Friday, June 2, 2023

Isu kuasa mentadbir urusan alam yang ada di tangan para wali.

 Kalangan Sufi ramai yang terperangkap dalam kepercayaan bahawa para wali itu adalah manusia pilihan Allah yang hidup dalam lingkungan yang tersendiri. Mereka ada maratib (peringkatnya). Wali yang dinamakan Qutub adalah wali yang berada pada tingkatan tertinggi. Mereka itu mempunyai hak dalam tasarruf (mentadbir) alam ini. Dakwaan ini adalah satu kemalampauan dalam kepercayaan kewalian. Ia noleh membawa natijah kesyirikan. 

Namun, kalangan yang mempertahankan perkara ini mendatangkan hujjah-hujjah untuk mewajarkan hak tasarruf para wali terasenbut. Mereka menghiaskan dakwaan tersebut dengan kalimah "bi iznillah" (dengan izin Allah).

Namun, membaca kita-kita kaum sufi, akan menemui konsep yang dipegang secara sebenarnya tanpa dikaitkan dengan izin Allah. 

Kita lihat apa yang ditulis Muhsin bin Alwi As-Saqqaf dalam kitabnya yang bernama Kunuz As- Sa'adah Al-Abadiyyah, ms 128:


كان الشيخ عبد العزيز يقول: إن تصريفي يصل حتى إلى الجنان ، وإن الحور لا يفعلن شيئاً إلا بأمر مني


" Adalah Syeikh Abdul Aziz (Addabbagh) berkata: Sesungguhnya hak mentadbir yang aku miliki sampai ke syurga. Para bidadari tidak melakukan sesuatu meliankan dengan perintahku".


Bacaan tambahan: Islamqa

Bagi yang mendakwa bahawa para wali Allah itu mentadbir alam serta menguruskan urusannya bersama Allah (dengan izin Allah), maka elok diamati talbiah kaum musyrikin Arab semasa mereka meklaksanakan haji. Talbiah yang mengandungi syirik sehingga ISlam datang mensucikan talbiah itu dengan talbiah Islam.

Apakah talbiah kaum musyrikin? Sila renungkan talbiah mereka:

لبيك لا شريك لك ، إلا شريكا هو لك ، تملكه وما ملك

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...