Monday, June 5, 2023

PERKATAAN IBRAHIM AD-DUSUQI

Walau telah mati bergalang tanah, apa yang mereka tinggalkan dari perkataan-perkataan yang "teruk} (Syani'ah) menjadi bahan tafakkur kita. Apakah benar wali yang mengucapkan kata ini? Kata yang meremangkan bebulu roma orang yang beriman!

Ibrahim Ad-Dusuqi itu seorang ahli sufi yang diangkat oleh pengikutnya sebagai wali besar, seorang Qutub, disebutkan manaqibnya oleh Sya'rani dalam Tobaqat Al-Kubra. Satu perkataan yang disandarkan oleh Sya'rani dalam Tobaqat, Jil 1, ms 181, bahawa Ibrahim Ad-Dusuqi menyebutkan:


أنا موسى عليه السلام في مناجاته، أنا علي رضي الله عنه في حملاته، أنا كل ولي في الأرض خلعته بيدي ألبس منهم من شئت، أنا في السماء شاهدت ربي، وعلى الكرسي خاطبته، أنا بيدي أبواب النار غلقتها، وبيدي جنة الفردوس فتحتها، من زارني أسكنته جنة الفردوس



Akulah Musa A.S dalam munajatnya. Akulah Ali R.A dalam pasukan tenteranya. Akulah semua para wali di bumi, aku tanggalkan pangkat wali dan memakaikannya kepada siapa yang aku mahu. Aku di langit bermusyahadah dengan Tuhanku. Aku berbicara dengan Tuhanku di Kursi.Aku yang menjaga kunci neraka dan menutupnya. Akulah yang di tanganku memegang kunci syurga Al-Firdaus dan membukanya. Siapa yang menziarahiku, akan ku tempatkan dia dalam syurga Firdaus!




No comments:

Post a Comment

Isu Tawassul-Pilih sahaja sikap anda!

Bertawassul dengan orang mati adalah isu yang diperdebatkan antara kelompok di kalangan Muslimin. Ada kalangan ulama menegaskan bahawa ia ad...