1) Syiah menamakan para ulama yang datang dari kalangan Ahli Sunnah sebagai Ulama Fitnah. Siapa mereka, tidak kira sehebat mana, mereka dilebelkan sebagai ulama fitnah. Ulama ummah bagi mereka adalah imam-imam mereka serta para ayatullah mereka....
Sunday, July 13, 2025
Thursday, June 12, 2025
Isu Tawassul-Pilih sahaja sikap anda!
Bertawassul dengan orang mati adalah isu yang diperdebatkan antara kelompok di kalangan Muslimin. Ada kalangan ulama menegaskan bahawa ia adalah Syrik akbar . Namun ada pula kalangan ulama yang mengharuskannya.
Kita ambil satu hujjah kalangan ulama yang menghruskannya.
Mereka yang mengharuskannya, antara dalil dan hujah yang digunakan adalah hadis nabi SAW:
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمًا فَصَلَّى عَلَى أَهْلِ أُحُدٍ صَلَاتَهُ عَلَى الْمَيِّتِ ثُمَّ انْصَرَفَ إِلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ إِنِّي فَرَطٌ لَكُمْ وَأَنَا شَهِيدٌ عَلَيْكُمْ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَأَنْظُرُ إِلَى حَوْضِي الْآنَ وَإِنِّي أُعْطِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الْأَرْضِ أَوْ مَفَاتِيحَ الْأَرْضِ وَإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا بَعْدِي وَلَكِنْ أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تَنَافَسُوا فِيهَا
Dari Uqbah ibn Amir, bahawa Nabi s.a.w. telah keluar pada suatu hari dan berselawat ke atas orang-orang Uhud sebagaimana baginda mendoakan orang yang telah meninggal, kemudian baginda kembali ke mimbar dan bersabda: Sesungguhnya aku adalah pendahulu bagi kamu, dan aku menjadi saksi atas kamu. Sesungguhnya, demi Tuhan, saya sedang melihat kolam saya sekarang, dan saya telah diberikan kunci khazanah bumi, atau kunci bumi. Sungguh, demi Allah, aku tidak takut kamu akan mempersekutukan Tuhan sesudahku, tetapi aku takut kamu akan bersaing untuk mempersekutukannya.
Monday, June 2, 2025
Bertawassul di kubur para wali?
Bukankah kita beragama hanya semata-mata kerana Allah SWT? Dengan kata lain, hanya kepada Allah kita melakukan peribadatan dan tidak sama sekali kepada yang lain. Apa sahaja yang namanya ibadat, hendaklah semurni-murninya buat Allah. Tidak kepada yang lain.
Tidak kepada berhala!
Tidak kepada jin!
Tidak kepada malaikat!
tidak kepada nabi-nabi!
Tidak kepada orang soleh!
Tidak kepada syeikh dan tuan guru!
Tidak kepada para wali yang diwahamkan!
Alalh berfirman dalam Surah Al-Bayyinah ayat 5:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
Allah juga menegaskan dalam Surah Ghafir ayat 14:
فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Kemudian dimuktamadkan dalam Surah Az-Zumar ayat 3:
Lanjutan ayat dalam Surah Az-Zumar ayat 3 itu Allah menyebutkan perihal kaum musyrikin yang mengambil sekutu selain Allah .
Ayat-ayat seperti ini adalah ajakan agar manuisia kembali kepada fitrah yang bersih tanpa tercemar denagn syirik, khurafat dan bid'ah.
Hendaklah ambil peringatan Jalan yang benar itu lurus dan tidak bersimpang siur. Jalan yang lurus itu adalah lillah smeata-mata dalam peribadatan.
Ada orang mengajak meminta pertolongan kepada kepara wali yang sudah mati atas hujah bahawa kita selalu minta tolong kepada doktor dan orang-orang lain dalam urusan hidup dun ia kita. Para wali adalah orang yang dekat dengan Allah SWT dan Allah menjadikannya mediator untuk menkabulkan hajat-hajat hambaNYa.
Seorang pencermah produk Yaman ada menyeru orang kepada mengunjungi kubur Tokku Paloh di Terengganu dan cuba meyakinkan bahawa perbuatan tersebut bukan Syirik. Kononnya , katanya kita hanya minta tolong kepada Allah SWT cuma menjadikan Tokku Paloh sebagai medium perantara. Hal ini, bagi yang khalis, sukar diterima.
Namun, orang yang imannya berbaur rancu-rancu yang berbulu, ia adalah mudah bagimnya.
Dalam ayat di atas, Allah menyatakan bahawa perselisihan atau khilaf mengenai hal mengambil taqarrub selain Allah itu akan diputuskan oleh Allah di akhirat kelak. Sesiapa yang berdusta atas nama Allah lagi kufur kepadanya aklan mendapat akibat dan penyesalan.
Janganlah pada hari akhirat baru mensesali atas perbuatan yang ditempah di dunia akibat dakwaan tidak berasas oleh para penyeru. Sesal kala iyi tidak berguna lagi.
Hubaya-hubaya....
ambillah jalan yang jelas dan sederhana. Wasatiyyah. Itu jalan para Nabi dan para sahabat serta salafus soleh. Tinggalkan jalan orang mutaakhirin yang mereka-reka dalam agama.
Friday, May 16, 2025
Awas dengan ilmu Kalam
Thursday, May 15, 2025
Brelwi percaya Nabi Muhammad bukan manusia biasa
Kaum musyrikin Makkah menolak kerasulan Nabi Muhamamd SAW kerana pada anggapan mereka seorang rasul tidak boleh seornag manusia. Rasul tidak boleh bersifat manusia. Rasul hendaklah bersifat malaikat. Malaikat itu adalah tercipta cahaya. Malaikat tidka makan, tidak minum, tidak berkahwin dan tidak berjalan di pasar.
Orang kafir musyrikin mahu kalau nabi Muhammad itu rasul Allah, dia bukan manusia biasa. Dia makhluk yang lain dari sudut asal dan sifat!
Keinginan kaum musyrikin ini dinyatakan Allah SWT dalam Al-Quran:
[ الإسراء: 94]
Sunday, May 11, 2025
Nabi Muhamamd tidak mengetahui hal ghaib secara mutlak
Ummul A'la' megakui kekhilafannya dan Rasulullah pun melanjutkan sabdanya:
Friday, May 9, 2025
Kisah wali-wali yang menyisih syariat
Baru-baru ini , kita didedahkan dengan cerita seorang yang didakwa sebagai wali Allah, tidak solat jumaat bersama manusia lain dalam qoryahnya, tetapi solat jumaat di tempat yang lain bersama paera Bunian. Cerita seperti ini berlambak dalam kisah-kisah para Sufi. Dalam kitab-kita Sufi juga diriwayatkan. Boleh semak dalam kitab seperti Tabaqat Al-Kubra oleh Imam As-Sya'rani.
Setelah diceritakan kisah wali itu dan ini lalu dinyatakan:
وكان رضي الله تعالى عنه لا يصلي جمعة ولا جماعة
Friday, January 24, 2025
MAKNA "HADHRAH"
Kalimah ini berlegar di kalangan para sufi awalnya. Kemudian ia menjadi sebutan orang awam dalam permulaan majlis-masjlis zikir mereka. Di kalangan ornag Melayu pula, memulakan majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya, perkata "Ila Hadhratin Nabiyy" menjadi trend yang telah diterima pakai.
Apa Makna Hadhrah?
Jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada siapa yang menjawab dna pemahaman yang berberbeza. Ia sama sahaja tatkala pelbagai orang mengulas tentang Maulid Nabi , sama ada ia bid'ah atau sunnah.
Dr. Ali Jumu'ah ketika menghuiraikan makna Hadhrah yang dipakai oleh kalangan Sufi, dia mengatakan ia membawa maksusd kebersamaan "hal" bukan kebersamaan " makaniyyah".
Ada kalangan menjelaskan hadhrah itu adalah pancaran Nur Muahammadi (jaringan perhubungan ilahi melalui nur muhammadi)-itulah keadaan dipanggil hadhrah.
Kalangan Salafi menolak penggunaan kata Hadhrah kerana ia membawa pemhaman kehaidran Nabi SAW sebagaimana yang dipercayai sebahagian turuq Sufi.
Wallahu a'lam...
Jika aku, aku tidak mahu terjerumus ke dalam tasyabbuh dengan kepercayaan yang khurafat, maka aku ambil pendekatan mengelakkan daripada menyebutnya.
Catatan tambahan:
Begitu luas pengaruh Hadhrah yang dimulakan oleh kalangan tariqat Sufi sehingga kini kita dibiasakan mendengar ungkapan-ungkapan seperti:
- Ila hadratin Nabiy
- Hadirin dan hadirat
- Ke Hadrat ilahi....
- Hadrat umar Al-Khattab ( bahasa orang Tabligh)
Thursday, January 23, 2025
Peringatan buat pendendang keturunan
Asal keturunan bukan asas keafdhalan seseorang. Seseorang itu dari bangsa apa, zuriat siapa, asal negara mana, bukan penentu kelebihannya berbanding orang yang lain. Justeru, keafdhalan seseroang adalah dinilai berdasarkan taqwanya kepada Allah SWT.
Menilai kelebihan diri berdasarkan asal keturunan adalah pertama kali dibuat oleh Iblis mal'un. Dia melebihkan dirinya berbanding Adam A.s kerana dirinya berasal dari api sebagai mula kejadian sedangkan Adam berasal dari tanah sebagai mula kejadiannya. Para ulama menyebutkan Iblis telah membuat qias yang fasid kerana menyamakan asalnya dari api dan asal Adam dari tanah sebagai perbandingan mulianya dia berbanding Adam.
Betapa Allah SWT telah perlihatkan ada orang kafir anaknya beriman. Dari asal yang buruk dan sesat terbit yang baik dan beradas di atas cahaya hidayah. Asalnya tidak menentukan duduknya dalam agama di dunia dan akkhirat. Nabi Ibrahim, dari ayah yang kafir dia lahir menjadi Nabi pilihan Allah. Sirah para sahabat memperlihat hal sedemikian banyak sekali terjadi.
Demikian sebaliknya, ada orang yang beriman pula , terbit daripadanya yang buruk dan keji. Anaknya jadi kafir dan musuh Allah. Nabi Nuh misalnya, anaknya mati lemas sebagai kafir.
Hal ini buat renungan para pendendang keturunan. Jangan asal keturunan Nabi kalian rasa selamat dari azab neraka. Jika kalian bergayut kepada asal keturunan untuk katakan kalian terbaik, samalah kalian dengan iblis yang direjam.
Orang awam pula hendaklah faham baik-baik asal keutamaan seornag hamba Allah. Ia terletak pada takwanya dan bukan keturunannya. Jangan jadi ummat yang dunggu dan menghambakan diri kepada manusia lantaran keturunannnya keturunan Nabi, ningrat dan prabu.
Wednesday, January 15, 2025
WANITA BERMUSAFIR TANPA MAHRAM
Hadis nabi yang diriwayatkan oleh Adi bin hatim dan terdapat di dalam Saheh Bukhari:
Rasulullah SAW bersabda:
Ada hadis-hadis yang lain yang jelas melarang permusafiran perempuan tanpa disertai mahramnya. Umapanya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri (Saheh MUslim) bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Darul Ifta' Al-Misriyah menfatwakan bahawa harus wanita bermusafir tanpa mahram jika illah larangan musafir tanpa mahram itu telah tiada. Justeru, jika aman perjalanan dan mematuhi syariat, maka haruslah musafir tanpa mahram.
Rujuk: Majallatul Ifta'
Namun , di sana ada pandangan yang rigid mensyaratkan ada mahram bersama wanita yang ingin bermusafir.
Hal ini khilaf dan keluar daripada khilaf itu lebih baik
Tuesday, January 14, 2025
MAJORITI ADALAH BATIL
Kebanyakan manusia dalam kebatilan dan cuma sedikit berada dalam kebenaran. Inilah sunnatullah dalam alam ini.
Firman Allah SWT:
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ
{يوسف:103}.
{وما يؤمن أكثرهم بالله إلا وهم مشركون} (يوسف:106)،
{قل سيروا في الأرض فانظروا كيف كان عاقبة الذين من قبل كان أكثرهم مشركين} (الروم:42)
{ومن قبله كتاب موسى إماما ورحمة أولئك يؤمنون به ومن يكفر به من الأحزاب فالنار موعده فلا تك في مرية منه إنه الحق من ربك ولكن أكثر الناس لا يؤمنون} (هود:17)
{المر تلك آيات الكتاب والذي أنزل إليك من ربك الحق ولكن أكثر الناس لا يؤمنون} (الرعد:1)
{لقد حق القول على أكثرهم فهم لا يؤمنون} (يس:7)
{إن الساعة لآتية لا ريب فيها ولكن أكثر الناس لا يؤمنون} (غافر:59)
{ولئن سألتهم من نزل من السماء ماء فأحيا به الأرض من بعد موتها ليقولن الله قل الحمد لله بل أكثرهم لا يعقلون} (العنكبوت:63)
Sunday, January 12, 2025
Syubhat Hadis Hilal bin Harith Al-Muzani
Para pendokong Istighasah dengan ornag yang telah mati, menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Musannifnya"
- Hadis di atas adalah Badis Ahad sedangkan hadis Ahad tidak diterima sebagai hujjah oleh golongan Asya'irah, maturidiyyah dan juga Muktazilah
- Bilal bin Al-Harith Al-Muzani yang dikatakan mendapat mimpi dan tidak dinyatakan secara jelas dia yang datang kepada kubur minta istighasah kepada kepada nabi dalam kubur.
- Umar tidak lakukan hal yang sama seperti lelaki majhul itu tetapi mendatangi Abbas dan mionta dia dokan minta hujan.
Thursday, January 9, 2025
Ibn Othaimin difitnah Usamah Azhari
Usamah Al-Azhari itu adalah seorang pejabat kerajaan As-Sisi. Beliau , kalau hendak dikatakan ulama, adalah Ulama As-Sultan. Beliau adalah menteri waqaf Mesir.
Baru-baru ini dalam satu acara viva tesis, beliauy mengkritikan rujukan penulisan yang mengambil pandangan Syeikh Soleh Al-Othaimin, tokoh ulama Arab Saudi yang bagi orang yang terpalit virus anti wahabi, sangat antikannya.
Saya telah membaca beberapa kitabnya dari sekian banyak kitabnya dan saya mengkagumi keilmuannya. Moga Allah memberkati ilmunya yang aku petik.
Usamah Al-Azhari itu mengatakan Syeikh Ibn Othaimin itu mengkafirkan Azhari (ulama Azhar) dan Ibn Othaimin tidak layak dijadikan rujukan dalam penulisan ilmiah. Begitulah perkataanya.
Ramai yang mengkritik perkatannya itu dan yang paling penting, kritikan itu datang daripada dalam lubuk Azhar sendiri iaitu Syeikh Dr. Mahmud Taufiq Saad yang merupakan ulama besar Azhari.
Sebenarnya, Usamah Azhari itu tiada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan Syeikh Othaimin. Syaikh Ibn Othaimin itu telah wafat dan namanya masih disebut dan kitabnya masih dibaca dengan ghairah orang orang Islam seantero dunia. Cuba...Usamah Azhari itu mati kelak, adakah dia akan menimati berkat ilmu sedemikian?Apakah dia akan masih disebut ornag dalam penulisan ilmiah? Bahkan apakah namanya masih dibarisi sebagai ulama?
Hakl sedemikian kita saksikan sebagai satu karamah. Ulama yang sudah meninggal ratusan tahun pun, kitabnya masih dibaca dan dibahaskan. Kitabnya, pemikirannya dan pandangannya menimbulkan perdebatan yang mencetuskan perkembangan ilmu. Lihat Ibn Taimiyyah sebagai contoh. Berapa ramai yang mengkritiknya dengan kebencian, namun mereka hanya seperti Natihul Jabal, sang kambing gurun di lereng gunung yang cuba menanduk bebatuan gunung dengan harapan gunung runtuh. Gunung tak runtuh tapi tanduknyalah patah.
Demikianlah orang yang tidak tahu nilai para ulama , sekalipun memakai jubah ulama, mereka hanya seumpama kambing yang cuba menanduk bebatuan gunung!
Wednesday, January 8, 2025
Tentang Helah Istighasah
Orang yang mengharuskan istighasah kepada orang matui mengatakan bahawa istighasah itu adalah satu bentuk tawassul dan minta syafaat.Permintaan kepada si mati itu, menurut mereka bukanlah secara hakikatnya, bahkan ia adalah satu bentuk MAJAZ AQLI. Si mati itu hanya perantara anta asi pemohon dengan Allah SWT. Perbuatan monta kepada si mati itu tidak jadi syirik kata mereka, KECUALI jika si pemohon berkeyakinan bahawa si mati itu yang menunaikan hajatnya dan bukan Allah SWT. Si mati yang memberi kesan dan bukan lagi Allah SWT. Di kala iru jadilah syirik. Kata mereka yang mengharuskan istighasah kepada ornag mati.
Dolak dalil hujah sedemikian masih mengelirukan.
Bagaimana hendak mennetukan niat yang serong itu tidak berlaku? Seorang yang minta kepada si mati tapi iktikadnya tetap Allah sebagai pemberi bekas/kesan!
Kita jawab begini sahaja.
Nabi Nuh Alaihissalam, tatkala berdakwah kepada kaumnya yang minta tolong kepada Wadda, Suwa', Yaghus, Ya'uq dan Nasra, baginda melarang mereka daripada perbuatan itu.
Jika ikut logik akal, kalau Nuh minta kaumnya ubah niat mereka ketika mereka menyembah dan minta tolong kepada patung-patung ornag soleh yang mereka bangunkan itu agar meyakini hanya Allah yang boleh memberi kesan, itu lebih gampang . Alangkash susahnya Nuh nak ubah kaumnya agar jangan sembah berhala-berhala itu. Kalau Nuh ubah uslubnya , hanya minta ubah iktiqad dalam soal beri bekas, itu lebih baik bagi dakwahnya.
Kenapa Nuh tak buat begitu???
Jika itu sasarannya, dakwahnya akan lebih ringan dan mudah diterima !
Hujah kedua-Sila baca
Alukah
Permusuhan antara Syiah dengan Sunni
1) Syiah menamakan para ulama yang datang dari kalangan Ahli Sunnah sebagai Ulama Fitnah. Siapa mereka, tidak kira sehebat mana, mereka dil...
-
Dikatakan tiada beza antara Istighasah dengan Tawasul. Demikian dirujuk dalam kitab Syifa'ussiqam fi ziarati khairil anam oleh Taqiyyu...
-
Kitab ini adalah karya seornag ulama bernama Muhammad Abdurrahman bin Abdurrahim Al-Mubarakfuri. Kitab ini adalah syarah kepada Sunan At-T...
-
Di kalangan orang yang diangkat dan dainggap wali besar ada yang Ummi, tidak tahu membaca dan menulis. Namun, riwayat-riwayat yang dinukilka...