Sunday, December 24, 2023

Kisah wali bermaksiat tetapi murid sangka baik

Telah menulis oleh Ahmad bin Mubarak dalam kitabnya Al-Ibriz, ms 186, kisah yang didengarnya dari gurunya Abdul Aziz Ad-Dabbagh tentang kisahnya wali Nujaba' yang mempunyai beberapa murid. Hanya seorang muridnya yang lulus ujian. Demikian kerana pada satu ketika, saat dia dengan muridnya, masuklah ke bilik khulwatnya sorang wanita lalu syeikh wali guru itu masuk bersamanya. Maka para murid pun melihat kemungkaran itu , mereka lari meninggalkannya atas apa yang mereka saksikan daripada kemungkaran. Hanya seorang murid yang bertahan , bahkan dia mengangkut air untuk kegunaan gurunya mandi junub. 


Apabila gurunya itu keluar dan bertanya kepadanya kenapa dia lakukan semua itu, maka dijawabnya bahawa dia berkhidmat untuk gurunya bukan atas anggapan gurunya itu nabi yang tiada dosa dan maksiat. Dia hanya meyakini bahawa gurunya ada lebih arif tentang jalan tarikat yang sedang diladeninya. Maka, oleh gurunya dipelawa masuk masuk ke dalam bilik khulwatnya tetapi tiada wanita tersebut. Dikhabarkanlah kepadanya oleh gurunya itu bahawa wanita yang dilihatnya itu adalah perumpamaan dunia yang dijelmakan untuk menguji murid-muridnya.

Kisah sebegini banyak diriwayatkan dalam kitab-kitab orang Sufi. Akhir kepada periwayatn ini membawa mesej bahawa para murid hendaklah sentiasa bersangka baik kepada murabbinya. Seolah-olah murabbi itu tidaklah melakukan dosa maksiat.

Ia akan menjelmakan anggapan kemaksuman guru dalam zihin para muridin.


No comments:

Post a Comment

Abu Lahab merdekakan Tsuwaibah Al-Aslami

Ketika berita kelahiran Nabi SAW disampaikan oleh hamba Abu Lahab yang bernama Tsuwaibah kepada tuannya, maka saking gembiranya Abu Lahab, d...