Tuesday, February 7, 2023

Kaedah: Tidak diizinkan berijtihad jika ada nas

 Contoh masalah:

1) Ada nas yang mengharamkan riba, maka tidak boleh berijtihad untuk menghalalkan riba.

2) Ada nas yang menetapkan hak lelaki 2 bahagian berbanding perempuan dalam pewarisan. Maka tidak boleh ijtihad menyamakan hak lelaki dan perempuan dalam pewarisan pusaka.

3) Nas memberikan hak kepada wali mangsa terbunuh untuk menuntut Qisas. Maka ijtihad tidak dibenarkan untuk membatalkan hak wali mangsa terbunuh itu.

4) Nas mengharamkan judi, maka ijtihad menghalalkannya atas alasan pendapatan negara tidak dibenarkan.


Maka, ijtihad dalam perkara yang telah ada nas syarak yang jelas adalah ditolak. Ijtihad hanya boleh dalam perkara-perkara yang tiada nas syarak.

No comments:

Post a Comment

Orang Agama

 Siapakah orang yang layak disebut arang agama? Atau dipanggil sebagai Rijaluddin! Apakah orang yang solat, puasa , haji dan berpakaian deng...