Manusia telah dipilih oleh Allah untuk jadi khalifah di muka bumi. Namun, sebelum manusia diciptakan, Allah telah menciptakan jin. Dalam alam musyahadah manusia hidup dan beraktiviti. tetapi, jin pula berada di alam sebalik mata. Alam mastur. Alam mahjub. Dan boleh juga disebut alam ghaib.
Kerana perbezaan tersebut, manusia menajdi makhkluk Allah yang berdepan dengan cabaran diperkotak katikkan oleh jin. Kerana jin tak dapat dilihat oleh manusia sedangkan jin pula melihat manusia, maka manusia boleh dipermainkan oleh jin. Hanya, kerana Allah berikan manusia benteng keimanan, maka angkara murka jin ke atas manusia dapat dibataskan.
Renungkan firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am, ayat 128:
ويوم يحشرهم جميعا يا معشر الجن قد استكثرتم من الإنس وقال أولياؤهم من الإنس ربنا استمتع بعضنا ببعض وبلغنا أجلنا الذي أجلت لنا قال النار مثواكم خالدين فيها إلا ما شاء الله إن ربك حكيم عليم
Dan (ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpunkan mereka semuanya (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia", lalu berkatalah kawan-kawan meraka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Para mufassirin menjelaskan maksud istimta' yang dinikmati oleh manusia dan jin. Bagi manusia, mereka mendapat istimta' daripada jin dalam bentik perlindungan dan pembelaan daripada jin. Manakala jin pula mendapat istimta' daripada manusia dalam bentuk rasa bangga, sombing dan siyadah atas manusia.
Namun, sebenarnya bukan itu sahaja kadar istimta' yang dinikmati oleh kedua-dua pihak, jin dan manusia itu. Ada bentuuk istimta' yang lebih lebar dan lebih luas . Ia adalah seperti berikut:
1) Rasa seronak jin apabila dapat merosakkan dan menyesatkan manusia.
2) Keseronakan jin apabila disembah oleh manusia
3) Keseronakan jin bila dapat menyakiti dan buat aniaya atas mansia. Umpamanya merasuk, membuat sakit, terkena sihir, ikut serta dalam makan dan jimak dan mengintip aurat manusia.
Rujuk: Islamweb
No comments:
Post a Comment