Kisah Al-Gharaniq dikaitkan dengan satu kejadian yang berlaku pada masa-masa awal dakwah nabi SAW di Kota Makkah. Tatkala nabi SAW membacakan 59 -62 Surah An-Najm, nabi pun sujud dan sujud bersamanya sekalian ornag yang beriman dan juga kafir. Hanya dua orang yang tidak sujud iaitu Umayyah bin Khalaf dan Al-Mutallib bin Wada'ah,
Ayat yang dibacakan nabi SAW itu ialah:
أَفَمِنْ هَذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ . وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ . وَأَنْتُمْ سَامِدُونَ . فَاسْجُدُوا لِلَّهِ وَاعْبُدُوا
Kejadian ornag Islam dan kafir sujud bersama itu direkodkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, daripada Ibn Abbas (No. hadis 1071):
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: ( أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَجَدَ بِالنَّجْمِ، وَسَجَدَ مَعَهُ الْمُسْلِمُونَ وَالْمُشْرِكُونَ وَالْجِنُّ وَالإِنْسُ )
Juga dalam sebuah hadis lain dalam Saheh Bukhari dan Muslim:وعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مسعود رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: ( أَوَّلُ سُورَةٍ أُنْزِلَتْ فِيهَا سَجْدَةٌ ( وَالنَّجْمِ ) قَالَ: فَسَجَدَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَسَجَدَ مَنْ خَلْفَهُ، إِلاَّ رَجُلاً رَأَيْتُهُ أَخَذَ كَفًّا مِنْ تُرَابٍ فَسَجَدَ عَلَيْهِ، فَرَأَيْتُهُ بَعْدَ ذَلِكَ قُتِلَ كَافِرًا، وَهُوَ أُمَيَّةُ بْنُ خَلَف )
رواه البخاري (3972) وأيضا برقم (4863) ورواه مسلم (576)
Sumber kajian:https://islamqa.info/ar/answers/103304/%D9%82%D8%B5%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%BA%D8%B1%D8%A7%D9%86%D9%8A%D9%82
No comments:
Post a Comment