Sunday, June 4, 2023

Berdoa minta diberikan karamah wali

Karamah adalah hal luar biasa yang Allah kurniakan kepada para walinya. Kewujudan karamah itu tidak diingkari oleh mereka yang berjalan di atas manhaj Ahlu Sunnah Wal Jama'ah. Karamah adalah perkara yang waqi' dan terdapat dalil-dalil yang banyak menegaskan ianya berlaku. Dalam Quran menyebutkan mengenainya, demikian dalam hadis nabi SAW.

Ada para wali yang Allah kurniakan karamah dan ada yang tidak. Maka karamah bukanlah syarat kewalian. malah, ada yang lebih mahal buat seorang wali dari karamah-karamah luar biasa yang dikatakan orang, iaitu istiqamah dalam agama. Sebenarnya, jika mahu dilebelkan, istiqamah itulah karamah paling besar dan yang paling didambakan oleh para auliya Allah .

Namun, ramai yang berharap karamah zahir muncul dalam hidupnya. Ia sebagai wahana memperkuatkan imannya dan juga memudahkan jalan dakwahnya.  Maka, untuk itu ada yang berdoakan kepada Allah agar dimuliakan dirinya dengan karamah kewalian itu. Apakah permohonan sedemikian dibolehkan?

Jawapan bagi persoalan ini ialah BOLEH. Doa sedemikan bukanlah satu yang dilarang dan bukan perbuatan i"tida' (melampau) dalam doa yang ditegah. 

Berikut adalah hujah-hujah keharusan berdoa dengan doa sedemikian:

1) Tidak ada tegahan berdoa seperti itu dalam nas.

2) Penzahiran karamah bukanlah hal yang mustahil

3) Hadis saheh  dalam Bukhari yang menceritakan kisah 3 orang yang terkurung dalam gua, lalu berdoa dan bertawassul dengan amal soleh mereka agar dibukakan pintu gua adalah contoh keharusan berdoa minta karamah.

4) Demikian hadis yang diriwayatkan dalam Saheh Bukhari mengenai seornag yang berhutang lalu sampai tempoh dan dia terhalang balik membayar hutang, maka dimasukan bayarannya dalam kayu dan memohon Allah sampaikan bayarannya kepada pemberi hutang. Ia adalah satu bentuk permohonan karamah .

5) Cerita-cerita Karamah yang dinukilkan oleh Al-Lalaka-i dalam Karamatul Auliyaa menunuukkan keharusnnya seperti kisah sahabat nabi bernama Al-'Ala' bin Al-hadhrami yang meminta doa supaya diturunkan hujan dan minta dibekukan sungai untuk tenteranya melintas. Ia menunjukkan keharusan mohon hal-hal yang luas biasa yang disebut sebagai karamah.

Maka, hujjah-hujjah di atas menjadi dalil keharusan minta karamah. Inilah kaedah asasnya. Minta karamah adalah dibenarkan. Namun, perlu diperhatikan syarat-syaratnya agar permohonan itu berada dalam ruang lingkup keharusan. Jika tidak, ia menjadi perkara yang dilarang. Syarat-syaratnya ialah:

1) Niatnya adalah agar Allah menjadikan dirinya wali-waliNya yang dikasihi.

2) Karamah yang diminta adalah ikhlas kerana Allah dan bukan untuk menyombong diri(mufakharah), nak lebih (Mukasarah) dan menang dalam persaingan(munafasah) dan jauh daripada riyak.

3) Ada keperluan dalam permohonan karamah itu untuk agama dan dunia. Ia bukan suka-suka dan bukan sekadar nak seronak. Bukan nak isi masa lapang dan bukan nak hiburkan hati orang atau melakukan sayembara yang mengundang sorakan khalayak.


Meminta keramat dalam bentuk yang mustahil pada adat adalah dilarang dan ia menjadi buruk adab dengan Allah. Demikian disebutkan oleh Al-Qarafi dalam Anwarl Buruq Fi Anwa'il Furuq Jil 4, Ms 268.  Contohnya adalah meminta supaya boleh bernafas tanpa oksigen, dapat anak tanpa jimak dengan isteri, berbuah tanpa menanam pokok dan lain-lain perkara yang mustahil pada adat.

Misalnya juga, yang pernah aku dengar tentang dakwaan keramat ialah boleh hidup tanpa adanya jantung, nak islamkan orang yang mati kafir di alam kubur, nak jumpa nabi SAW secara live (yaqazoh) dan banyak lagi dakwaan dan perminta yang tak masukdek akal kerana melanggar hukum adat @ mustahil pada adat. Kalau harus pada adat, okeyla....

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...