Allah Maujud Bila Makan adalah perkataan yang popular kalangan Asha'irah . Perkataan itu benar dari satu sudut , namun ia juga boleh mebawa kepada maksud yang salah.
Apa yang benar dan apa yang salah?
Benar jika tujuannya menafikan Allah bertempat dalam makhluk Salah jika untuk menafikan Allah di atas langit.
Perbezaan dua keadaan ini adalah kembali kepada konsep MAKAN itu sendiri. Ada Makan Maujud dan Ada Makan Ma'dum.
Ada pula golongan yang meleretkan perkataan tentang MAKAN ini dengan mengatakan ALLAH MAUJUD FI KULLI MAKAN.
Allah maujud fi kulli makan adalah perkataan sesat yang dikumandangkan oleh golongan Jahmiyyah. Akidah yang benar adalah Allah di atas segala makhluknya. Ayat-ayat dan nas yang menunjukkan kebersamaan Allah dengan makhluknya itu bukanlah bermaksud Allah bersama makhluk dengan zatnya, tetapi adalah dengan ilmunya.
Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 10:
إلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ
"KepadaNyalah naik segala perkataan yang baik".
Apabila disebut naik, ia membawa maksud nak ke atas. Tidak dinamakan naik kalau bukan ke atas.Banyak ayat yang menyebutkan Allah di langit. Perkataan "di langit" bukanlah difahami bahawa Allah bertempat di langit. Huruf "fi " dalam bahasa Arab membawa maksud di atas. Umpamanya bila Allah berfirman :
Maksudnya adalah di atas batang kurma. Bukan dalam batang kurma.
قُلْ سِيرُوا فِي الأَرْضِ
Katakanlah : berjalanlah kamu di atas bumi.
Tidak difahami berjalan dalam bumi!
Demikian juga tatkala Allah berfirman:
وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ فِي جُذُوعِ النَّخْلِ
" Demi sesungguhnya akan aku salib kalian di batang-batang kurma"
Maksudnya adalah di atas batang kurma. Bukan dalam batang kurma.
Maka Allah di atas langit. Itu bukan bermaksud Alalh bertempat. Tiada di atas langit. Tempat atas langit disebut sebagai MAKAN 'ADAMI iaitu tempat yang tidak wujud. Maka MAKAN yang kita faham atas langit itu bukan macam MAKAN di bawah langit. MAKAN atas langit itu bukan makhluk.
Tatkala Allah menciptakan Al-Qalam, Arasy atau air dalam salah satu qaul (mengenai awal kejadian), di mana tempatnya? Sebelum ada sesuatu, logiknya hendaklah ada tempat. Mana tempat makhluk itu? Kalau ada tempat, tentu tempatlah yang lebih awal dicipta.
Adapun kalam "Allah Maujud Bila Makan" ada dua dimensi pemahaman yang perlu dicermati.
Jika maksudnya Allah tidak menempati dalam makhluk, ia adalah saheh. Ia akidah yang benar. Alalh tidak hulul damn tidak ittihad dengan makhluk kerana Allah tidak mengambil tempat dalam makhluk.
Namun, jika ia bermaksud menafikan Allah di atas langit, sehingga dikatakan Allah tidak di atas, tidak di bawah, tidak di kiri dan tidak di kanan dan seterusnya, maka perkataan tersebut adalah MUSYKIL.
Ia menafikan sifat Uluwwullah yang ditegaskan dalam banyak dalil nas. Maka perkataan Allah Maujud Bila Makan adalah maqbul kalau disandarkan kepada makhluk.
Adapun atas langit,yakni atas Arasy, ia bukan lagi Makan.
JIHAH dan MAKAN itu istilah yang terpakai dalam lingkungan makhluk sahaja. Ia tidak terpakai untuk Khaliq iaitu Allah SWT.
Baca: ALLAH MAUJUD BILA MAKAN
Bila nas menyebutkan Allah di atas arasy, bukanlah difahami bahawa Allah bertempat di atas arasy. Atau disebutkan dalam perkataan para ulama yang membahaskannya " MAMASSUN BIl ARSY". Yakni bersentuh/bertempel dengan arasy.
No comments:
Post a Comment