Tuesday, May 7, 2024

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia disebutkan dengan sifat negatif. Bahkan Aisyah r.a dilaknat oleh Syiah.

Namun, sebaliknya dalam Turath Sunni, nama Aisyah lebih banyak disebut berbanding Khadijah. Bahkan, seolah-olah Khidijah tidak dipersonalitikan sebagai tokoh penting dalam Islam.

Demikian itu kerana beberapa sebab:

1) Aisyah adalah seorang perawi hadis.

2) Aisyah hidup lama selepas Rasulullah wafat dan menjadi tempat rujukan para sahabat dan tabu'in dalam persoalan agama, terutama yang berkaitan kehidupan rumahtangga Rasulullah SAW. Wafatnya Aisyah adalah pada tahun 58H.

3) Aisyah menjadi mangsa serangan dan tuduhan golongan Syiah, maka ulama Sunnah bangkit menjadi benteng mempertahankannya.


Ini tiga sebab kenapa nama Aisyah mengatasi sebutan nama Khadijah dalam turath Ahli Sunnah, bahkan mengatasi nama-nama Ummahatul Mukminin yang lain.

No comments:

Post a Comment

Salafi dan Muzik

Mereka mengharamkan muzik.Titik.  Hadis nabi sebutkan muzik haram! Empat mazhab kata haram! Saya tidak tertarik dengan jalur pemikiran demik...