Tajuk di atas dibicarakan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam satu temuramahnya dalam satu channel TV Al Jazeera.
Kalangan Sufi ramai yang tenggelam dengan tasawwufnya yang tergelincir daripada manhaj tasawwuf generasi salaf. Umpamanya menerima kemasukan falsafah-falsafah dalam tasawwuf, konsep maratib para wali, kepercayaan ilmu daripada mimpi, melampau dalam mentaqdiskan makam dan kubur dan sebagainya. Penyimpangan golongan tasawwuf ini telah banyak dikritik oleh para Salafiyyah. Anda boleh baca kitab-kitab mengenainya seperti kitab At-Tasawwuf Masdar wa Mansya' , karya Syeikh Ehsan Ilahi Zahir dan Kitab Al-Fikru As-Sufi oleh Abdurrahman bin Al-Khaliq serta lain-lain penulisan yang banyak mengenainya.
Maka, Tasawwuf telah mengalami fasa yang mencemarkannya dengan pelbagai bendasing yang sepanjang sejarah. Maka ia perlu menjalani proses pembersihan dan itulah yang disitilahkan sebaga TASLIF iaitu menjadikan ia kembali kepada tasawwuf Salaf. Tasawwuf yang dipengaruhi kerahbanian agama-agama terdahulu seperti hindu, zoroasters, nasrani dan selainya perlu di jitukan menjadi Rabbani.
Sementara itu , apa yang dimaksudkan dengan TASWIF pula ialah membawa manhaj golongan Salafi kembali kepada Tasaffuw Salaf. Salafi tidak boleh anti kepada tasawwuf, bahkan mereka perlu mengendong tasawwuf di pundak mereka.
Apa yang berlaku, mereka yang mendakwa aku Salafi, menjadi keras dalam menegakkan Quran dan Sunnah lalu menolak segala bentuk yang disifatkan bid'ah. Para Salafi memicingkan mata dengan cerita-cerita ulama Salaf yang abid, zuhud , warak dan mempunyai ciri-ciri mulia rohani yang tidak berdasarkan petunjuk nabi SAW.
Waki' bin Al-Jarrah misalnya, ketika diceritakan tentang solatnya, baca qurannya dan puasanya, maka Salafiyyah mengatakan bahawa apa yang ditempuh oleh seumpama Waki' itu tidak di atas garis Quran dan Sunnah. Ia bukan contoh untuk diikuti.
Sikap-sikap sedemikian dan selainnya banyak menjarakkan para Salafi daripada keindahan tasawwuf.
Maka kedua-dua kelompok ini perlu dimurnikan.
Sumber : Video
No comments:
Post a Comment