Wednesday, April 12, 2023

Jalan hidayah Kesufian -Kritikan ke atas kisah Ibrahim bin Adham

Dari Kitab "Al-Fikru As-Sufi" oleh Abdurrahman Abdul Khaliq, beliau menyebutkan bagaimana kalangan Sufi menyifatkanb seseorang mendapat hidayah kesufian. Katanya, berdasarkan hikayat-hikayat yang dinisbahkan kepada Ibrahim bin Adham, seorang tokoh Sufi awal, diambil pengajaran oleh para sufi bagaimana seseorang boleh mendapat hidayah kesufiannya:


1) Melalui bisikan atau suara-suara ghaib. Inilah yang menjadi titik awal peralihan jalan hidup Ibrahim bin Adham.Ini disebutkan sebagai hatif. Ini berbeza dengan cetusan hidayah mengikut Quran dan Sunnah yang berpaksikan kepada hujjah dan keterangan.


2) Sifat hidayah itu sendiri sebagaimana digambarkan dalam kisah Ibrahiom bin Adham ialan menanggalkan pakaian asal dan memakai pakaian berbulu, tinggalkan ibu bapa dan kampung halaman dan bahkan tinggalkan dunia dan kecintaannya.


3) Dalam kisah Ibrahim bin Adham, dikatakan bahawa dia bertemu dengan seornag lelaki ketika dalam perjalanan menuju Makkah. Lelaki itu mendapat makanan dari alam ghaib dan dia ajarkan kepada Ibrahim Ismullah A'zom. Bila Ibrahim bin Adham membacanya, muncul nabi Khidr di depannya dan dia yang beruitahu Ibrahim bin Adham bahawa lelaki yang dia berteman dalam musafirnya itu adalah nabi Daud.


4) Dalam kisah Ibrahim bin Adham juga disiratkan sati konsep bahawa ilmu dapat dicapai dengan mujahadah , tinggalkan dunia dan  bersabar atasnya. Jika seseornag lakukan hal tersebut, dia akian mendpaat cahaya dalam hatinya hingga dapat mengetahui nasikh dan mutasyahihat. Ini berbeza dengan konsep Islam yang menetapkan ilmu itu dicapa dengan ta'allum.

5) Dorongan buat IBrahim bin Adham untuk mengambil jalannya adalah Athratullah yang ditafsirkan dalam kitab-kitab Sufi sebagai Al-Fana bersama Allah dan beribadat bukan mahu syurga atau takut neraka. Dari sini, ia berkembang dan membangun menjadi fikrah wehdatul wujud yang meletakkan makhluk dan khaliq adalah ain yang sama.


6) Wali Allah perlu disakiti dan dipukul. Demikianlah apa yang difahami dari kata-kata Aslam bin Yazid Al-Juhani kepada orang sekelilingnya tentang Ibrahim bin Adham. Demi mengesahkan kewalian Ibrahim bin Adham, disuruhnya orang memukul Ibrahim bin Adham dan demikian para wali akan menjalani kesusahan. Apakah demikian kedudukan wali dan ornag kita katakan wali. Mereka perlu kita pukul? Bukankah pukul wali itu ertinya memusuhinya. Siapa yang memusuhi para wali, dia berperang dengan Allah!


7) Aslam bin Yazid Al-Juhani, ketika menasihati Ibrahim bin Adham, menyatakan bahawa dia akan berteman dengan orang--orang baik tetapi dia kena sabar bila mereka memukulnya, mentohmahnya , dan mencelanya.

Apakah demikian perangai kawan-kawan yang baik? Ini tidak boleh diterima akal. 

Sebenarnya manhaj ini dipersiapkan untuk menerbit furu' yang kelak kita akan tahu asal- muasalnya.


No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...