Wednesday, October 30, 2024

KORBAN LALAT MASUK NERAKA

 Korban adalah satu ibadat. Ia hanya untuk Allah dan tidak boleh kepada yang lain. Sesiapa yang berkorban untuk selain Allah, maka dia syirik . 

Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad  dalam Musnadnya (Kitab Az-Zuhdi), oleh Abu Nuim dalam Hilyatul Auliya dengan sanadnya menerusi  A'masy dan secara mauquf kepada Salman Al-Farisi.

Sanad Hadis sebagaimana dalam Musnad Imam Ahmad:


حدثنا عبد الله أخبرنا أبي حدثنا أبو معاوية حدثنا الأعمش عن سليمان بن ميسرة عن طارق بن شهاب عن سلمان قال

Kata Salman:

مرَّ رجلان على قومٍ لهم صنمٌ لا يجوزُه أحدٌ حتى يُقرِّبَ له شيئًا فقالوا لأحدِهما : قرِّبْ قال: ليس عندي شيءٌ أقَرِّبُه قالوا : قربْ ولو ذبابًا فقرب ذبابًا، فخلُّوا سبيلَه فدخل النارَ وقالوا للآخرِ: قرِّبْ قال: ما كنتُ لأقربَ لأحدٍ شيئًا دونَ اللهِ عزَّ وجلَّ فضربوا عنقَه فدخل الجنةَ

Dua orang lelaki melewati suatu kaum yang mempunyai berhala yang tidak diperkenankan oleh sesiapa pun sehingga dia mempersembahkan sesuatu kepadanya. Mereka (kaum) berkata kepada salah seorang antara keduanya: Berkorbanlah (untuk berhala)!. Maka katanya: Aku tiada apa-apa untuk dikorbankan.  Jawab merke (kaum): Korbankan walau seekor lalat!. Maka lelaki itu pun mengorbankan seekor lalat dan dia pun dilepaskan untuk meneruskan perjalanannya. Maka dia masuk neraka. Kemudian mereka mereka berkata kepada seorang laigi: Korbankan (untuk berhala) . Dia berkata: Aku tidak akan korbankan sesuatu apapun selain hanya kepada Allah SWT. Lantas nereka memancung kepalanya. Lelaki itu masuk syurga.



Ulasan tentang status hadis:

  • Albani dalam silsilah Ad-Dha'ifah mensahehkan bahawa hadis ini adlaah mauquf kepada Salman Al-Farisi.
  • Perawi yang bernama Tariq bin Syihab ada khilaf tentang suhbahnya dengan Nabi SAW. JIka dia sahabat dan dia tidak dengar daripada Nabi SAW, maka hadis ini Mursal Sahabi dan Mursahabi Sahabi diterima (sebagaimana kata Ibn Hajar Al-asqalani)
  • Beliau tidak mendengar hadis ini daripada Rasulullah SAW
  • Kalau dia memang sahabat, tak kisahlah dia dengar dariapda nabi atau tidak. Mursal sahabi diterima.
  • Jika dia bukan sahabat, maka Mursal bukan sahabat adalah daif.
  • Masalah hadis ini merupakan Mu'an'an daripada A'masy juga jadi masalah kerana A'masy adalah Mudallis.
Bacaa: Islamweb

Masalah:

Hadis ini menunjukkan bahawa sesiapa yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan kufur, lalu dia lakukannya, maka dia tdiak diuzurkan. Hal ini bententangan dengan nas Al-Quran yang menyebutkan:

 مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.

( Surah An-Nahl:106)

Penyelsaian masalah:
  • Salman mengambil cerita ini ketika dia masih beragama Nasrani daripada guru-gurunya. Maka ia adlaah cerita Istailiyyat
  • Ketiadaan keuzuran buat yang dipaksa adalah syariat ummat terdahulu tetapi bagi syariat nabi Muhammad, orang yang terpaksa dimaafkan.
  • Ketiadaan keuzuran untuk keadaan terpaksa boleh dilihat bagaimana perkataan Ashabul Kahfi tatkala mereka berkata sesama meraka:
إِنَّهُمْ إِنْ يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ وَلَنْ تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا

 Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya".
(Al-Kahfi: 20)


Ihtimal (Andaian) lain tentang hadis:

Lelaki yang mengorbankan lalat itu masuk neraka bukan sebab keterpaksaan di kalangan ummat lampau tidak diuzurkan sebagaimana dijelaskan . Namun , dia masuk neraka kerana dia tidak mengengkari dengan hatinya , malah menganggap enteng perbuatannya mengorbankan lalat untuk berhala. Sikap lelaki tersebut boleh ditemui dalam hadis yang sama tetapi riwayat Ibn Abi Syaibah dalam AL-MUSANNIF( Jil 17, Ms 537-538). Hadsnya berbunyi:

عَنْ سَلْمَانَ، قَالَ: ( دَخَلَ رَجُلٌ الْجَنَّةَ فِي ذُبَابٍ، وَدَخَلَ رَجُلٌ النَّارَ فِي ذُبَابٍ: مَرَّ رَجُلَانِ عَلَى قَوْمٍ قَدْ عَكَفُوا عَلَى صَنَمٍ لَهُمْ، وَقَالُوا: لَا يَمُرُّ عَلَيْنَا الْيَوْمَ أَحَدٌ إِلَّا قَدَّمَ شَيْئًا، فَقَالُوا لِأَحَدِهِمَا: قَدِّمْ شَيْئًا! فَأَبَى، فَقُتِلَ، وَقَالُوا لِلْآخَرِ: قَدِّمْ شَيْئًا! قَالَ: لَيْسَ عِنْدي شَيْء، فَقَالُوا: قَدِّمْ وَلَوْ ذُبَابًا، فَقَالَ: وَأَيْشٍ ذُبَابٌ! فَقَدَّمَ ذُبَابًا فَدَخَلَ النَّارَ.


Kalimah yang dimerahkan di atas memberi mesej memandang enteng . Mengaggap remeh. Padas hemat lelaki itu sekadar mengorbankan lalat , bukanlah masalah. Padahal , korban apapun kalau bukan kepada Allah, ianya besar kesannya. Kerana pandang remeh dan tidak menyimpan kebencian dalam hatinya, imamnya telah rosak dan kerana itu dia masuk neraka.

Pengajaran penting: KESAN AMAL HATI

Hadis ini membicarakan soal amal hati. Korban lalu, zahirnya tiada nilai. Tapi yang menjadikanya bernila sehingga ada masuk neraka dan syurga kerananya, adalah amal hati. Bukan kerana korban lalat itu. tapi kerana apa yang ada dalam hati.



No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...