Ahlul Khitwah adalah orang-orang yang dikatakan mampu memendekkan jarak perjalanannya yang jauh hanya dengan selangkah atau sekelip mata. Ia juga mampu berada dalam beberapa tempat dalam masa yang sama. Mereka melakukan hal sedemikian dengan cara yang luar biasa. Nama Ahlu Khitwah berlegar di kalangan para Sufi. Ia dianggap sebagai sebuah karamah yang dikurniakan Allah kepada hambanya yang soleh. Dalam kebudayaan Jawa, orang yang ada kemapuan ini disebut sebagai pemilik Ajian Saipi Angin. Disebut juga di kalangan tertentu sebagai Ilmu Lipat Bumi.
Tidak terkecuali, dalam dunia perfilemen Barat, dimunculkan filem yang memebawa mesej yang serupa dengan nama filemnya "Jumper".
Menurut Ibn Baz, dakwaan memiliki kemampuan sedemikian , apa yang dinamakan Ahlu Khitwah itu adalah tidak berasas kerana tiada dalil yang membuktikannya. ia sekadar cerita.(Rujuk: Al-Fatawa)
Di kalangan para Sufi, terdapat kepercayaan bahawa para wali Qutub yang empat iaitu Abdul Qadir jailani, Ibrahim Ad-Dusuqi, Ahmad Ar-Rifa;i dan Ahmad Al-Badawi mempunyai kempampuan bergerak selangkah ini. Cerita-cerita diriwayatkan bahawa mereka dilihat berada di tempat yang jauh dalam sekelip mata.
Di Syria, orang-orang dulu bercerita tentang asal usul nama Kota Sarujah sebagai berasal dari seorang wali Allah asal di sana yang diceritakan pulang dari mekah sekelip mata untuk makan masakan ibunya.
Para pendokong cerita Ahlul Khitwah bersandarkan takwilan cerita dalam Quran. Umpamanya cerita kemampuan Asif bin Barkhia, menteri Nabi Sulaiman yang mampu memindahkan singgahsana ratu Saba dalam sekelip mata. Kisah Israk Nabi SAW juga menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah berada dalam ruang lingkup mungkin terjadi.
No comments:
Post a Comment