Monday, June 5, 2023

KEBENARAN BUKAN IKUT JUMLAH RAMAI

Ada orang menafsirkan secara salah apabila mengatakan "sawadul A'zom" itu adalah jumlah paling ramai. Kalau ikut mazhab Feqah, paling ramai masakini tentulah Mazhab Hanafi. Kalau ikut mazhab Aqidah, mazhab Asya'irah dan Maturudiyyah yang paling ramai.  Kalau ikut mazhab Tasawwuf, yang paling ramai pula ialah manhaj tasawwuf Imam Junaid Al-Bagdadi.

Apakah benar Sawadul A'zom itu memberi isyarat ramai dari segi kuantitinya?

Bagaimana kalau kita menoleh sejenak dalam episod sejarah, mazhab muktazilah pernah menjadi mazhab negara dan yang ulama yang membangkangnya jadi jumlah kecil? Apakah kebenaran bersama muktazilah ? Atau ketika ramai, ia yang benar dan bila sudah tumpas ia pun jadi salah?

Mari kita lihat apa kata Fudhail bin Iyadh mengenai hal ini(Sebagaimana direkodkan dalam Al-I'tisom oleh As-Syatibi MS83):

اتبع طريق الهدى ولا يضرك قلة السالكين، وإياك وطرق الضلالة، ولا تغتر بكثرة الهالكين


Perkataan Al-Jama'h yang disebutkan dalam hadis nabi SAW ditafsirkan oleh sebahagian orang sebagai As-Sawadul A'zom. Mereka adsalah kumpulan teramai dalam kalangan Ummat Islam. Jika demikian, makna Sawadul A'zom itu masih subjektif.

Ada yang menafisrkan Al-Jama'ah dengan makna-makna lain iaitu:
  • Para ulama Mujtahidin
  • Generasi sahabat
  • Ummat Islam dalam konteks berlawanan dengan ornag kafir.

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...