Orang awam dirosakkan oleh 3 jenis manusia:
1) Para pemimpin politik yang zalim dan lapar kuasa, lalu menghalalkan cara demi meraih kuasa.
2) Para ulama yang banyak berkiblatkan akal sehingga apabila berlawanan akal mereka dengan nas syarak, mereka utamakan akal dan mneolak nas. Atau mereka mentakwilkan nas dengan takwilan yang mengikut hawa nafsu demi mengharmonikan antara akal dan ans.
2) Golongan ahli ibadat iaitu para ahli sufi yang tergelincir serta sesat. Mereka mengutamakan laduni, mukasyafat, firasat, zuq, mimpi dan seumpamanya. Mereka menganggap ilmu warisan pusakan ulama dari hadis dan tafsir hanyalah ilmu zahir sedanghkan apa yang mereka miliki adalah hakikat. Bila ilmu zahir berlawanan dengan hakikat itu mereka menguatmakan hakikat yang mereka kononnya dapat melalui unsur-unsur yang disebutkan itu.
Maka, disebabkan 3 golongan, sesatlah ummat dalam jumlah yang ramai.
Inilah maksud yang terkandung dalam kalam salaf yang bernamna Abdullah Al-Mubarak:
وهل أفسد الدين إلا الملوك وأحبار سوء ورهبانُها
No comments:
Post a Comment