Thursday, June 1, 2023

Memahami hadis nabi: Kalau dia bersumpah, Allah akan tunaikan sumpahnya!

 عن أنس : أَنَّ الرُّبَيِّعَ وَهِيَ ابْنَةُ النَّضْرِ كَسَرَتْ ثَنِيَّةَ جَارِيَةٍ ، فَطَلَبُوا الأَرْشَ ، وَطَلَبُوا العَفْوَ ، فَأَبَوْا ، فَأَتَوُا النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَأَمَرَهُمْ بِالقِصَاصِ ، فَقَالَ أَنَسُ بْنُ النَّضْرِ : أَتُكْسَرُ ثَنِيَّةُ الرُّبَيِّعِ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لاَ وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالحَقِّ ، لاَ تُكْسَرُ ثَنِيَّتُهَا ، فَقَالَ : ( يَا أَنَسُ كِتَابُ اللَّهِ القِصَاصُ ) ، فَرَضِيَ القَوْمُ وَعَفَوْا ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ( إِنَّ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ مَنْ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ


Anas bin An-Nadhar adalah seorang sahabat nabi SAW yang mulia. Dia adalah seorang Ansar daripada Bani Adi bin An-Najjar daripada kabilah Khazraj. Beliau terlepas daripada menyertai perang Badar bersama Rasulullah SAW dan itu sangat membuatkannya kesal. Maka dia berazam untuk tidak melepas lagi dalam peperangan berikutnya. Maka, dalam perang Uhud, dia terlibat dan telah berperang dengan berani menuntut syahid dalam pernag fi sabilillah. Maka Allah kurniakanbuatnya syahid. Dia mati terbunuh dalam perang Uhud dengan bekas tikaman lebih 80 tikaman. Bahkan tubuhnya telah dimuslahkan sehingga sukar dikenali.

Anas bin An-Nadhar ini ada seorang saudari perempuan bernama Ar-Rabi' bin An-Nadhar. Pada satu ketika, Ar-Rabi' binti An-Nadhar itu telah memecahkan rahang seorang perempuan lain. Maka keluarga perempuan itu menuntut keadilan kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah menetapkan qisas buat Ar-Rabi'. Saudara kepada  Ar-Rabi', iaitu Anas bin Ar-Rabi' datang kepada Rasulullah SAW dan mengucapkan kata-katanya:
" Ya Rasulullah ! Adakah engkau akan pecahkan rahang Ar-Rabi'? Demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran, jangan dipecahkan rahangnya ya Rasulullah!".

Maka, tidak semena-mena keluarga peremuan yang menjadi mangsa rahang pecah itu berlapang dada dan redha serta memaafkan perbuatan Ar-Rabi'. Mereka menerima gantirugi dari keluarga An-Nadhar. Tidak jadilah diqisaskan. Maka, susulan dari kejadian itulah Rasulullah SAW menuturkan sabdanya:

إِنَّ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ مَنْ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ
" Sesungguhnya ada kalangan hamba Allah yang apabila dia bersumpah, maka Allah SWt akan kotakan sumpahnya",

Maksudnya seseorang yang Allah cintai dia kalangan waliNya, bila dia bersumpah tentang sesuatu, Allah akan jadikan apa yang disumpahnya itu berlaku. Ia adalah satu ikram (karamah) Allah buatnya dan juga agar dia tidak melanggar sumpahnya sehingga dia perlu membayar kifarat sumpahnya.

Di kalangan masyarakat melayu, kemenjadian sumpah itu dinisbahkan sebagai Mulut Masin. ia banyak diselitkan dalam cerita-cerita wali yang kata-katanya menjadi nyata. Kononnya, ada wali di kampung antah berantah, ornag pergi ziarahnya lalu disuruhkannya mereka pergi memetik buah rambutan di belakang rumahnya. Keheranan para rombongan yang melawat tadi kerana masa itu bukan musim rambutan berbuah. Namun, alangkah terkejutnya mereka, bila pergi kepada pokok rambutan di belakang rumah wali itu, dilihat oleh mereka pokok rambutan berbuah lebat.

Kalau cerita seperti di atas benar, maka kita katakan itulah karamah yang Allah berikan kepada sebahagian hambanya. Allah mengotakan katanya sebagai takrim buatnya.


Hadis di atas menjadi antara hujjah golongan yang percaya kepada Hak Tasarruf para wali atau disebut sebagai Ahlu Naubah.

Selain dalil-dali lain yang dipakai, seperti  Wewenang yang dimiliki oleh Khaidir, Kempampuan Isa menghidupkan si mati, Nabi Ibrahim memanggil daging burung- burung yang dicincang lalu hidup semua, peristiwa Saidina Umar memerintahkan Sungai Nil dan lain-lainnya, semua itu dijadikan hujah untuk menyataklan bahawa pada ahlinaubah itu ada hak tasarruf.

Baca Hujah Sufi : M.workpalce

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...