Matinya Al-Ma'mun bin Zinnun raja kerajaan Tulaitilah pada tahun 467H dan dia digantikan dengan cucunya iaitu Yahya bin Ismail bin Yahya bin Zinnun dan menggunakan gelaran Al-Qadir Billah. Namun cucunya ini adalah seorang yang keji dan buruk wawasannya. Beliau kurang pengalaman pemerintahan , maka bagaimana dia hendak meneruskan legasi datuknya.
Al-Ma'mun masa pemerintahannya, dia punya dua wazir yang cekap iaitu Ibn Al-Faraj dan Ibn Al-Hadidi. Kedua-dua mereka mempunyai potfolia masing-masing. Urusan ketenteraan berada di bawah Ibn Al-Faraj sementara Ibn Al-Hadidi menguruskan soal mesyuarat dan pandangan-pandangan pemerintahan.
Namun Al-Qadir Billah banyak dipengaruhi oleh khadam-khadamnya serta wanita-wanita istana. Mereka menghasutnya agar menyingkirkan Ibn Al-Hadidi maka Al-Qadir Billah pun merencana satu rancangan jahat ke atasnya. Dia mengeluarkan sejumlah banduan yang dulu, zaman datuknya dipenjara atas nasihat Ibn Al-Hadidi. Dia membawa mereka ke dalam majlisnya dan dijemput juga Ibn Al-Hadidi bersama. Ketika melihat para banduan tersebut, sedarlah Ibn Al-Hadidi mengenai musibah yang bakal menimpanya. Dia cuba minta minta perlindungan daripada Al-Qodir Billah, namun dia tidak mempedulikannya. Dia biarkan para banduan itu membunuhnya dan selepas itu dia memerintahkan agar harta-harta dan rumahnya dirampas. Kejadian ini direkodkan berlaku pada awal bulan Zulhijjah tahun 468H.
Bak kata pepatah, bagai melepas anjing tersepit, itulah yang berlaku kepada Al-Qadir Billah. Para banduan yang mulanya menjadi orang yang menyokongnya kemudian bertukar jadi musuhnya. Mereka masih menyimpan dendam kepada datuk Al-Qadir Billah yang memenjarakan mereka pada masa lalu. Lalu kebencian itu tidak dapat mereka padamkan untuk cucunya pula.
Dalam pada itu negeri yang dulunya bawah kekuasaan Tulaitilah mula mengistharkan kemerekaan masing-masing. Negeri Sarqutas (Zaragoza) yang diperintah oleh Ibn Hud tidak lagi mahu berada di bawah Tulaitilah. Demikian pula raja Balansah (Valencia), Abu bakar bin Abdul Azizi juga istiharkan kemerdekaannya. Raja kerajaan Kristian pula sedang menanggk di air keruh. Al-Qadir Billah mencari sekutu dengan raja-raja Kristian untuk melaan raja-raja yang sama agama dengannya.
Ya wailah!
Raja-raja muslim yang berwalakkan orang Nasrani....akhirnya menanggung akibat terburuk dalam sejarah.
No comments:
Post a Comment