Dalam hadis yang Muttafaq Alaih, disebutkan :
ينزل ربنا تبارك وتعالى إلى السماء الدنيا كل ليلة حين يبقي ثلث الليل الآخر؛ فيقول: من يدعوني فأستجيب له؟ من يسألني فأعطيه؟ من يستغفرني فأغفر له؟ حتى ينفجر الفجر
Tuhan kita, Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi, turun ke langit yang paling bawah setiap malam apabila tinggal sepertiga malam terakhir; Dia berkata: Siapakah yang berdoa kepada-Ku supaya Aku perkenankan kepadanya? Siapakah yang meminta kepada-Ku agar Aku memberinya? Siapakah yang meminta ampun kepada-Ku agar Aku mengampuninya? Sehingga subuh menyingsing
Hadis ini menjadi dalil Maha Tingginya Allah di atas arasy sebagaimana ditegaskan dalam ayat-ayat Quran seumpama ayat Istiwa. Nabi SAW menyifatkan Allah dengan nuzul yakni turun. Allah dari atas arasy turun ke langit dunia pada masa sepertiga malam. Allah nuzul , dapat difahami secara zahirnya dari atas ke bawah.
Hadis ini parah bagai sebilangan orang, kerana ia membawa kepada tasybih Allah dengan makhluk. Lalu, menurut mereka , ia mesti ditakwil. Ahlu takwil di kalangan Asya'irah dan Maturidiiyyah menolak Allah turun tetapi yang turun adalah rahmat Allah!
Ada hujjah-hujjah yang kedengaran macam berakal tetapi sebenarnya ada lohong besar dalam akal yang bermain tanpa disedari.
Kata pihak yang mempertikaikan kefahaman bahawa Allah turun ke langit atas hujjah bahawa langit itu makhluk dan bagaimana Allah masuk ke dalam makhluknya. Jika Allah masuk ke dalam makhluk, jadilah Allah itu berhulul dalam makhlukNya. Dan pula, jika Allah turun, kosonglah arasy. Ditambah pula dengan rancu-ranca fahaman sisitem masa dunia . Jika Allah turun di sepertiga malam di satu bahagian bumi, sepertiga malam itu sentiasa bergerak serata bumi pada masa yang berbeza. Masa mana Allah naik semula? Maka, jika demikian , Allah sentiasa turun sepanjang masa dan tidak lagi naik ke langit. Dalam masa yang sama, keberadaan Allah di langit juga dipermasalahkan.
Semua pertanyaan atau kemusykilan seperti ini tidak timbul melainkan kerana natijah mengkiaskan Allah dengan makhluk. Turunnya Allah disamakan dengan turunnnya makhluk. Kalau anda berada atas arasy, anda turun ke langit dunia, memang anda tertakluk kepada hukum akal tersebut. Tapi, Allah adalah Allah. Allah tidak serupa dengan makhluk.
Saya tahu, hujah sedemikian dikemukakan dalam upaya hendak menolak dakwaan Allah di atas arasy atau Allah mengambil jihah. Demikian juga Allah mengambil tempat. Kata mereka Allah maujud bila Makan.
Makan itu ditamsilkan dengan makan yang otak mansia tasawwurkan. Saya perna timbulkan sebelum ini, sebelum Allah menciptakan arasy, apakah makan tu wujud? Kalau makan belum wujud,
seharusnya Allah ciptakan makan dulu, baru ciptakan Arasy. Kalau Arasy maujud bila makan, maka apa bezanya dnegan Allah? Apa Beza Allah dengan Arasy. Justeru, bagaimana nak menetapkan maujud bila makan itu sifat Allah SWT?
Walhasil, dalam tidak sedar, ketika nak mensucikan Allah daripada berada atas langit dan nuzul ke langit dunia, pemikiran telah terperangkap. Pemikiran merasakan kalau turunnya Allah, allah sudah sama seperti makhluk. Pemikiran itu sebenarnya telah hanyut dalam mentamsilkan Allah dengan makhluk.
Cuba terima kenyataan bahawa Allah di langit tapi tak sama dengan makhluk yang mengambil tempat. Langit itu snediri kita tak tahu bagaimana! Kita dengar sahaja tapi tak pernah lihat. Allah kata dioa di lamgit, terima dan percaya seadanya., Hal ghaibiyyat, akal manusia lemah untuk menghadamnya. Allah kata turun, tak usahlah duduk analisa dengan akal yang ttak mampu menelaahnya bagaimana turunnya itu.
Ini antara sebab kenapa saya menjauhkan diri dari manhaj ahlul kalam. Semua nas nak difahamkan dengan jalan akal. Kalau tak sesuai bawa takwil itu dan ini. Bukan tak boleh takwil. Silakan takwil pada tempatnya. Jangan yang jelas disebut nas , pun mahu ditakwil. Ahlu takwil ni banyak dalam golongan sufi batiniyyah. Kalau tengok gaya takwilan mereka, tiada satu ayat dalam Quran itu melainkan ada tawilannya kepada maknanya lain. Itu takwilan tahrif bukan tafsir.
Nuzul Allah itu seharusnya difahami Nuzul yang sesuai dengannya dan tidak mampu kita menetapkan kaifiyatnya. Maka, jangan mengoceh masa mana Allah naik kalau asyik turun di sepertiga malam di seluruh dunia secara berganti-ganti. Ocehan macam ini nampak aja mac am cerdik tetapi ilhad!
Membandingkan turunnya Allah dengan turunnya kita dari atas sutuh rumah adalah qias yang fasid. Qias macam ni syaitan rintis.
Ahlul kalam, kerana tak hadam perkara ini betul-betul, akhirnya keluar kata-kata: Allah tiadak di dalam alam dan tidak di luar alam! Kenapa boleh sampai demikian ? Sebab kononnya mereka nak menegaskan Allah tak sama dengan makhluk. Kalau di luar alam sama dengan makhluk! Kalau dalam alam, pun sama dengan makhluk. Kerana mereka terperangkap dalam qias yang fasid, keluarlah kata-kata yang tidak punya dalil sedemikian.
Sifat tidak di dalam alam dan tidak di luar alam, ini sifat yang ma'dum bukan yang maujud. Demikianlah halusnya racun iblis dalam menusuk keraguan.
No comments:
Post a Comment