Seorang Sufi yang meladeni tariqat, untuk apa?
Dia mahu menuju hakikat! Bila dia dikatakan sampai kepada hakikat?
Bila dia telah dapat menanggalkan selipar al-kaun( alam semesta) dan melihat al-kaun ini tidak lain melainkan al-mukawwin (pencipta al-kaun), atau dengan kata lain dia telah sampai kepada maqam fana dan al-kaun menjadi tidak wujud lagi, itulah hakikat dan itulah tujuan bertariqat.
Konsep seperti ini dinyatakan oleh Ibn 'Ayyad As-Syafie dalam Al-Mafakhir Al-'Aliyyah (ms 184):
Maka, menurut apa yang dijelaskan oleh Ibn 'Ayyad tersebut, jelaslah bahawa ghayah dalam bertasawwuf adalah mencapai hakikat dan hakikat itu ialah apabila seseorang sufi melihat segala yang ada dalam alam semesta ini adalah khaliq belaka.
Itulah yang dikatakan maqam wehdatul wujud!
Pemuka-pemuka sufi mengeluarkan kata-kata yang membawa maksud bahawa tafsiran Sufi itu adalah Allah. Itulah matlamat bertasawwuf. tasawwuf itu hendak bersihkan diri dari kekotoran dunia. Besrsihkan diri dari sifat-sifat kemanusiaan dan memakai sifat-sifat ketuhanan. Seorang yang sudah mencapai maqam wehdatul wujud, dia tidak lagi melihat segala sesuatu melainkan ia adalah Allah semuanya.Yang banyak jadi satu. Seperti kata Al-Ghazali dalam Misykatul Anwar (ms 80):
Kerana tasawwuf itu ada dua sisi yang berbeza, sisi gelap dan sisi terang, maka ramai yang menyanjung ilmu tasawwuf sebagai yang paling tinggi . Ya...pada sisi ia sebagai ilmu penyucian diri dari sifat-sifat mazmumah, maka ia adalah wajah cerahnya. Namun, tasawwuf yang membawa pengamalnya kepada menakah rasa ketuhanan, ini adalah sisi gelap dan berlenangan dengan kumbahan busuk para failusuf.
Apabila kita mendengar pujian-pujian muluk kepada para ahli tasawwuf tanpa mendetailkannnya, maka ia adalah cetusan dari mereka yang jahil hakikat yang telah mebarah dalam jasad ilmu tasawwuf ummat Islam. Mungkin juga cetusan itu daripada mereka yang bermaksud memperbodohkan ummat dengan watak-watak zindiq mereka.
Pada dasarnya, tasawwuf yang ditambat dengan Quran dan Sunnah, ia adalah maqbul dan elok. Akan tetapi tasawwuf yang bergelumang dengan fikrah falsafah, ia adalah tasawwuf yang menjadi racun kepada jantung hati ummat ini.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Wehdatul Wujud menjadi agama anutan bagi para Sufi berteraskan falsafah ini.
Berkata Ali Wafa, sebagaimana dinukilkan dalam Tobaqat Sya'rani (jil 2, ms 44):
"Selama mana seseorang itu berlegar dalam daerah PERBEZAAN, maka tidak dapat tidak, dia terkat dengan Syirik dan perbuatan mensyirikkkan".
Ertinya, kita perlu keluarkan dari minda membezakan antara makhluk dan khaliq. Kedua-duanya adalah satu dan tiada beza . kalau masih berfikir dalam acuan membezakan antara keduanya, itu masih syirik. Kenapa? Kerana melihat ada da wujud!
Dalam satu kata-kata ibarat yang dilontarkan oleh Al-Mustaghanimi dalam Al-Manhul Qudsiyyah( ms 99-100):
Kata-kata di atas bermaksud hakikat itu umpama air mutlak, syariah itu umpama demu tanah. Siapa yang tiada air mutlak bolehlah bertayammum. Seperti, siapa yang tidak faham hakikat, bolelah bersyariat sahaja. Tapi, sepertimana seseorang yang ada air mutlak, kalau masih bertayammum, maka solatnya batal, demikianlah halnya bagi seornag yang telah mencapai hakikat, kalau masih berpegang dengan syariat, batallah imannya. Mungkin termasuklah maksudnya , syiriklah dia! Kalau dan wehdatul wujud, masih lagi nampak wujud lain, rosaklah imannya.
Pentaksub wehdatul wujud memandang rendah kepada rukun Islam dan melebihkan wehdatul wujud itu.
Disebutkan dalam Risalah Al-Qusyairiyyah (ms 480):
Satu tariqat yang dinamakan tariqat Al-Khatmiyyah menjadikan zikir "LA MAUJUD ILLALLAH" sebagai zikir mereka..
No comments:
Post a Comment