Mengaku keturunan nabi bukan seperti mengaku keturunan Raja Jembal! Bukan macam mengaku keturunan Sultan Melaka. Mengaku keturunan yang bukan usulnya memang dosa kerana menisbahkan "bin" kepada bukan bapa adalah dilarang oleh agama. Namun, jika ia melibatkan nabi SAW, dosanya lain. Ia macam dosa menisbah satu perkataan kepada nabi SAW sebagai pengucapnya sedangkan nabi SAW tidak menbgucapkan kata-kata itu. Sebab itu, para pereka hadis maudhuk diancam , siaplah tempatnya dalam neraka!
Mengaku keturunan nabi SAW melibatkan efek dosa besar jika ada kebohongan. Ia adalah kerana mendustakan hal berkaitan nabi SAW tak sama dengan mendustakan hal berkaitan Imam Ghazali , apa lagi hal berkaitan penulis yang kerdil ini. Sebab itu, setiap orang yang mengaku keturunan nabi SAW , tidak boleh diterima secara sambil lewa tanpa sebarang tatbiq. Ia perlu dibuktikan dengan sanad yang meyakinkan.
Kalau hendak dikira dalam sejarah dunia ini, khasnya dalam sejarah Islam, telah ramai orang mencari kemuliaan dengan menyandarkan dirnya sebagai keturunan seseorang yang mulia. Demikianlah orang yang mengakui keturunan nabi SAW.
Ada orang mengaku keturunan nabi SAW kerana faktor meraih kuasa. Ada yang melakukan hal demikian untuk tujuan tasyrif dan hubbus syuhrah.
Bagi para pencinta Ahli Bait termasuk para pencinta Hahabaib, minta dibaca kisah kemunculan kerajaan Fatitimiyyah. Hadam dan buat research tentang seorang yang bernama Ubaidillah Al-Mahdi yang menjadi pengasas pertama kerajaan Fatimiyyah itu. Apa pandangan ulama tentang dakwaannya bahawa dia keturunan Nabi SAW. Kemudian, baca juga sejarah kerajaan Buwaihiyyah, Sofariyyah dan Idrisiyyah. Jangan lupa juga untuk cari tahu kenapa ada dakwaan bahawa Ratu Elizeberth II itu keturunan nabi SAW. Sejauh mana dakwaan itu boleh dibuktikan benar sanad keturunannya.
Banyak sekali orang mengaku keturunan nabi dalam sejarah. Ramai pula orang tertipu dan menyokongnya atas dasar hubbu ahlil bait. Apakah cukup dengan pasrah dan berkata Aku cinta Ahli Bait apabila datang kepada kita seorang yang mengaku dia keturunan Rasulullah SAW.
Bagaimana pula kalau keturunan nabi yang didakwakan itu melakukan hal-hal yang pelik dan menyelisihi amalan Nabi sebagaimana diriwayatkan oleh riwayat-riwayat yang saheh?
Ada yang mengaku keturunan Nabi, tetapi mencela sahabat besar nabi!
Keturunan Nabi tetapi larut dalam akidah batiniyyah!
Keturunan nabi tapi hanyut dalam perebutan kuasa yang tidak menguntungkan ummat!
Jangan buat tidak tahu, bahawa ada yang mengaku keturunan nabi tetapi akhirnya ternyata menjadi kepala ajaran sesat! Bukan sedikit dalam sejarah, bahkan banyak contohnya!
Sementelahan pula, keturunan Nbai bukan lesen untuk berbuat apa sahaja dalam agama Islam. Agama ISlam bukan sekali-kali milik keturunan Nabi SAW. Bahkah, mereka juga bukan pewaris agama Islam yang Nabi SAW tinggalkan kecuali jika mereka dibilangkan ulama. Itupun perlu dilihat ulama yang berjalan atas manhaj Nabi SAW atau ulama yang jenis merekacipta amalan bid'ah yang mencemarkan ketulinan agama Islam warisan Nabi Muhammad SAW.
Kita perlu menginsafi satu hal sebagaimana yang Nabi SAW sabdakan buat anakanda nya yang dicintai iaitu Fatimah Az-Zahraa:
يا فاطمة بنت رسول الله سليني من مالي ما شئت، لا أغني عنك من الله شيئاً
No comments:
Post a Comment