Monday, May 13, 2024

SYATAHAT SESAT AHLI SUFI

Syatahat adalah istilah yang digunakan di kalangan ahlu sufi merujuk kepada kalam yang diucapkan dengan lidah daripada  seorang yang telah dikatakan mencapai tahap wujdan di mana mengalir ke dalam dirinya makna kalam itu dari sumbernya dan ia datang bersama dengan dakwaan wujdannya.

(Makna di atas diberikan oleh As-Siraj At-Tusi dalam Luma'nya.)

Dikatakan oleh setengah pengkaji bahaw aasal perkataan Syatah adalah Syahata yang bermaksud "jauh".

]Seseorang Sufi dikatakan telah Syatah apabila:

إذا تكلّم بكلام فيه بُعْد في الدلالة.


Ketika seorang sufi dalam Hadarat Uluhiyyah, dia menyatu bersama Tuhan dan tidak mampu menahannya, terungkap kata-katanya yang disifatkan sebagai syatahat.

Di kalangan ulama Islam ada dua jalan dalam meladeni apa yang dikatakan Syatahat ini.

1) Menerimanya  sebagai satu yang ada dan benar serta cuba menafsirkannya

2) Menolaknya dan menganggapnta sebagai cetusan kezindikan, dan kekufuran. 

Berikut adalah beberapa contoh kalam yang dianggag sebagai syatahat para sufi: 

Kata As-Syibli (Meninggal 334H):

"Kalau seandainya terlintas dalam fikiranku bahawa neraka jahim itu, apinya dan hawanya boleh membakar sehelai rambutku, maka aku telah menjadi musyrik",(Rujuk Al-lama', Ms 479)

Dia juga berkata:

"Ada hamba Allah, jika dia meludah dalam neraka jahannam, padamlah api neraka jahannam".


Abu Yazid Al-Bistomi diriwayatkan pernah berkata:

سبحاني ما أعظم شأني

" Maha suci aku , alangkah agungnya aku".

Kata Imam Az-Zahabi:

ومن الناس من يصحح هذا عنه ويقول: قاله في حال سكره

Namun, Imam Al-Ghazali dalam Ehya (2/36) meyebutkan:

وأما أبو يزيد البسطامي ـ رحمه الله ـ فلا يصح عنه ما يُحكى، وإن سُمع ذلك منه؛ فلعله كان يحكيه عن الله ـ عز وجل ـ في كلام يردده في نفسه، كما لو سُمع وهو يقول: {إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لا إِلهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدْنِي} [سورة طه: 14] فإنه ما كان ينبغي أن يفهم منه ذلك إلَّا على سبيل الحكاية


Dengar ulasan Syeikh Kamal Haidar i( seorang Marja' Syiah Imamiyyah yang kontroversi di kalangan Syiah): Syatohat Sufi

Menurut Al-Badawi, seorang yang makrifah akan mencapai peringkat keluar daripadanya Syatahat dan ia akan melalui lima peringkat iaitu:

1) Al-Wujdan iaitu merasakan wujud Allah semata-mata dan dirinya menyatu bersama Allah.

2) Berlaku tajarrub Ittihad

3) Dalam keadaan mabuk

4) Mendengar bisikan ilahi yang membawa kepada Itiihad

5) Berlaku semua itu dalam keadaan sufi tak sedar

Rujuk: Neelwafurat

Tanggapan Penulis: Ringkasnya-Apa yang nak diberitahu, yang bercakap menerusi lidah sufi itu adalah Allah SWT. Itulah konsep yang sebenarnya nak disampaikan. Tapi ....berat lidah orang yang cuba nak jelaskan untuk mengatakan sedemikian kerana bimbang dituduh sesat, zindik dan sebagainya. Maka, begitulah caranya...menggunakan bahasa seperti budak-budak main aci-aci.

Kerana bimbang ditentang oleh para ulama dan fuqaha terhadap kontradiksi sang sufi itu, maka istilah ini dicipta untuk mengeksklusifkan situasi Sufi itu dan dikecualikan daripada hukum-hukum syariat yang melibat kata-kata tersebut.

Alasan Syatahat telah menjadi sandaran puak yang telah diittifaqkan oleh para ulama sebagai Zindik. Maka, menerima Syatohat akan membuka pintu kepada dakwaan para zindik yang merosakkan Islam.


(Masih dalam pemerhatian dan penambahbaikan)

Baca: Raseef22

Baca: Salafcenter

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...