Thursday, January 23, 2025

Peringatan buat pendendang keturunan

Asal keturunan bukan asas keafdhalan seseorang. Seseorang itu dari bangsa apa, zuriat siapa,  asal negara mana, bukan penentu kelebihannya berbanding orang yang lain. Justeru, keafdhalan seseroang adalah dinilai berdasarkan taqwanya kepada Allah SWT.

Menilai kelebihan diri berdasarkan asal keturunan adalah pertama kali dibuat oleh Iblis mal'un. Dia melebihkan dirinya berbanding Adam A.s kerana dirinya berasal dari api sebagai mula kejadian sedangkan Adam berasal dari tanah sebagai mula kejadiannya. Para ulama menyebutkan Iblis telah membuat qias yang fasid kerana menyamakan asalnya dari api dan asal Adam dari tanah sebagai perbandingan mulianya dia berbanding Adam.

Betapa Allah SWT telah perlihatkan ada orang kafir anaknya beriman. Dari asal yang buruk dan  sesat terbit yang baik dan beradas di atas cahaya hidayah. Asalnya tidak menentukan duduknya dalam agama di dunia dan akkhirat. Nabi Ibrahim, dari ayah yang kafir dia lahir menjadi Nabi pilihan Allah. Sirah para sahabat memperlihat hal sedemikian banyak sekali terjadi.

Demikian sebaliknya, ada orang yang beriman pula , terbit daripadanya yang buruk dan keji. Anaknya jadi kafir dan musuh Allah. Nabi Nuh misalnya, anaknya mati lemas sebagai kafir. 

Hal ini buat renungan para pendendang keturunan. Jangan asal keturunan Nabi kalian rasa selamat dari azab neraka. Jika kalian bergayut kepada asal keturunan  untuk katakan kalian terbaik, samalah kalian dengan iblis yang direjam. 

Orang awam pula hendaklah faham baik-baik asal keutamaan seornag hamba Allah. Ia terletak pada takwanya dan bukan keturunannya. Jangan jadi ummat yang dunggu dan menghambakan diri kepada manusia lantaran keturunannnya keturunan Nabi, ningrat dan prabu.

No comments:

Post a Comment

MAKNA "HADHRAH"

 Kalimah ini berlegar di kalangan para sufi awalnya. Kemudian ia menjadi sebutan orang awam dalam permulaan majlis-masjlis zikir mereka. Di ...