Sunday, October 13, 2024

JIKA TIDAK KERANA MUHAMMAD, TIADALAH ADAM DICIPTAKAN!

Beberapa lafaz yang berbeza...

Kalau tidak kerana Muhammad SAW tidaklah diciptakan Aflak!

Kalau tidak kerana Muhammad tidaklah diciptakan syurga dan neraka, tidak juga arasy di atas air!

Jika tidak kerana Muhammad, tidaklah diciptakan arasy, kursi,  langit, bumi , matahari, bulan dan lainnya!


Kenyataan di atas terdapat dalam sebuah hadis yang disebutkan antara lain oleh Abu Naim Al-Asfahani dalam kitabnya Dalailun Nubuwwah. ia juga dinukilkan dalam Al-Bidayah Wan Nihayah (Jil 2, MS 348) oleh Ibn Kathir dan dalam Al-Mustadrak oleh Al-hakim, hadis Abdurrahman bin Zaid bin Aslam daripada bapanya dan daripada datuknya daripada Umar Al-Khattab. (Al-Baihaqi dalam Dalailun Nubuwwah manyatakan hadis itu berseorangan oleh Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dan dia adalah seorang yang daif).

Bunyi Hadis:

لما أصاب آدم الخطيئة رفع رأسه فقال يا رب بحق محمد إلا غفرت لي، فأوحى إليه وما محمد؟ ومن محمد؟ فقال: يا رب إنك لما أتممت خلقي رفعت رأسي إلى عرشك فإذا عليه مكتوب: لا إله إلا الله محمد رسول الله، فعلمت أنه أكرم خلقك عليك، إذ قرنت اسمه مع اسمك. فقال: نعم، قد غفرت لك وهو آخر الأنبياء من ذريتك ولولاه ما خلقتك


  • Ibn Taimiyyah menghukumkan hadis ini adalah maudhuk
  • Albani dalam Silsilah Ad-Da'ifah menetapkan hadis ini maudhuk
  • As-Syaukani dalam ( الفوائد المجموعة في الأحاديث الموضوعة   ) Ms 326 mengatakan bahawa As- Saghani menghukumkan hadis ini maudhuk.

Rujuk: Islamqa

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...