Tuesday, December 19, 2023

Ayyub As-Sakhtiyani

Kata Said bin Amir meriwayatkan perkataan Salam: Adalah Ayyub As-Saktiyani itu qiamullail sepanjang malam dan dia menyembunyikannya. Apabila malam menjelang Subuh, dia pun menguatkan suaranya seolah-olah di baru bangun ketika itu( Sumber: Hilyatul Auliya: 3/8)


Demikianlah contoh ibadat para Salafus Soleh. Mereka menyembunyikannya. Ibadat mereka hanya semata-mata kerana Allah SWT. Mereka tidak mahu menzahirkannya kepada manusia lain.

Alangkah berbeza dengan kita. Ada kalangan kita banguin malam bertahajjud, sanggup pula buat live tahajjudnya. Kononnya buat merangsang orang lain agar bangun tahajjud juga. Didalilkan dengan ayat terakhir surah Ad-Duha:
" Adaun nikmat Tuhanmu hendaklah kau ceritakan".

Ayyub As-Sakhtiyani itu adalah seorang pemuka Tabi'in. Beliau lahir tahun 66H dan wafat tahun 131H. Namun kata Imam Az-Zahabi, dia lahir tahun di mana Ibn Abbas wafat iaitu tahun 68H. Walaupun dia sempat hidup sezaman dengan Anas bin Malik dan umurnya 20 tahun lebih ketika itu, namun, tiada riwayat dia mengambil hadis daripada Anas bin Malik.

Nama penuhnya adalah Abu Bakar Ayyub bin Abi Tamimah Kaisan As-Sakhtiyani Al-Anazi Al-Basri.

Gelaran As-Sakhtiyani merujuk kepada pekerjaan yang dijalaninya iaitu menyertu kulit kambing ataupun menjualnya. Ia adalah kalimah yang berasal daripada bahasa Parsi atau dikatakan asalnya Yunani.

Ayyub As-Sakhtiyani adalah seornag yang sangat mengagungkan Sunnah dan anti kepada Ahlul Bid'ah. Dia diriwayatkan pernah berkata:

" Tidaklah sampai khbat kepadaku mengenai matinya seorang Ahli Sunnah melainkan ia umpama jatuhlah salah satu anggota tubuhku!"


Beliau wafat di Basrah pada zaman taun sedang merajalela pada usia 63 tahun pada tahun 131H.

No comments:

Post a Comment

SYATAHAT SESAT AHLI SUFI

Syatahat adalah istilah yang digunakan di kalangan ahlu sufi merujuk kepada kalam yang diucapkan dengan lidah daripada  seorang yang telah d...