Kalau mahu mencari ulama yang tidak punya kesilapan dan sempurna serba serbinya, memang tidak akan ketemui. Kerana ulama adalah insan yang bergulat dengan hal yang besar, maka besarlah juga resikonya. Besarlah juga fitnah, mehnah dan tribulasinya. Besarlah juga sangkaan buruk ke atas mereka sebagaimana besarnya sangka baik buat mereka. Hal besar yang mereka bergulat dengannya itu adalah laut ilmu. Laut ilmu amat luas dan tentunya bila luasnya lautan, ombaknya pun besar dan kedalamannya sukar diduga. Mereka yang karam dalam lautan luas itu sangat ramai, sedikit sekali yang dapat menggapai pantainya.
Sebab itu, Ibn Qayyim berkata:
العلماء بحار وأخطاؤهم أقذار، والماء إذا جاوز القلتين لم يحمل الخبث
" Ulama itu adalah lautan dan kesilapan mereka adalah najis. Sesungguhnya air, bila melebihi 2 qullah, najis itu itu tidak menjejaskannya".
Dalam menanggapi ulama-ulama terutamanya dari barisan generasi salaf, kita hendaklah doakan agar Allah SWT berikan maghfirah buat mereka atas kesalahan yang mereka lakukan. Itulah manifestasi daripada doa yang kita rafakkan usai solat kita:
ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلاً للذين آمنوا
"Wahai Tuhan kami, ampunkanlah saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan janganlah jadikan dalam hati kami ada kebencian buat orang-orang yang beriman."
Salah seorang ulama besar yang mengharung lautan ilmu yang tak bertepi itu adalah Imam Abu Hanifah. Namanya adalah An-Nu'man bin Tsabit bin Zauthi, imam mazhab yang pertama di antara 4 mazhab yang terkenal. Beliau adalah imam mazhab yang paling ramai pengikutnya. Beliau lahir di Kufah pada tahun 80 H. Ada pendapat mengatakan dia lahir tahun 70 H dan ada yang kata dia lahir tahun 63H. Beliau meninggal tahun 150H di Baghdad dan kuburnya ada di Baghdad dan dinamakan Al-A'zomiyyah, nisbah kepada gelarannya iaitu Al-Imam Al-A'zom.
Imam Abu Hanifah berguru dengan Hamad bin Abi Sulaiman (Meninggal:120H) dan melazimi gurunya itu selama 18 tahun sehinggalah gurunya itu mati. Seelpas mati gurunya itu, barulah Abu Hanifah mula berfatwa kepada orang ramai. Ketika itu usianya sudah menjangkau 40 tahun.
Imam Abu Hanifah sememangnya telah menimbulkan konflik sikap antara ornag yang menyanjungnya dengan orang yang mengkritiknya. Ia bukan hal yang abru muncul tetapi telah ada sejak zaman beliau lagi.
Para peneliti menyebutkan punca-punca yang menimbulkan clash tentang keperibadian Imam Abu Hanifah.
1) Sikapnya menjawab soalan-soalan yang belum berlaku. Beliau tidak akan bertanya samada soalan yang diminta fatwanya sudah terjadio atau tidak sebagaimana amalan kebanyakan tokoh ulama lain. Soalan-soalan sedemikian kita panggil sebagai soalan Taqdiriyyah.
Kerana itu, kekadang dipanggil madrasah Imam Abu Hanifah dengan nama " Madrasah Al-Ara-aititiyyin".
Imam Malik pernah menempelak satu orang muridnya yang datang bertanyakan soalan kepadanya dengan berkata:
أَرَأَيْتَ لَوْ كَانَ كَذَا؟
Imam malik pun berkata kepadanya dengan nada marah:
هَلْ أَنْتَ مِنَ الأَرَأَيْتِيِّينَ، هَلْ أَنْتَ قَادِمٌ مِنَ العِرَاقِ؟
2) Imam Abu Hanifah terkenal dengan sifatnya Syadidnya dalam menerima khabar. Sikapnya ini mungkin kerana tersebarnya hadis palsu dikawasan-kawasan Iraq pada zamannya. Sementelahan Irak pada zamannya itu adalah tempat bersemaraknya pemikiran politik yang melahirkan gerakan Syiah, Khawarij dan lain-lainnya. Realiti bumi Irak pada zaman itu mendorong Abu Hanifah bersikap keras dalam menerima sebarang riwayat hadis. Beliau hanya menerima hadis yang terkenal dari kalangan orang-orang yang terpercaya( Tsiqat). Dia banyak mendaifkan hadis yang dikatakan Saheh oleh ramai ulama hadis.
3) Sebaliknya, Abu Hanifah menerima hadis-hadis Mursal yang diriwayatkan oleh mereka yang tsiqah, sedangkan sikap Jumhur Muhaddisin terhadap hadis-hadis Musrsal adalah sebaliknya. Maka, imam Abu Hanifah menjadikan hadis-hadis mursal itu sebagai istidlalnya.
4) Sikap Imam Abu Hanifah terhadap hadis ini membawanya mengamalkan kaedah qias dalam ruang lingkup yang sangat luas. Berbeza dengan imam-imam mazhab lain yang menggunakan qias dalam daerah yang sempit.
5)
6)
7) Kekadang, fatwa Abu Hanifah yang sampai ke seseorang tokoh itu tidak diketahui konteks. Apa yang tokoh itu nampak hanyalah pertentangannya dengan hadis saheh yang mereka ada. Ini membawa kepada suu-u Zon mereka kepada Abu Hanifah. Setelah mendapat keterangan, mereka pun bersetuju dengan apa yang difatwakan oleh Abu Hanifah. Situasi ini berlaku dalam kisah Al-Auza'i dan Abdullah bin Al-Mubarak. Mulanya Auza'i berperasangka buruk kepada Abu Hanifah kerana mendengar cerita Ibn Al-Mubarak mengenai beberapa fatwanya.
Baca: Riwayat Imam Abu Hanifah
Ada orang menuduh Imam Abu Hanifah mengatakan Quran adalah makhluk sebagaimana kalam kaum Muktazilah. Maka, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan Al-Khatib Al-baghdadi menyebutkan dalam tarikhnya riwayat daripada Imam Ahmad, katanya:
لم يصح عندنا أن أبا حنيفة كان يقول بخلق القرآن
من ظن أنا أبا حنيفة وغيره من أئمة المسلمين أنهم يتعمدون مخالفة الحديث الصحيح لقياس أو غيره فقد أخطأ عليهم، وتكلم إما بظن وإما بهوى
Baca: Islamweb
Menolak Syubhat ke atas Abu Hanifah:
1) Para ulama jarh wa ta'dil berijmak mengatakan Abu Hanifah adalah Tsiqah.
Rujuk tarikh Baghdad (Jil 9 Ms 449-450): Kata Muhammad bin Saad Al-Aufi: Aku mendengar Yahya bin Ma'in berkata : Abu Hanifah adalah seorang yang tsiqah
Rujuk: Bayanelislam
Mazhab Imam Abu Hanifah melihat hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat dipegang semuanya kecuali 3 orang sahabat iaitu:
a) Abu Hurairah- Alasannya kerana Abu Hurairah meriwayatkan semua yang dia dengar tanpa menapis nasikh dan mansukh.
b) Anas bin Malik-alasannya kerana dia menjadi keliru dan banyak ghalat pada hujung usianya.
c) Samrah bin Jundub.
Jika hadis-hadis yang datang melalui jalan tiga sahabat di atas bertentangan dengan qias dalam mazhab Abu hanifah, maka hadis tersebut tidak dipakai oleh mazhab Abu Hanifah. Namun, bukanlah semua hadis Abu Hurairah ditolak oleh Abu Hanifah.
Baca Aqaed
Imam Abu Hanifah, seperti imam-imam mazhab yang lain, Malik, Syafie dan Ahmad, semuanya menjadikan hadis nabi SAW sebagai sumber dalam hukum. hanya berbeza capaian mereka dalam menggapai hadis-hadis nabi. Ada hadis yang sampai kepada Imam Malik tidak sampai kepada Imam Abu Hanifah. Ada yang sampai kepada Abu Hanufah, tetapi didaifkannya. Ada yang tidak diterimanya atas sikap berjaga-jaga kerana realiti Iraq sebagai bumi yang subur dengan hadis rekaan pada zaman itu. Khilaf dalam penerimaan hadis ini berlaku dalam semua mazhab dan melibatkan semua imam mazhab.
Baca: Islamqa
No comments:
Post a Comment