Friday, December 29, 2023

Solat Sunat Sebelum Subuh

Solat Sunat Sebelum Subuh dilakukan sebanyak 2 rakaat.

Ia merupakan antara solat Sunat yang amat besar kelebihannya dan ia disunatkan sama ada dalam keadaan musafir atau bermuqim. Ianya sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Mukminin Aisyah R.A, terdapat dalam Saheh Muslim:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
"Dua rakaat Fajar itu lebih baik daripada dunia dan isinya"

Saidatina Aisyah juga meriwayatkan hadis dengan katanya:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صلى الله عليه وآله وسلم عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَي الْفَجْرِ

" Tiada solat sunat yang lebih dipelihara oleh nabi SAW berbanding solat 2 rakaat Sunat Fajar".
( Hadis Muttafaq alaih)

Ibn Qoyyim menyebutkan dalam Zadul Ma'ad bahawa "asyaddu ta'ahudan" bermaksud  besangatan menjaganya dan baginda sangat menjaga dua jenis solat sunat samada dalam keadaan hadir atau musafir iaitu Solat Sunat Fajar dan dalam Solat Sunat Witir.Tidak dinaqwalkan daripada Rasulullah bahawa baginda menjaga sedemikian atyas solat-solat sunat rawatib yang lain di kala musafir sebagaimana baginda menjaga sunat fajar dan witir

BACAAN SUNNAH DALAM SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH

Disunatkan selepas membaca Surah Fatihah dalam rakaat perrtama, dibacakan Surah Al-Kafirun atau potongan daripada Surah Al-Baqarah, ayat 136 iaitu:


قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Selepas bacaan Surah Fatihah Rakaat Kedua, disunatkan membaca Surah Al-Ikhlas atau potongan daripada Surah Ali Imran ayat 64 iaitu:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً وَلا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ


No comments:

Post a Comment

Mengimpikan hidup zaman nabi dan jadi sahabatnya.

 Imam Ahmad menyebutkan dalam musnadnya dari cerita Jubair bin Nufair , katanya: جلسنا إِلَى الْمِقْدَادِ بْنِ الْأَسْوَدِ يَوْمًا، فَمَرَّ ...