Namanya ialah Nu'aim bin Hammad bin Mu'awiyah bin Al-Harith bin Hammam bin Salamah bin Malik Al-Khuza'i Al-Muruzi dan AL-FARIDHI (Kerana kepakarannya dalam Ilmu Mawarith)
هو الإمام العلامة الحافظ أبو عبد الله المروزي الخزاعي صاحب التصانيف.
Namanya ialah Nu'aim bin Hammad bin Mu'awiyah bin Al-Harith bin Hammam bin Salamah bin Malik Al-Khuza'i Al-Muruzi dan AL-FARIDHI (Kerana kepakarannya dalam Ilmu Mawarith)
هو الإمام العلامة الحافظ أبو عبد الله المروزي الخزاعي صاحب التصانيف.
Solat Sunat Sebelum Subuh dilakukan sebanyak 2 rakaat.
Ia merupakan antara solat Sunat yang amat besar kelebihannya dan ia disunatkan sama ada dalam keadaan musafir atau bermuqim. Ianya sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Mukminin Aisyah R.A, terdapat dalam Saheh Muslim:
Telah menulis oleh Ahmad bin Mubarak dalam kitabnya Al-Ibriz, ms 186, kisah yang didengarnya dari gurunya Abdul Aziz Ad-Dabbagh tentang kisahnya wali Nujaba' yang mempunyai beberapa murid. Hanya seorang muridnya yang lulus ujian. Demikian kerana pada satu ketika, saat dia dengan muridnya, masuklah ke bilik khulwatnya sorang wanita lalu syeikh wali guru itu masuk bersamanya. Maka para murid pun melihat kemungkaran itu , mereka lari meninggalkannya atas apa yang mereka saksikan daripada kemungkaran. Hanya seorang murid yang bertahan , bahkan dia mengangkut air untuk kegunaan gurunya mandi junub.
Apabila gurunya itu keluar dan bertanya kepadanya kenapa dia lakukan semua itu, maka dijawabnya bahawa dia berkhidmat untuk gurunya bukan atas anggapan gurunya itu nabi yang tiada dosa dan maksiat. Dia hanya meyakini bahawa gurunya ada lebih arif tentang jalan tarikat yang sedang diladeninya. Maka, oleh gurunya dipelawa masuk masuk ke dalam bilik khulwatnya tetapi tiada wanita tersebut. Dikhabarkanlah kepadanya oleh gurunya itu bahawa wanita yang dilihatnya itu adalah perumpamaan dunia yang dijelmakan untuk menguji murid-muridnya.
Kisah sebegini banyak diriwayatkan dalam kitab-kitab orang Sufi. Akhir kepada periwayatn ini membawa mesej bahawa para murid hendaklah sentiasa bersangka baik kepada murabbinya. Seolah-olah murabbi itu tidaklah melakukan dosa maksiat.
Ia akan menjelmakan anggapan kemaksuman guru dalam zihin para muridin.
Apa itu Tariqat Sufi?
Ia adalah sesuatu yang dinisbahkan kepada seseornag Syeikh dalam bentuk jalan pendakian dalam bidang tasawwuf yang menjadikan syeikh itu sebagai syeikh berpangkat Murabbi sehingga menjadikan syeikh itu salah seoornag di antara wali-wali Allah sama ada namanya Qutub, Ghauth, Autad atau Abdal.
Syeikh yang menjadi wali itu hendaklah mempunyai karamah dan mukasyafat serta memiliki zikir-zikir khusus. Zikir itu sama ada datang langsung daripada Allah SWT terbenam dalam kepalanya atau mungkin dalam bentuk lembaran tertulis. Ia juga mungkin melalui Rasulullah samada ada secara mimpi atau yaqazah. Mungkin juga datang menerusi nabi Khaidhir.
Setiap tariqat akan mempunyai zikir khusus dengan kelebihan-kelebihan khusus.
Kemudian syeikh tariqat itu akan menjadi warisan keturunannya. Para pengikut akan bersedekah, menyumbang dan ambikl berkat.
Rata-rata syeikh tarikat akan menhubungkan nasabnya dengan Rasulullah SAW.
Antara Tariqat yang terkenal:
1) Tariqat Tijani-diasaskan oleh Ahmad bin Muhammad Al-Mukhtar At-Tijani yang lahir pada tahun 1150H dan dia berdomisil di Kota Fas, Maghribi.
-Pegangan dan dakwaan tentang kehebatannya boleh ditelah melalui kitab-kitab yang dikarnag oleh salah seorang muridnya yang bernama Ali Harazim Al-Arabi Baradatil Fasi antaranya dalam kitab yang dinamakan Jawahirul Ma'ani Wa Bulughul Amani Fi faidhi Saidi Abil Abbas At-Tijani.
1) Kematian nabi SAW.- Sudah berlaku.
2) Pembukaan Baitul Maqdis-Sudah berlaku berulang kali dan kali ini ia di bawah kekuasaan Israel dna akan kembali berlaku.
3) Kematian yang begitu banyak seperti kematian kambing kerana penyakit 'Qas'anul Ghanam'-selepas zaman nabi, sudah berlaku wabak-wabak yang membunuh kaum Muslimin, antaranya zaman Umar Al-Khattab di mana Abu Ubaidah mati kerana wabak itu.
4) Banyak harta sehingga seseorang lelaki diberikan 100 dinar namun dia masih juga marah.
5) Fitnah yang akan memasuki rumah-rumah orang- Fitnah melalu internet dan media sosial pada hari ini mungkin menepati gambaran ini.Ianya sedang berlaku.
6) Berlakunya perjanjian damai antara kaum Muslimin dengan Bangsa Rom lalu bangsa Rom Rom khianat dan kembali menyerang kaum Muslimin di bawah 80 ketumbukan dan setiap satunya ada 12 ribu tentera- Yang ini belum berlaku rasanya.
Bila kita hendak buat pilihan antara dua perkara atau beberapa perkara, maka solatlah Sunat Istikharah. Itulah Sunnah.
Namun, ada kaedah Istikharah yang netah daripada mana datangnya dan diamalkan sesetengah orang.
Anataranya:
1) Istikharah denagn Mashaf Al-Quran
Buka Quran mana-mana muka surat. Ambil sebelah kanan. Tinggalkan 7 baris dari atas dan baca. Jika maknanya bagis mengandungi perngertian galakan terhadap sesuatu yang hendak dubuat, maka teruskan. Jika sebaliknya, tinggalkan.
Baca: FB
2) Istikharah dengan biji tasbih.
Ambil secara rawak biji tasbih kemudian sebutkan secara urutan : Allah, Muhammad, Ali, Abu Jahal. Jika bilangan berhenti pada Allah, Muhammad atau Ali, ia baik. Jika berhenti pada Abu Jahal, petanda tidak baik dan jangan diteruskan.
Ada juga kaedah yang digunakan dengan biji tasbih ini dengan memilih secara rawak jumlahnya dan kemuduian disebutkan secara bergilir: Aku nak buat dan Aku tak nak buat! Tengok yang mana jadi tasbih terakhir. Kalau jatuh pada Aku akan buat, maka eloklah buat...demikianlah sebaliknya....
Raja Dabsyalin diangkat menjadi raja di India pada zaman Iskandar Al-Maqduni (Alexender The Great) sedang dalam rangka menawan India dan menjadikan ia di bawah kekuasaannya. Dabsyalin yang dipercayakan rakyatnya memimpin mereka menghadapi serangan Iskandar telah mengkhianati rakyatnya dan berubah menjadi raja yang zalim. Kezalimannya itulah yang membawa Failusuf Baidaba mendatanginya dan memberikan nasihat kepadanya dengan cara yang penuh bijaksana. Namun, Raja Dabsyalin merasa marah dan Baidaba memerintahkannya dipenjara dan disiksa. Kemudian, Dabsyalin merasa bersalah dan terkenang-kenag kata-kata Baidaba. Baidaba diperintahkan keluar penjara dan mengadapnya. Dabsyalin mahu melantiknya sebagai pembantunya mentadbir negeri. Walaupun ditolak, raja Dabsyalin memintanya menerima. Akhirnya Baidaba setuju dan dia menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman. Dabsyalin memintanya menulis buku yang menerangkan siasah politik dan akhlka-akhlak yang perlu diikuti oleh para raja. Itulah kenapa Baidaba menulis buku yang kemduiannya kita kenali sebagai Kalilah Wa Dhimnah ini.
Terjemahan ke dalam bahasa parsi itu dititahkan oleh Anusyirwan untuk dilakukan oleh ketua Tabib Parsi bernama Bardawaih At-Tobib. Cuma, apabila penterjemahan dilakukan, Bardawaih tidak berpada dengan apa yang dicatat dalam Pancha Tantra. Dia menambahkan dari sumber lain seperti Mahabrata dan dia memasukkan muqaddimahnya yang menceritakan perjalanan ke bumi India.
http://kelileh-demneh.blogspot.com/2012/06/blog-post.html
Ibn Al-Muqaffa' menterjemahkan dan menamakan Kalilah Wa Dhimnah.
Kemudian datang seorang bernama Ibn Al-Muqaffa' yang mula seorang parsi Majusi dan kemudian memeluk Islam, menterjemahkan buku itu ke dalam bahasa Arab. Diberi nama Kalilah Wa Dhimnah.
Tentang Ibn Al-Muqaffa' itu, Imam Az-Zahabi ada menyebutkan menegenainya dalam Siyar A'lam An-Nubalaa:
عبد الله ابن المقفع...... أحد البلغاء والفصحاء ورأس الكتاب وكان من مجوس فارس فأسلم على يد الأمير عيسى عم السفاح.. وكان ابن المقفع يتهم بالزندقة وهو الذي عرب كليلة ودمنة.
Kalilah dan Dhimnah adalah nama dua ekor anak singa
Nanti akan disambung lagi ....
Dipetik dari kisah SINGA DAN LEMBU dalam Kalilah Wa Dhimnah.
Berkata Kalilah: Ada 3 perkara yang tidak berani atasnya melainkan orang bodoh dan tidak selamat daripadanya kecuali sedikit:
3 perkara itu ialah:
1) Bekawan dengan raja
2) Mempercaya perempuan untuk jaga rahsia
3) Minum racun untuk mencuba.
Para ulama mengumpamakan para sultan itu seperti gunung yang tinggi, atasnya ada pokok-pokok buahan yang baik. Tapi dihuni oleh binatang buas yang menakutkan. Mendaki gunung itu amatlah sukar dan hendak tinggal di atasnya pula sangat menakutkan dan penuh kepayahan.
( Demikianlah ibarat berkawan dengan raja)
Video (Kisah Merpati, Musang dan Burung Raja Udan)
Allah SWT berfirman dalam Surah At-Toor, ayat 26-17:
{قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ * فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ}
Kalimah " مُشْفِقِينَ " membawa maksud "sentiasa takut kepada azab Allah".
Melihat isteri yang tidak menjalankan perintah Allah, maka hendaklah kita merasa tidak bimbang kalau dia akhirat kelak dia mendapat akibat yang buruk. Diazab oleh Allah SWT atas dosanya. Demikian, tatkala melihat anak-anak yang tidak solat, tidak menjalankan perintah Allah, sebagai bapa tidak boleh pandang sambil lewa.
Bapa calon syurga hendaklah senentiasa memantai ahli keluarganya agar berjalan di atas landasan perintah Allah dan menjauhi larangannya.
Ini bermakna, syuga bukan dimasuki oleh orang yang selfish. Hanya jaga solat sendiri. Hanya jaga ibadat sendiri. Tidak. Calon ahli syurga mesti ada isyfaq (belas kasihan) yang tinggi atas keluarganya. Ertinya belas kasihan kalau kelak mereka terhumban ke neraka. Jika demikian, apa tindakannya?
Tindakannya, sentiasa mengingatkan isteri dan anak-anak agar solat. Kalau sudah solat, diperingatkan solat di awal waktu. Jika sudah, dibuat "checking" untuk meningkatkan kesempurnaan solat yang dilaksanakan.
Semua tindak tanduk itu adalah atas dorongan "isyfaq".
Orang beginilah kelak di akhirat akan memberi jawapan sepertimana yang dinyatakan dalam ayat di atas.
Maka, hendaklah sentiasa ingat bahawa perasaan "isyfaq" yakni bimbang dna takkut kepada Azab Allah SWT itu adalah antara sebab yang membawa pemilik perasaan itu amsuk syurga.
Dalam ayat 35 Surah Al-Ma'arij Allah menyebutkan hal demikian:
{وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ * إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ}
((إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ * فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ * إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ))،
- عَنْ عَمْرِو بنِ مَيْمُونٍ، قَالَ: رَأَيْتُ في الجَاهِلِيَّةِ قِرْدَةً اجْتَمع عَلَيْهَا قِرَدَةٌ، قدْ زَنَتْ، فَرَجَمُوهَا، فَرَجَمْتُهَا معهُمْ.
الراوي : حصين بن عبدالرحمن السلمي | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري | الصفحة أو الرقم : 3849 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Daripada Amru bin Maimun katanya: Aku telah melihat pada amsa Jahiliyyah, seekor kera telah dihukum oleh para kera kerana zina. Mereka merejamnya, maka akupun turut merejam bersama mereka.
Menuut Az-Zahabi, Amru bin Maimun adalah Imamul hujjah.
At-Tobari mengatakan bahawa Bukhari meriwayatkan perkataan Amru bin Maimun itu untuk menekankan bahawa dia sempat hidup di zaman jahiliyyah dan bukan soal apa yang menjadi anggapannya bahawa kera itu dihukum kerana berzina. Tobari menulis dalam Al-Jami' Li Ahkamil Quran:
As-Sya'bi adalah seorang tokoh Tabi'in yang paling mengenali golongan Syiah. Dia pernah berkata:
لَوْ كَانُوا مِنْ الْبَهَائِمِ لَكَانُوا حُمْرًا وَلَوْ كَانُوا مِنْ الطَّيْرِ لَكَانُوا رَخَمًا
" Kalaulah Syiah itu binatang, nescaya merekalah para keldai. Kalau mereka burung, mereka adalah burung helang (Bald Eagle).
Istilah Tasyrin Al-Awwal adalah merujuk kepada nama bulan dalam bahasa Suryani. Ia menyamai bulan Oktober dalam kalender masehi.
Dalam masyarakat Arab, mereka mengira dalam setahun ada 4 episod atau masa. Setiap episod masa itu ada 3 bulan. Ia berdasarkan musim-musim dalam setahun.
Empat episod masa itu ialah:
Ada ramai sekali yang mengakui atau yang dianggap sebagai Al-Mahdi. Jumlahnya tidak terhitung dari zaman dahulu hingga zaman sekarang.
Di kalangan Syiah Imam 12, Muhammad bin Hasan Askari dianggap sebagai Imam Mahdi. Dia dikatakan hilang dalam sirdab( gua) sejak tahun 260H. Di sisi Syiah Imam 12, dia adalah imam ke-12 dan akan muncul di akhir zaman. Sehingga kini, telah lebih 1000 tahun dia hilang dalam sirdab.
Abdullah bin Saba' pernah mendakwa Saidina Ali sebagai Al-Mahdi Muntazor.
Muhammad bin Ubaid As-Tsaqafi pernah mendakwa bahawa Muhammad bin Al-Hanafiah, anak Saidina Ali , sebagai Imam Mahdi Al-Muntazor. Dakwaan tersebut kemudiannya jadi pegangan golongan Syiah Kaisaniyyah.
Pada masa Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur Al-Abbasi, muncul gerakan penentangan golongan 'Alawiyyin yang dipimpin oleh Muhammad bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali (Digelar An-Nafsu Az-Zakiyyah).Beliau dianggap sebagai Al-Mahdi, namun kemudiannya mati terbunuh dalam peperangan.
Ada seorang namanya Ubaidillah bin Maimun Al-Qoddah , dia mengakui sebagai Al-Mahdi dan menubuhkan kerajaan di Afrika Utara dan kemudiannya menjadi Kerajaan Fatimiyyah di Mesir. Dia mengaku keturunan Fatimah puteri Rasulullah, padahal para ulama menisbahkannya kepada keturunan Yahudi.
Ada pula seorang yang bernama Muhammad bin Ubaidillah Al-Barbari (Ibn Tumart), muncul di Maghribi dan para pengikutnya dinamakan Muwahhidun. Mereka membina kerajaan yang dinamakan dengan nama itu dan menumbangkan kerajaan Murabitun. Dia mengaku dan dipercayai pengikutnya sebagai Al-Mahdi. Dia memerangi pihak yang mendustakannya dan membunuh ramai orang .Banyak ekzaliman yang dilakukannya.
Ada seorang Ahli Sufi asal Sudan bernama Muhammad Ahmad bin Abdullah As-Sudani mengaku sebagai Mahdi. Ramai para syeikh berdatangan kepadanuya. Dia mengatakan sesiapa yang menafikan kemahdiannya, maka dia kafir. Dia meninggal pada tahun 1885M=1302H.
Tahun 1979, muncul aksi oleh Juhaiman Al-Otaibi di kota Mekah. Dia menawan para jemaah haji dalam Masjidil Haram dan mendakwa adik iparnya yang diberi nama Muhammad bin Abdullah Al-Qahtani sebagai Imam Al-Mahdi. Dia mengajak orang untuk membai'ahnya. Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengambil tindakan membanteras kumpulan tersebut dan dalam upaya itu, terbunuhlah Muhammad bin Abdullah Al-Qohtani.
Macam-macam alasan untuk mewajarkan dakwaan mereka.
Umpamanya ada seorang di zaman sekarang ini namanya Ahmad bin Ibrahim mengakui Imam Mahdi. Bila dipersoalkan tentang namanya yang tidak selari dengan apa yang dikhabarkan dalam hadis, lalau dikatakan nama Ahmad dan Muhammad adalah sama. Adapun nama Ibrahim sebagai ayah adalah sama dengan nama Abadullah kerana Ibrahim adalah datuk nenek kepada nabi Muhammad SAW.
Beberapa tahun lepas sehingga sekarang, ada seorang di Pakistan, namanya Muhammad Qasim didakwa sebagai Imam Mahdi. Dia menceritakan mimpi-mimpinya yang menyampaikan pesan kepada orang ramai. Para pendokongnya yang percaya kepadanya, menubuhkan kumpulan yang dinamakan GAZA( Gerakan Akhir Zaman). Ramai juga orang Indonesia yang mengangkat beliau sebagai Al-Mahdi.
Di Mesir, ramai juga muncul orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Ada yang merupakan guru, pemandu teksi dan ada yang seorang Azhari.
Pada tahun 2000 ada 3 orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Ada seorang namanya Muhammad Abdun Nabi Uwais, dari Sinai. Dia menulis buku menjelaskan pengajarannya. Pada akhirnya, dia dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dalam tahun 2000 itu juga muncul seorang yang bermazhab Hanafi dari Bursaid.mengaku sebagai Al-Mahdi. Lalu ditangkap polis. Kemudian, ada pula seorang yang dinamakan Ahmad Abdul Mutajalli dari Kota Ismailiyyah mengaku sebagai Al-Mahdi. Dia mampu mengeluarkan jin dari badan orang.
Pihak Polis Mesir juga telah menangkap seorang warga Mesir di Iskandariah yang bernama Muhammad Mahmud yang mengaku sebagai Al-Mahdi Al-Muntazor. Lalu keluarganya mengesahkan bahawa dia mengalami gangguan jiwa.
Di Iskandariah juga pernah muncul seorang pembuat roti yang bernama Asyraf Abdul Hamid mendakwa dirinya seabagi Al-Mahdi.
Ramai lagi di Mesir sahaja yang mengakui diri sebagai Al-Mahdi.
Di Malaysia pun tidak kurang. Paling menonjol adalah dakwaan Abuya Ashaari bahawa gurunnya Syeikh Suhaimi yang sudah mati, akan muncul kembali sebagai Al-Mahdi.
Menanggapi semua dakwaan kemahdian tersebut, tidak pernah ada ulama yang menjatuhkan hukum kafir serta keluar daripada Islam terhadap mereka yang mengakui sebagai Imam Mahdi. Ia mungkin jatuh kepada pendustaan yang dikira dosa besar tetapi tidak sampai kepada keluar dari millah.
Namun, lain halnya jika ada yang mengaku sebagai آabi Isa. Mengaku nabi adalah menjatuhkan diri ke dalam kekafiran yang keluar daripada millah. Ini kerana orang yang mengaku nabi, secara tak langsuing mengakui dirinya menerima wahyu dari Allah SWT secara dusta. Perbuatan berdusta atas Allah adalah kafir. Sedangkan Allah SWT telah menegaskan dalam Al-Quran:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَنْ قَالَ سَأُنْزِلُ مِثْلَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنْتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ [الأنعام: 93]
Sungguhpun dakwaan sebagai Al-Mahdi itu terbit dari sifat jahil atau silap tanggapan konsep Al-Mahdi, keadaan itu adalah lebih baik daripada Al-Mahdi Syiah yang ditunggu-tunggu. Al-Mahdi mereka yang hilang ghuyub dalam sirdab. Kepercayaan Al-Mahdi Syiah lebih parah berbanding mempercaya Al-Mahdi palsu yang muncul sepanjang zaman. Bahana daripadanya tidak seteruk bahana mempercayaai Al-Mahdi versi Syiah itu.
Rujuk: Islamweb
Bacaan Tambahan: Islamqa
Nabi SAW dalam hadis yang saheh menyebutkan lebih 1400 tahun yang lau:
بعثت والساعة كهاتين وأشار بالسبابة والوسطى
" Aku dibangkitkan sebagai Rasul sedangkan hari kiamat tinggal seperti ini( Nabi memberi isyarat dengan jari tengah dengan jari telunjuk)
Telah berlegar perkataan di kalangan sebilangan orang yang belajar agama, kiamat akan berlaku sebelum tahun 1500H. Sekarang sudah 1445H. Pendapat ini disandarkan kepada nukilan yang dititipkan oleh Imam As-Suyuthi dalam kitabnya Al-Hawi (Jil 2 Ms 249-256). Dalam kitab tersebut , Imam As-Suyuti menyebutkan bahawa umur dunia adalah 7 ribu tahun dan nabi Muhammad SAW diutruskan pada akhir alaf ke-6. Lalu berbaki umur dunia tidak lebih 1500 tahun sejak wafatnya nabi SAW.
Demikianlah perkataan yang dinukilkan oleh Imam As-Suyuti
Perkataan seperti ini diduga besar bersumberkan israiliyyat dan halk mengenai umur dunia itu adalah rahsia besar yang tidak boleh sama sekali diduga oleh sesiapapun.
Imam As-Suyuti juga bersandarkan hadis yang tidak saheh yang diriwayatkan oleh Ad-dhohak bin Zumal Al-Juhani
Imam At-Tobari adalah antara ulama yang berbuat silat dalam perkiraan umur dunia ini. Dia membawakan nas-nas yang mengarahkan kepada kesimpulannya bahawa umur dunia tidak akan melewati 900 tahun selepas kebangkitan nabi SAW.
Sekarang sudah lebih 1400 tahun? Ternyatalah bahawa Imam At-Tobari buat silap!
As-Suhaili cuba menerjah umur dunia dengan cara menghimpunkan huruf-huruf muqata'ah di awal surah lalu dia membuang mana-mana yang berulang. Lalu dikirakan jumlahnya untuk dikaitkan dengan umur dunia selepas kerasulan nabi SAW. Dia membuat kiraan jumlah adalah 930 huruf. Oleh itu dia menyebutkan bahawa umur ummat Muhamamd tidka akan mencapai 1000 tahun.
Kiraan sebegini adalah berdasarkan nilai bagi sesuatu huruf. Di bawah ini adalah jadual nilai setiap hruf Abjad yang digunapakai.
Kaedah mengira huruf dengan cara di atas adalah salah satu bentukl sihir dan anggapan ini diriwayatkan daripada Ibn Abbas.
Nila di atas adalah berdasarkan kiraan orang Maghribi
Huruf sin=300 dan huruf Sad=60 (di sisi orang Maghribi)
Huruf Sin=60 dan huruf Sad=90 (Di sisi orang sebelah Timur)
Ternyata perkiraannya salah. Kini sudah 1400 tahun lebih dan kiamat belum berlaku!
Rujuk: Islamqa
Baca: Kritikan ke atas pandangan Suyuthi
Ibn Qayyim dalam Al-Manarul Munif , ms 80 menyifatkan perkiraan mengenai umur berbaki sebelum kiamat itu , jika disebutkan dalam hadis, maka hadis itu adalah palsu. Kata Ibn Qayyim pada zamannya, jika diikut kiraan meraka, kiamat akan berlaku lagi 251 tahun. Ini bermakna kita mampu mengetahui tahun bila akan berlakunya kiamat. Ini merupakan dusta yang nyata.
Rujuk : Shamela
Penolakan yang sama juga dinyatakan oleh Ibn Kathir. Katanya, semua andaian yang dibuat mengenainya adalah menyalahi Quran dan Sunnah. Beliau menegaskan :
لا يعلم ما مضى إلا الله، أي: مقدار ما مضى من الدنيا.
Rujuk: ShamelaApakah yang dimaksudkan dengan " Umran Baitul Maqdis" dalam hadis tersebut?
Umran maksudnya makmur. Manusia ramai, perniagaan dan kesenangan harta yang melimpah terjadi. Itulah maksud Umran Baitul Maqdis. Maka, Nabi SAW menyebutkan bahawa baitul Maqdis akan mengalami masa-masa kemakmuran.
Satu kefahaman mengenainya ialah khilafah akan ditegakkan di sana. Ia difahami dari sebuah hadis dalam Sunan Abu Daud, diriwayatkan oleh Abdullah bin Hawwalah Al-Azdi. Beliau berkata:
بعثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم لنغنم على أقدامنا فرجعنا ، فلم نغنم شيئا ، وعرف الجهد في وجوهنا ، فقام فينا فقال: (اللهم لا تكلهم إليّ فأضعف عنهم ، ولا تكلهم إلى أنفسهم فيعجزوا عنها ، ولا تكلهم إلى الناس فيستأثروا عليهم) ثم وضع يده على رأسي أو قال: على هامتي ، ثم قال: (يا ابن حوالة ، إذا رأيت الخلافة قد نزلت أرض المقدسة فقد دنت الزلازل والبلابل والأمور العظام ، والساعة يومئذ أقرب من الناس من يدي هذه من رأس
عن عبد الله بن عمر يقول:
كُنَّا قُعُودًا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ فَذَكَرَ الْفِتَنَ فَأَكْثَرَ فِي ذِكْرِهَا حَتَّى ذَكَرَ فِتْنَةَ الْأَحْلَاسِ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا فِتْنَةُ الْأَحْلَاسِ قَالَ هِيَ هَرَبٌ وَحَرْبٌ ثُمَّ فِتْنَةُ السَّرَّاءِ دَخَنُهَا مِنْ تَحْتِ قَدَمَيْ رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يَزْعُمُ أَنَّهُ مِنِّي وَلَيْسَ مِنِّي وَإِنَّمَا أَوْلِيَائِي الْمُتَّقُونَ ثُمَّ يَصْطَلِحُ النَّاسُ عَلَى رَجُلٍ كَوَرِكٍ عَلَى ضِلَعٍ ثُمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْمَاءِ لَا تَدَعُ أَحَدًا مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ إِلَّا لَطَمَتْهُ لَطْمَةً فَإِذَا قِيلَ انْقَضَتْ تَمَادَتْ يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا حَتَّى يَصِيرَ النَّاسُ إِلَى فُسْطَاطَيْنِ فُسْطَاطِ إِيمَانٍ لَا نِفَاقَ فِيهِ وَفُسْطَاطِ نِفَاقٍ لَا إِيمَانَ فِيهِ فَإِذَا كَانَ ذَاكُمْ فَانْتَظِرُوا الدَّجَّالَ مِنْ يَوْمِهِ أَوْ مِنْ غَدِهِ.
(Terjemahan tidak disediakan)
Fitnah Ahlas: Ahlas ada kata jamak kepada kata " Hilsun" iaitu kain selimut yang diletakkan di belakang unta. Ia dijadikan perbandingan untuk persamaan sifat lama masa berada di tempatnya. Lalu, para sahabat bartanya tentang maksud Ahlas. Baginda nabi menyimpulkannya dengan dua perkataan yang menjadi ciri dalam fitnah Ahlas itu iaitu Harabun ( lari) dan Harbun (perang). Maksudnya ketika terjadi fitnah itu, ada orang jadi pelarian dan adapula yang terjun ke emdan perang . Maka, untuk mudah faham, fitnah Ahlas ini fitnah kacaubilau disebabkan peperangan yang tak terkawal. Bila peang terjadi, mangsanya adalah rakyat yang merupakan golongan Mustadh'afin. Demi menyelamatkan nyawa, rakyat terpaksa jadi pelarian.
Apa yang terjadi di Syria , adalah fitnah Ahlas. Apa yang melanda Gaza, juga fitnah Ahlas. Apa yang jadi di Iraq dulu, masa serangan US. juga fitnah Ahlas. Krisis bumi Arakan yang menyaksikan pelarian rakyat etnik Rohingya ke negara-negara tetangga, juga satuy bentuk fitnah Ahlas.
Mungkin ke depan nanti, keadaannya akan menjadi lebih dahsyat bersama dengan peredaran masa dan memanasnya konflik peperangan.
Fitnah As-Sarra': Fitnah ini menyusul selepas fitnah Ahlas. Ia adalah fitnah kesenangan yang membiakkan kemaksiatan dan menyongsang kebenaran. Kata nabi SAW, sumber fitnah ini adalah dari orang yang mengaku keturunan Rasulullah SAW sedangkan dia bukan keturunan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW membarra'kan dirinya daripada orang itu kerana dakwaannya sebagai keturunan Rasulullah SAW tidak datang bersama sifat takwa.
Setelah datang Fitnah As-Sarra' itu, orang bersepakai untuk memilih pemimpin yang sebenarnya tidak layak memimpin.
Fitnah Duhaima': Duhaima' bermaksud hitam gelap pekat.
Contoh penggunaan kata dalam bahasa Arab ialah:
Fitnah ini dinamakan "hitam gelap pekat" kerana ia amat sangat bahaya dan meliputi segalanya. Tiada yang terselamat daripadanya. Di kala orang menyangka bahawa fitnah itu telah selesai, datang gelombang kedua dan seterusnya. Ia bersilih ganti laksana ombak yang mendebur. Kala ini, imam menjadi dagangan. Ada orang beriman di kala pagi, jadi kafir bila senja. Iman dan nifaq ketika itu jelas. Ia dibaratkan dengan Fustat (khemah). Ada khemah orang yang punya iman dan ada khemah orang munafiq.
Inilah fitnah pada periode yang paling dekat dengan masa kemunculan Dajal. Tiada lagi fitnah lain selepas itu kecuali FITNAH DAJJAL.
Rujuk: Dorar.net
Syarah Hadis: Islamweb
Dalam situasi seseorang berdepan dengan kesulitan, kesempyan dan kepayahan, maka dia dibenarkan meluaskan untuknya pada kadar yang memadai untuknya. Bukan meluaskan seluas-luasnya pada situasi yang tidak perlu.
Kaedah ini adalah:
Riwayat yang disandarkan kepada Mijahid dan lain-lain menyebutkan bahawa:
Di masa Yusuf alaihisalam masih kecil, telah berlaku satu kecurian yang dituduhkan ke atas Yusuf. Ia adalah sebuah muslihat yang dilakukan oleh makciknya Faiqah binti Ishak yang merupakan saudara perempuan Yaakob alaihissalam yang merpakan anak tertua nabi Ishak. Perlu diketahui bahawa nabi Ishak itu ada 3 anak iaitu Aisu, Yaakob dan Faiqah.
Apabila Rahil ibu Yusuf meninggal selepas melahirkan Bunyamin, Faiqah menjaga Yusuf. Yusuf ketika itu berisia 5 tahun. Nabi Yaakob a.s mempercayai saudara perempuannya untuk menjaga anaknya Yusuf. Namun, nabi Yaakob juga tidak tahan berpisah dengan anaknya Yusuf. Maka satu hari dia meminta Yusuf diserahkan kepadanya untuk dia sendiri yang menjaganya.
Faiqah, selaku anak sulung dalam keluarga nabi Ishak, dia mewarisi barang pusaka nabi Ishak. Antaranya adalah selengkar tali pinggang. Demikian mengikut ajaran syariat di masa itu, anak sulung yang mewarisi pusaka ayah tidak kira lelaki atau perempuan.
Namun, tali pinggang itu hilang. Ini menimbulkan keriuhan dalam keluarga besar nabi Yaakob. Setelah dicari sana sini, didapati tali pinggang itu ada di tempat yang membawa kepada Yusuf dipertanggungjawabkan. Ketika itu Yusuf pun dituduh sebagai pencuri. Mencuri barang makciknya itu. Hal ini membuatkan makciknya menuntut agar Yusuf dihukum. Mengikut ajaran agama ketika itu, perbuatan itu membolehkan mangsa menuntut hukuman dan Faiqah menuntut agarYusuf menjadi hambanya selama 4 tahun.
Itulah matlamat Faiqah. Dia mahu sepenuhnya Yusuf tinggal bersamanya disebabkan dia amat sayangkan Yusuf. Padahal kes kehilangan talipinggang itu adalah mainannya. ZDia sendiri yang letak di tempat Yusuf dan bila ditemui Yusuf yang kena getahnya. Namun, matlamatnya adalah mahu bersama Yusuf.
Maka dapatlah Faiqah itu apa yang menjadi kemahuannya. Sebelum dia meninggal beberapa tahun selepas kejadian tersebut, dia mengkhabarkan makar yang dia buat itu kepada keluarga dan minta ia disebarkan agar nama baik Yusuf dibersihkan.
Pun begitu, setelah lebih 30 tahun berlalu dan Yusuf telah dikurniakan Allah kelebihan besar menajadi Aziz dalam negeri Mesir, ia masih menjadi momokan saudaranya. Ini terakam dalam kata-kata mereka:
إن يسرق فقد سرق أخٌ له من قبل
" Kalau dia (bunyamin ) mencuri, maka sesungguhnya saudaranya (Yusuf) juga pernah mencuri sebelumnya".
1) Wanita pertama yang Umar kahwini adalah Zainab binti Maz'un iaitu saudara perempuan kepada Uthman bin Maz'un dan Qudamah bin Maz'un.2) Hasil perkahwinan Umar Al-Khattab dengan Zainab bt Maz'un itu lahirlah anak perempuan yang bernama Hafsah binti Umar dan anak lelakinya yang bernama Abdullah dan Abdurrahman Al-Akbar.3) Kelahiran Hafsah bt Umar adalah 5 tahun sebelum nabi diutuskan sebagai Rasul. (Dengan kata lain, beza umur antara nabi Muhammad SAW dengan hafsah adalah 35 tahun)4) Riwayat dalam Al-Mustadrak daripada Umar Al-Khattab menyebutkan:ولدت حفصة وقريش تبني البيت قبل مبعث النبي صلى الله عليه وسلم بخمس سنين" Hafsah lahir ketika kaum Quraisy sedang membina Kaabah iaitu 5 tahun sebelum nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul".5) Jika anak perempuan Umar Al-Khattab yang paling sulung tidak ditanam hidup-hidup bahkan membesar dan kemudian berkahwin dan kemudian menjadi isteri nabi SAW, bagaimana mungkin logik Umar menanam anak-anak perempuannya yang lain setelah Hafsah?6) Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab dalam Mu'jam Al-Kabir Oleh At-Tobrani juga Musnad Al-Bazzar dan ada juga dalam Majma' Az-Zawaid. Hadis tersebut dinilai Saheh oleh Albani dalam Silsilah As-Sohehahnya. Nu'man bin Basyir meriwayatkand ari Umar Al-Khattab bahawa telah datang kepada nabi SAW Qais bin 'Asim dan memberitahu nabi SAW bahawa pada masa Jahiliyyah dia telah menamam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya. Maka nabi SAW menyuruhnya agar memerdekakan untuk setiap anak yang ditanam itu seorang hamba. Qais bin 'Asim pun berkata bahawa dia ada banyak unta. maka nabi SAW menyuruhnya untuk menyembelih buat setia anaknya yang ditanam itu seekor unta. Umar Al-Khattab yang meriwayatkan hadis ini tidak pula disebutkan melakukan apa yang nabi perintahkan kepada Qais bin 'Asim dan itu menunjukkan bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut.7) Umar Al-Khattab adalah dari kabilah Bani 'Adi dan perbuatan membunuh anak perempuan dengan cara tanam hidup-hidup bukan kebiasaan Bani Adi. Hatta Umar ada adik perempuan bernama Fatimah dan lagi anaknya bernama Hafsah. Ini menjadi bukti bahawa bukan kebiasaan Bani Adi membunuh anak perempuan. Lagi pula tidak pernah ada riwayat daripada anak-anak Umar Al-Khattab yang menyebutkan hal sedemikian.8) Kisah umar membunuh anak perempuannya itu riwayat seorang yang bernama Jabir bin Yazid Al-Ju'fi yang merupakan tokoh ulama besar Syiah yang tianggal di Kufah (60H-132H). Secara ringkas, disebutkan bahawa Umar pada satu ketika dilihat ketawa dan kemudian dan menangis. Lalu orang bertanya kepadanya sebab apa. Umar pun menceritakan bahawa pada zaman Jahiliyyah dulu dia bersama teman-temannya membuat patung berhala daripada kurma lalu menyembahnya tetapi kemudian memakannya. Sebab itu dia ketawa. Adapun sebab dia menangis pula adalah kerana dia ada seorang anak permpuan yang ditanamnya hidup-hidup dan sewaktu ditanam itu, bayinya itu menendang pasir sehinga bertebaran pasir mengenai janggutnya. Riwayat ini tidak boleh dipercayai kerana jalurnya melalui seorang Syiah. Jabir bin Yazid Al-Ju'fi itu , walaupun dianggap tsiqah sebahagian ahli hadis seperti Waki', Syu'bah, Sufyan As-Tsauri dan Zuhair bin Mu'awiyah namun mojoriti ulamak hadis menolaknya dan menyifatkannya sebagai pendusta. Bahkan dia dituduh mempercayai akidah Ar-Raja'.9) Telah masyhur dalam sejarah tentang bapa kepada ipar Umar Al-Khattab yang bernama Said bin Zaid bin Amru bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyyah bin Adi bin Kaab bin Lui (salah satu 10 sahabat nabi yang dijanjikan syurga) yang berkahwin dengan Fatimah adik Umar (lihat kisah Islamnya Umar) adalah seorang yang rajin menebus anak-anak perempuan yang hendak ditanam hidup-hidup. Zaid bin Nufail adalah seorang yang sering menebus mau-udat, sama seperti seorang yang bernama So'soah bin Najiah Al-Mujasyi'i (datuk kepada farazdaq) yang sempat masuk islam. Demikian wataknya dan itulah sikap qabilah Bani Adi. Bahkan perbuatan bunuh anak perempuan ini bukan perangai kaum Quraisy.
Istilah ini adalah istilah yang berlegar di kalangan pengikut Syiah Ismailiyyah. Apa yang dimaksudkan dengan TUJUH JURUCAKAP tersebut adalah:
1) Adam A.S
2) Nuh A.S
3) Ibrahim A.S
4) Musa A.S
5) Isa A.S
6) Muhammad SAW
7) Al-Qaim
Tujuh orang , di sisi Ismailiyyah adalah bilangan Imam dalam satu Daur (pusingan) Daur bagi Nutaqa' As- Sab'ah di atas dinamakan Daur As-Sitr (Pusingan Rahsia).
Ada Daur dinamakan Daur Az-Zohir. Ia disi oleh imam-imam mereka yang dikenali dan masyhr seperti khalifah-khalifah mereka pada zaman Fatimiyyah berkuasa di Mesir. Antara Al-Mu'iz Lidinilah.yang diletakkan sebagai Imam ke-4 Dalam daur Az-Zohir.
Sebuah kisah seorang pemuda yang berjualan barang dari rumah ke rumah. Namanya Abu Bakar. Parasnya kacak dan memikat para wanita. Satu hari, seornag wanita kaya dalam sebuah rumah agam memanggilnya untuk melihat barangannya. Apabila dia masuk ke dalam, rupanya wanita itu mahukan yang lain. Wanita itu mahu Abu Bakar itu melayaninya selaku lelaki. Dengan kita lain, mengajaknya berzina. Abu Bakar itu orangnya sangat bertakwa dan menjaga maruah diri. Akalnya berputar mencari helah.
Lalu ditanya di mana dalam rumah itu ada tandas. Dia mahu membersihkan dirinya. Kononnya agar dirinya dalam keadaan bersih dan menyenangkan sebelum melayani cik puan itu. Apabila dia masuk ke dalam tandas, dan tandas zaman itu ada tong bekas simpana najis, dia mengambil najis dan melumuri badannya.
Bila dia keluar dengan bau busuk dan najis yang berlumurna di badan, tentu perempuan itu tidak suka dan patahlah nafsu jahatnya. Dia menghalau Muhammad itu keluar dari rumahnya. Namun, bagi Abu Bakar, itulah jalan selamat. Ketika dia lalu di tempat orang, mereka mencium bau harum daripadanya. Bukan bau yang busuk. Itulah karamah kurniaan Allah buat hambaNya yang soleh dan bertakwa.
Sejak itu, dia dikenali dengan Abu Bakar Al-Miski.
Kisah ini sellalu diceritakan orang. Sumber cerita boleh diambil daripada kitab Zammul Hawa karya Ibn Al-Jauzi( Dalam Bab Al-Mawa'iz Wal Majalis)
Kalimah perempuan dalam Quran ada dua jenis. Satu perempuan dikenali (Ma'rifah) dan ada perempuan yang tidak dikenali (Nakirah). Maka, kedua-dua jenis ini ditulis dengan kaedah yang berbeza.
Jika perempuan dikenali, hujungnya adalah ta' maftuhah (ta' terbuka)
Jika perempuan tidak dikenali, hujungnya adalah ta' marbuthoh ( Ta' simpul)
Mari kita lihat contoh dalam Quran yang menyebut kalimah perempuan yang DIKENALI:
Mari kita lihat contoh dalam Quran yang menyebut kalimah perempuan yang TIDAK DIKENALI:
Ada seoraang wanita telah datang ke satu tempat di mana para saudagar berkumpul. Dia bercakap dengan seorang daripada saudagar tersebut.
" Saya ada satu hajat, jika kau boleh tunaikan hajat saya, saya berikan 20 dinar", nkata wanita itu.
" Haja apa?" tanya saudagar itu.
" Suamiku telah pergi ke emdan jihad . Sudah 10 tahun tak balik-balik....",
" Insya Allah dia akan pulang dengan selamat.." Ujar Saudagar.
" Saya sudah tidak tahan menunggunya. Saya mahu ada seseorang pergi ke hakim dan katakan dia suami saya lalu menceraikan saya".
" Baiklah...saya akan [ergi bersamamu kepada hakim",
Lalu pergilah perempuan tadi kepada hakim bersama saudagar yang berpura-pura sebagai suaminya.
Di depan hakim, perempuan itu pun berkata...
" Wahai tuan hakim, ini suamiku baru pulang dari jihad setelah 10 tahun tak balik. Sekarang dia mahu menceraikan aku".
Hakim pun bertanya
" Apakah engkau suaminya?",
"Ya', jawab saudagar
" Adakah engkau redha diceraikan suamimu?", tanya hakim kepada perempuan itu.
"Ya", jawab perempuan.
"Jika demikian, ceraikanlah isterimu itu!", putus hakim.
" Aku ceraikanisteriku...", kata saudagar itu.
Kemudian perempuan yang telah diceraikan itu pun berkata pula.
"Wahai tuan hakim, suamiku ini telah meninggalkan aku selama 10 tahun tanpa sebarang nafkah dan tidak mempedulikan aku. Sekarang aku mahu nafkah yang diabaikannya selama 10 tahun dan juga nafkah talaq", kata perempuan itu. Saudagar terkejut dan dia sedar bahawa dia telah termasuk ke dalam perangkap makar perempuan itu.
" Kenapa engkau tidak berikan nafkah kepadanya? ', tanya hakim.
" Aku sibuk dan tidak dapat pulang kepadanya", jawab saudagar serba salah
" Kalau demikian. awak dihukum membayar 2000 dinar bayuaran nafkah tertunggak". Putus hakim.
Dalam fikiran saudagar, jika dia membantah apa yang dikatakan perempuan itu, akan ada hukuman lain pula yang lebih ebrat menantinya. Maka, dia pun terpaksa mengikut sahaja dan menyerahkan urusan kepada Allah SWT.
Terpaksalah dia menyerahkan 2000 dinar kepada wanita itu dan beredar.
Maka wanita itu mendapat 2000 dinar dengan cara tersebut. Dengan makarnya, lelaki tersebut telah jatuh ke dalam perangkap scammer zaman tersebut.
"
Kalimah ini berlegar di kalangan para sufi awalnya. Kemudian ia menjadi sebutan orang awam dalam permulaan majlis-masjlis zikir mereka. Di ...