Para penuntut ilmu yang mutamakkin, mereka akan kurang sifat ingkar meeka terhadap ulama lain. Banyak hal yang boleh digolongkan dalam kategori khilafiyyah ijtihadiyyah. Perkara sebegini, di depan mata orang yang mendalam ilmunya, diterima sebagai khilaf dan ulama yang mengambil pendapat tertentu ada keuzurannya.
Namun, kalangan penuntut ilmu yang mubtadi-in, mereka sangan banyak ingkarnya. Ulama itu tidak betul. Sesetengah ulama ditabdi'kan bahkan dikafirkan kerana pendiriannya yang berbeza daripada apa yang dipelajari oleh penuntut ilmu yang baru nak mula memanaskan badannya.
Kita saksikan bagaimana banyak berlaku pengingkaran dalam masalah fekah. Kalangan pentaksub mazhab mengengkari pegangan mazhab lain yang bersalahan dengannya. Masalah Qunut yang disunnahkan dalam solat subuh oleh mazhab Syafie, ada yang sangat mengengkarinya. Menganggapnya bid'ah dan tercela. Itu kerana kedangkalan ilmunya. Kalau ilmunya sedikit mendalam dan memahami istidlal para ulama mazhab Syafie, tentu dia akan terima perbezaan pandagan yang berbeza dengannya. Demikian hal sebaliknya. Bagi kalangan yang ta'sub dengan pendapat Syafie yang mensunnatkan qunut Subuh, mereka tidak boleh terima kalau solat Subuh tiada qunut.
Dalam masalah aqidah, misalnya dalam memahami ayat musytabihat, ada yang sangat mengengkari cara pemahaman aliran yang berbeza. Golongan salafiyyah menyangkal Asya'irah. Demikian Asya'irah, menyangkal Salafiyyah. Ada yang sampai menyesatkan. Pengengkaran-pengengkaran dalam masalah ijtihadiyyah seperti ini (Furu' Masail Akidah) melambangkan kedangkalan ilmu sendiri. Kalau mendalam ilmunya, akan kuranglah pengengkarannya.
Cuba perhatikan apa sebab ada kalangan Tullab ilmu yang begitu keras mengengkari Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Padahal keilmuan dan ketokohan Ibn Taimiyyah itu diakui oleh sejumlah besar " Jamman Ghafir" dari kalangan tokoh ilmuan Islam , baik yang masa silam atau masa kini.
No comments:
Post a Comment