat mahkamah, ia kekal bebas diamalkan . Namun jika sudah naik ke mahkamah dan mahkamah putuskan, maka itu menjadi kewajipan untuk dipatuhi.

Misalnya, apakah jatuh talak 3 dengan lafaz satu kali ? Ini adalah masalah khilaf. Mahkamah-mahkamah di negara kita Malaysia (kecuali Perlis) , memutuskan siapa yang ucapkan kepada isterinya: "Aku talak kamu dengan talak 3" maka  dihukumkan jatuh talak 3. Maka keputusan tersebut diamalkan dalam dalam negeri-negeri terlibat.

Rujuk Bacaan: Islamqa



No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...