Monday, May 20, 2024

HUKUM HIDUPAN DALAM AIR/LAUT DALAM MAZHAB HANAFI

Mazhab Hanafi mengharamkan haiwan-haiwan hidupan laut lain selain ikan. Hal ini mungkin membuatkan sesetengah orang  memicingkan mata dan melemparkan senyum sumbing. Begitu banyak nikmat Allah berbentuk kehidupan di bawah air yang dinafikan oleh Mazhab Hanafi. Udang, sotong, kerang, ketam, belut, siput sedut, gondang, lokan, lobster dan pelbagai lagi, semuanya diharamkan menurut Mazhab Hanafi. Hanya ikan sahaja yang dihalalkan. 

Mungkin sebahagian orang keheranan. Apa dasarnya maka ia diharamkan.

Bukankah dalam Al-Quran Allah menyebutkan?

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ

(Surah Al-Maidah: 96)


 Nabi SAW pula menyatakan sebagaimana dalam hadis-hadis yang boleh ditemui dalam sunan-sunan:


هو الطهور ماؤه الحل ميتته


Jika kita lihat pandangan Mazhab Hanafi yang mengharamkan udang adalah kerana beralasan udang adalah sejenis ulat air dan bukan ikan. Ia sama seperti cacing, kala dan serangga yang hidup didarat. 

Keluar dari hukum umum kehalalan kehidupan dalam air yang disepakati Jumhur Ulama ialah:

1) Buaya

-Jumhur Ulama mengharamkan buaya kerana ia haiwan yang bertaring dan boleh hidup di darat miskipun banyak masanya dalam air. Cuma Mazhab Maliki mengharuskan ia di makan kerana berpegang dengan dalil umum Quran yang berbunyi:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ


2) Katak
-Terdapat hadis Nabi SAW yang melarang bunuh katak. Larangan itu membawa mesej ia diharamkan makan.Kaedah feqah dalam bab ini, apa yang larang atau diperintah bunuh, maka ia diharamkan untuk dimakan.

3) Ular laut
-Sebahagian ulama mengharamkan ular air. Namun, pandangan yang benar ialah ia termasuk dalam keumuman ayat yang mengharuskan kehidupan dalam air seperti dalam ayat sebelum ini.

4) Anjing laut dan Penyu -Sebahagian ulama mengatakan ia haram dimakan, namun yang saheh adalah ia  halal. Hanya kerana ia hidup dilaut dan darat, maka kaedah menetapkan ia didasarkan hukum haiwan darat. Maka ia menjadi halal dimakan setelah disembelih. Namun, dalam kes ketam, sungguhpun sifatnya hidup di air dan darat, ia tidak perlu disembelih kerana ia tidak berdarah.

5) Semua yang yang disebutkan di atas, tertakluk kepada sifat tidak memberi mudarat kepada yang memakannya. Jika ia memberi mudarat disebabkan beracun, mengandungi toksid dan sebagainya, maka ia menjadi binatang yang diharamkan.

Rujuk: Islamqa


Catatan sampingan: Kalau soal ikan, semua mazhab Sunni menghalalkannya. Tidak kira apa jenis ikan. Inilah juga dalam Hanafi. Maka, kalangan ulama Mazhab Hanafi menyenaraikan udang sebagai kumpulan ikan , maka udang adalah dihalalkan.Pandangan inilah yang dikeluarkan oleh tokoh Mazhab Hanafi seperti As-Sarkhasi. Menurutnya udang dan pelbagai jenisnya termasuk dalam makna ikan.
Isunya dalam mazhab Hanafi, udang itu ikan atau bukan? Ada kata ia ikan dan ada kata ia bukan.  Yang kata ia ikan, hahallah. yang kata ia bukan ikan, bahkan cacing laut, haramlah!


Namun, dalam Mazhab Syiah, ikan dibahagian kepada dua kategori. Ikan yang halal adalah ikan yang bersisik. Yang tiada sisik adalah diharamkan seperti haramnya babi, arak dan seumpamanya. Rujuk: Video






No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...