Berhentilah pada hadnya! Jangan mencari tahu apa yang anda tidak diperintahkan untuk tahu. Nasihat ini adalah buat mereka yang cuba membahaskan tentang hakikat ketuhanan dan kaifiat sifat-sifat yang disandarkan kepada Tuhan. Seharusnuya, cukuplah beriman dengan dalil yang datang menerusi firman Allah dan hadis rasulnya. Tidak perlu memerah akal untuk mengetahui hakikat dan kaifiyat. Itu akan menguindang bahana lain. Ia mempelawa datang keraguan dan was-was yang kemudiannya membawa kepada keingkaran dan kekufuran.
Di kala mana datang dalil menyatakan Allah di atas arasy, terima dan yakin seadanya. Itu dalil! Jangan gunakan akal untuk menghuraikan kaifiyatnya. Itulah yang kemudiannya mengakibatkan datangnya kesukaran sehingga membawa kepada takwilan. Selepas itu, datanglah bahana yang demi bahana dalam pemahaman dan akidah. Allah maujud bila makan adalah upaya akal untuk menjelaskan nas yang sareh itu. Allah tidak berjihah adalah konsep ciptaan akal ketika akal gagal mengolah firman Allah.
Penyakit berbolak balik antara yakin dan syak, antara iqrar dan mendustakan, antara iman dan kufur adalah berawal daripada kerja sia-sia menuntut ilmu yang agama tidak suruh menuntutnya. Berpadalah dengan ilmu yang datang daripada Nabi SAW dan difahami atas cara salaful ummah!
Sebab itu, hubaya-hubaya....usah mencari ilmu yang kamu tidak disuruh mencarinya.
Sumber: Syarah Aqidah At-Tohawiyah oelh Abdul Aziz Ar-Rajihi
Cuba kita lihat baagaimana takwilan muktazilah tentang ru'yatulah membuka pintu kepada takwilan para batiniyyah yang mentakwilan konsep hari kebanghkitan, syurga, neraka dan hisab.
Ibarat kata pepatah, guru kencing berdiri , anak murid kencing berlari.
Para ahli kalam mungkin akan berkata, takwilan para batiniyyah itu salah kerana mentakwilkan perkara yang tsabit dalam nas yang saheh.hari kebangkitan itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar dan hisab itu juga benar. Mana boleh takwilkan ia kepada konsep yang lain. Takwilkan konsep hari kebangkitan kepada kebangkitan roh sahaja sebagaimana takwilan para Qaramitah.
Apa beza dengan ru'yatullah? Ia juga dinayatakan dalam nas yang tsabit. Kenapa hendak takwilkan dengan kepada konsep ilmu dan bukan melihat Allah ?
Sebab itu, takwilan itu menjadi magnet kepada sederet takwilan sesat yang lain!
Perhatian: Takwil yang dicela itu ialah Tahrif dan bukan Tafsir.
No comments:
Post a Comment