Sunday, February 26, 2023

Dakwah hendaklah ditunjangi oleh sokongan para pendokong asobiyyah

Asobiyyah adalah dataran selamat buat sesebuah gerakan termasuk gerakan dakwah. Dakwah yang diluncurkan bukan bermula dari lapangan asobiyyah akan menmui kegagalan dan petaka. Demikianlah Ibn Khaldum menitipkan satu kata-kata dalam Muqaddimahnya:


الدعوة الدينية من غير عصبية لا تتم

"Dakwah agama yang tidak ditunjangi asobiyyah tidak akan lengkap"

Kerana ini kita lihat para ambiya ketika menggerakan dakwah mereka, ada keluarga yang membela mereka. Keluarga atau kaum itu menjadi kota yang mempertahankan mereka dari kejahatan luar atas semangat asobiyyah. Nabi Soleh, Syuaib dan dan nabi Muhammad disebutkan dalam Quran tentang pembelaan keluarga atas mereka.

Allah berfirman tentang  realiti dakwah nabi Soleh dalam Al-Quran;

قَالُوا تَقَاسَمُوا بِاللَّهِ لَنُبَيِّتَنَّهُ وَأَهْلَهُ ثُمَّ لَنَقُولَنَّ لِوَلِيِّهِ مَا شَهِدْنَا مَهْلِكَ أَهْلِهِ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ

Allah berfirman mengenai nabi Syuaib:

يَا شُعَيْبُ مَا نَفْقَهُ كَثِيرًا مِمَّا تَقُولُ وَإِنَّا لَنَرَاكَ فِينَا ضَعِيفًا وَلَوْلَا رَهْطُكَ لَرَجَمْنَاكَ وَمَا أَنْتَ عَلَيْنَا بِعَزِيزٍ

Kata-kata Abbas di malam Aqabah membayangkan kepada kita bagaimana Asobiyyah menjadi pagar dakwah nabi SAW:

يا معشر الخزرج إن محمدا منا حيث علمتم، وهو في منعة ونصرة من قومه وعشيرته، وقد أبى إلا الانقطاع إليكم، فإن كنتم وافين بما عاهدتموه فأنتم وما تَحَمَّلْتُم، وإلاَّ فاتركوه فِي قومه

Nabi dibela oleh Bani hasyim walaupun kalangan mereka tidak memeluk Islam. Dorongan pembelaan mereka adalah asobiyyah. Mereka sanggup dipulau 3 tahun di Syiab demi nabi Muhammad. Kaum kafir musyrikin Quraisy Makkah tidak jalan meruntuhkan tembok asobiyyah yang mengepung nabi SAW itu melainkan membuat rancangan pembunuhan beramai-ramai dengan menghimpunkan 40 pemuda dari kabilah pelbagai. Itulah usaha terakhr mereka mengekang nabi SAW di Makkah. Itupun setelah 13 tahun berlalu.

Allah SWT telah menjadikan dakwah para nabi dibela asobiyyah keluarga setelah rintihan nabi Lut yang tertekan akaibat ketiadaan keluarga yang membelanya di Sadom. Firman Allah SWT:

قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ

Nabi SAW menyebutkan dalam hadis Sunan Tarmnizi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

إنَّ الكريمَ ابنَ الكريمِ ابنِ الكريمِ ابنِ الكريمِ : يوسفُ بنُ يعقوبَ بنِ إسحاقَ بنِ إبراهيمَ . قال : ولو لَبِثْتُ في السِّجْنِ ما لَبِثَ يُوسُفُ ، ثم جاءني الرسولُ أَجَبْتُ ، ثم قرأ : فَلَمَّا جَاءَهُ الرَّسُولُ قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ مَا بَالُ النِّسْوَةِ اللَّاتِي قَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ . قال : ورحمةُ اللهِ على لُوطٍ ، إن كان لَيَأْوِي إلى رُكْنٍ شديدٍ ، فما بعث اللهُ مِن بَعْدِهِ نبيًّا إلا في ذِرْوَةٍ من قومِهِ، حدَّثَنا أبو كُرَيبٍ قال: حدَّثَنا عَبْدةُ، وعبدُ الرَّحيمِ، عن محمَّدِ بنِ عمرٍو، نَحْوَ حديثِ الفَضْلِ بنِ موسى، إلَّا أنَّه قال: ما بَعَث اللهُ بعْدَه نبِيًّا إلَّا في ثَرْوةٍ مِن قومِه

Ikhtitof:

  1. Dakwah perlu dibela oleh negara dan para pendakwah perlulah dapatkan sokongan negara untuk kejayaan dakwahnya sepertimana yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahab.
  2. Daulah dan dakwah perlu jalan seiring. Jika keduanya berselisih, maka akan gagallah dakwah dah pincanglah daulah!
  3. Di Malaysia, ada perlumbaan pengaruh antara dakwah Salafiyyah dengan Dakwah Asya'irah. Pihak mana yang akan mendominasi arus perdana , ianya dipengaruhi oleh sokongan pemerintah. Siapa pandai mengambil hati pemerintah hingga menajdi isobahnya, maka dakwahnya akan berjaya.
  4. Ikhwanul Muslimin berdepan dengan tekanan negara Mesir untuk tempoh yang lama dan tidak pernah tamat kerana Asobiyyah Mesir tidak menjadi kota perjuangan dakwahnya.
  5. Dakwah tidak boleh bernaung di bawah belas ehsan musuh kerana ia adalah perlindungan yang rapuh dan musuh tidak memiliki asobiyyah untuk menjadi pembela dakwah yang berkekalan.


Sumber pencetus tulisan ini:https://ar.islamway.net/


No comments:

Post a Comment

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia dise...