Kalau nak hidup lebih lama dalam dunia, ada caranya. Nabi SAW beritahu dalam hadis:
لا يرد القدر إلا الدعاء ولا يزيد في العمر إلا البر
Takdir hanya dapat dihalang dengan berdoa, dan tidak ada yang menambah umur kecuali kebajikan (yakni birrul walidain)
Dalam hadis yang lain, Nabi menyatakan :
من أحب أن يبسط له في رزقه وأن ينسأ له في أجله فليصل رحمه
Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung tali silaturahmi.
- Berbakti kepada ibu bapa
- Menghubungkan silaturrahim
- Selalu bersedekah
Ibn Hajar menjelaskan knsep pertambahan umur dalam Fathul Bari . Katanya:
إن الذي سبق في علم الله لا يتغير ولا يتبدل، وإن الذي يجوز عليه التغير والتبديل ما يبدو للناس من عمل العامل، ولا يبعد أن يتعلق ذلك بما في علم الحفظة الموكلين بالآدمي فيقع فيه المحو والإثبات كالزيادة في العمر والنقص
Apa yang sebelumnya dalam Ilmu Allah tidak akan berubah atau bertukar, dan apa yang dibolehkan untuk berubah dan bertukar adalah apa yang terlihat oleh orang-orang dari pekerjaan pelakunya, dan tidak pelik kalau dikatakan bahawa yang berubah itu adalah yang berkaitan dengan apa yang ada dalam pengetahuan. daripada malaikat hafazah yang diwakilkan kepada anak Adam , di mana dalam catatan merekalah berlaku pemadaman dan pengesahan, seperti peningkatan umur dan penurunan.
No comments:
Post a Comment