Friday, September 9, 2022

RATU ELIZABETH II KETURUNAN RASULULLAH?

Ratu Elizabeth II yang meninggal semalam pernah disebarkan khabar bahawa salasilah keturunannya sampai kepada Rasululllah SAW. Akhbar Daily Mail pernah mengeluarkan lakaran salasilah ratu Elizabeth tersebut. Bekas Mufti Mesir, Dr. Ali Jumu'ah mengakuinya kebenaran dakwaan tersebut dalam satu kuliahnya.

Orang Islam diajar bahawa keturunan nabi tidak memberikan apa-apa kelebihan jika tidak disertai dengan keimanan. Allah menafikan anak nabi Nuh dinisbahkan kepada Nuh lantara keengganannya untuk beriman dengan agama yang dibawa oleh nabi Nuh. Salasilah biologi tidak memberikan apa-apa manfaat jika terputus salasilah maknawi iaitu hubungan keimanan yang sama.

Ratu Elizabeth II, sekalipun seorang yang mulia peribadinya, disanjung ramai orang, namun dia dinyatakan meninggal bukan sebagai orang Islam. Maka, hubungan darah yang didakwa sampai kepada nabi Muhammad SAW itu tidaklah memberikan apa-apa manfaat kepadanya. Dia tidak akan mendapat keringanan azab neraka sebagaimana yang diperolehi oleh bapa saudara nabi SAW Abu Talib. Perlu diingatkan keringanan azab Abu Talib bukan kerana hubungan darahnya dengan nabi, tetapi kerana budi dan jasanya buat nabi yang membuatkan nabi berdoa mohon syafaat buatnya. Lagi pula, soal keringanan azab buat Abu talib dalam neraka itu dinyatakan dalam hadis dan ia menjadi dalilnya.

Tiada dalil manfaat diperolehi oleh orang yang ada hubungan darah dengan nabi SAW, terlebih pula jika menyalahi akidah nabi SAW.

Perbuatan mengaitkan Elizabeth II dengan nabi SAW itu untuk mengangkat darjat nabi SAW atau memperlecehkan nabi?Apakah nabi SAW perlu disokong dengan kemasyhuran ratu tersebut? Apaklah ratu itu punya kehebatan unggul sehingga jika mengaitkannya dengan nabi, reputasi nabi dan Islam akan turut menjadi unggul? Atau....apakah tidak membawa kepada perlecehan ke atas nabi. Sepertinya para pendakwa yang menceritakan pokok salasilah tersebut ingin menyiratkan kata: Lihat, keturunan nabi kalian pun tidak ikut leluhurnya. Maka tidak salah keturunan Muhammad tidak menyusul jalan agamanya!.

Cukuplah nabi Muhammad dibanggakan dengan ummatnya yang beriman. Ummatnya yang mencontohinya dan menganut dengan setia agama yang didakwahkannya!

Ulasan hubung kait salasilah:

Baca:https://www.thevocket.com/konspirasi-ratu-elizabeth-ii-adalah-keturunan-nabi-muhammad-kembali-tersebar-ini-penjelasannya/

Berawal dari Zaida dari Seville yang murtad dan berkahwin dengan Alfonso VI. Itulah jambatan penting yang menjadi pokok dakwaan menyemberangnya salasilah Elizabeth II kepada zuriat-zuriat nabi Muhammad SAW. Namun, berkenaan Zaida itu, apakah benar dia dari keturunan nabi Muhammad SAW adalah satu kenyataan yang tidak dapat dibuktikan secara tuntas.


Screenshoot Whatsapp


Salasilah keturunan Ratu Ellizabeth yang ditularkan dan tidak dapat dibuktikan kesahehannya.

Rajah 1


Rajah 2

Mari kita semak juga siapakah Muhammad bin 'Ubbad yang terkenal sebagai Al-Mu'tamid raja Seville itu.
محمد بن عباد بن محمد بن إسماعيل بن قريش بن عباد بن عمر بن أسلم بن عمرو بن عطاف بن نعيم اللخمي أبو القاسم المعتمد على الله

Nama Nu'aim Al-Lakhmi yang menjadi leluhur kepada Ibn 'Ubbad itu adalah keturunan An-Nu'man bin Al-Munzir Al-Lakhmi  (582-609 M)  raja terakhir kerajaan Hirah yang digelar Abu Al-Qabus. Demikian disebutkan dalam Wafyatul A'yan karya Ibn Khalikan.

نسبه الكامل هو محمد بن عباد بن محمد بن إسماعيل بن قريش بن عباد بن عمر بن أسلم بن عمرو بن عطاف بن نعيم اللخمي أبو القاسم المُلقّب بالمعتمد على الله.[2] ينتمي المعتمد بن عباد إلى أسرة بني عباد، وهم سلالة عربية تعود أصولها الى قبيلة لخم اليمنية الكهلانية السبئية، وهم يُنسبون إلى النعمان بن المنذر حاكم الحيرة قبل النبوة. قدم جد بني عباد إلى الأندلس مع طالعة بلج في بداية القرن الثاني الهجري. وفي مطلع القرن الخامس الهجري (الحادي عشر الميلادي)، استقلَّ أبو القاسم محمد بن عباد اللخمي بإشبيلية، فبرع في الفقه والقضاء، وحكم إشبيلية لفترة، ثم خلفه فيها ابنه أبو عمرو المعتضد عباد، وأخيراً حفيده المعتمد

Sumber-sumber Andalus menyebutkan bahawa Zaida itu adalah menantu kepada Al-Mu'ta'tamid Ibn Al-Ubbad (pemerintah Seville pada zaman kerajaan-kerajaan Tawaif) kerana dia telah dikahwini oleh Abu Nasr Al-Fath bin Al-Mu'tamid. Apabila kerajaan Murabitun menguasai Seville, Zaida lari bernaung di bawah Raja Alfonso VI dari Castella dan dia menjadi gundik Alfonso VI. Beliau kemudiannya dibaptis dan menukarkan agamanya kepada kristian dan menggunakan nama Isabel. Alfonso VI mendapat anak lelaki satu-satunya dengannya dan diberi nama Sancho. Namun Sancho mati dalam peperangan yang dinamakan " Battle of Ucles" iaitu peperangan antara tentera Castella dan Leon yang dipimpin oleh AlfonsoVI melawan pasukan Kerajaan Murabitun. Para sejarawan punya khilaf pandangan tentang watak Zaida yang kemudiannya dinamakan Isabel kerana Anfonso VI juga ada permaisuri bernama Isabel. Ada kemungkinan Sancho dan seorang lagi anak perempuan Alfonso VI bernama Elvira adalah anak permaisuri Isabel. Mungkin juga anak Zaida. Sebab itu, perkara  ini tidak jelas. 

Salasilah Zaida yang dikatakan jambatan penghubung kepada nabi Muhammad SAW juga tidak jelas. Sumber Kristian mengatakan Zaida anak Ibn Ubbad dan Ibn Ubbad itu keturunannya bersambung sampai kepada Rasulullah SAW. Namun, jika berpegang kepada sumber Andalus yang menyebutkan Zaida adalah menantu, maka tiada apa-apa kaitan Zaida dengan keturunan nabi SAW. Anak-anak Alfonso VI yang dikatakan dari ibunya bernama Zaida juga tidak jelas. Mungkin dari isteri yang lain yang juga namanya Isabel.

Elvira itulah yang kemudiannya berkahwin dengan Roger II, raja Sicily. Perkahwinan mereka melahirkan 5 anak iaitu:

1)Roger

2) Tancred

3) Alfonso

4) William

5) Henry (mati Kecil)



No comments:

Post a Comment

Dengar Quran atau Nyanyian

Anda mintalah fatwa kepada hanti anda. Bagaiimana kedudukan iman anda. Jika hanti anda, sewaktu dengar nyanyian rasa bahagia dan senang seka...