Friday, February 10, 2023

AKIDAH KHAWARIJ DAN PECAHAN MEREKA.

Golongan Khawarij berpecah kepada kumpulan yang pelbagai. Imam As-Safarayini dalam kitabnya Attabsir fi addin menyebutkan Khawarij berpecah kepada lebih 20 puak dan semua mereka bersepakat dalam dua perkara:

a) Mengkafirkan Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan, yang terlibat dalam perang Al-Jamal dan yang terlibat dalam Majlis Tahkim serta sesiapa sahaja yang redha dengan tahkim itu.

b) Mana-mana orang Islam yang melakukan dosa maka dia kafir dan kekal dalam neraka.

Di samping dua perkara di atas, Khawarij juga mengambil pendirian politik boleh bangkit memerangi pemerintah yang zalim

Kumpulan Khawarij:

  1.  Al-Mahkamah Al-Ula
  2.  Azariqah
  3.  Najdat
  4.  Sofariyyah
  5. 'Ajaridah
  6. Khazimiyyah
  7. Syu'aibiyyah
  8. Khalfiyyah
  9. Ma'lumiyyah
  10. Majhuliyyah
  11. Solatiyyah
  12. Hamziyyah
  13. Tsa'alibah
  14. Ma'badiyyah
  15. Akhnasiyyah
  16. Syaibaniyyah
  17. Karmiyyah
  18. Ibadhiyyah
  19. Hafsiyyah
  20. Harithiyyah
  21. Ashabut To'ah
  22. Ibrahimiyyah
  23. Maimuniyyah
  24. Waqifiyyah
  25. Baihasiyyah
  26. As-Syabibiyyah
Jika kita lihat nama-nama kumpulan Khawarij ini, ia berdasarkan pemimpin mereka. Setiap kali tidak puas hati, pemimpin itu menarik para pengikut untuk mengikut mereka. Mereka sangat liberal dalam agama sehingga tiada yang boleh mengikat mereka. Kefahaman agama mereka adalah berdasarkan apa yang mereka faham daripada nas-nas. Maka, tanpa ikatan ijtihad para ahli dalam agama, akan berpecahlah kepada ratusan malahan ribuan kumpulan yang dikatakan Khawarij.

Di zaman moden ini kita dengan tentang Isis. Watak dan perangainya mencirikan watak perangai Khawarij. Renung dan lihatkan baik di sekeliling anda. Khawarij bermula dari pemikiran dan kemudian akan menajdi gerakan politik.


No comments:

Post a Comment

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia dise...