Banyak cerita dongeng diriwayatkan mengenai keramat para wali di kalangan ahli sufi. Cerita-cerita sedemikian kita sebut "khuza'balat". Cerita wali itu ada keramat sekian-sekian , jadi bahan insfirasi kalangan para salikin. Ia disifatkan karamah wali apabila telah mencapai makam.
Banyak cerita seperti ini boleh dibaca dalam kitab-kitab masyhur dan rujukan para Sufi seperti Tabaqaat Imam Sya'rani,
Ada seorang bernama Abu Muhammad Abdurrahman Al-Maghribi Al-Qanawi , merupakan seorang syeikh besar lagi Mulia di Mesir. Satu hari ketika sednag mengajar, turunlah dari langit satu macam hantu (Syubuh) lalu menemui syeikh. Murid-muridnya tak kenal . Selepas itu itu hantu itu naik ke langit dna Syeikh di tanya tentangnya. Lalu katanya itu malaikat di langit yang turun minta tolong kepadanya kerana dia ada b uat satu kesalahan. Lalu dengan pertolongan Syeikh, dia dapat naik ke langit semula.
Diceritakan juga bahawa satu masa syeikh nampak anjing lalu , dia pun bangun memuliakan anjing itu. Maka di tanya kenapa? Katanya, dia melihat di leher anjing itu ada benang biru yang menjadi perhiasan para fuqara.
Ada kisah wali wali sujud selama setahun tak angkat kepala sehingga rumput tumbuh atas belakangnya.
Rujuk: Qiladatul Jawahir
No comments:
Post a Comment