Friday, January 24, 2025

MAKNA "HADHRAH"

 Kalimah ini berlegar di kalangan para sufi awalnya. Kemudian ia menjadi sebutan orang awam dalam permulaan majlis-masjlis zikir mereka. Di kalangan ornag Melayu pula, memulakan majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya, perkata "Ila Hadhratin Nabiyy" menjadi trend yang telah diterima pakai.

Apa Makna Hadhrah?

Jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada siapa yang menjawab dna pemahaman yang berberbeza. Ia sama sahaja tatkala pelbagai orang mengulas tentang Maulid Nabi , sama ada ia bid'ah atau sunnah.

Dr. Ali Jumu'ah ketika menghuiraikan makna Hadhrah yang dipakai oleh kalangan Sufi, dia mengatakan ia membawa maksusd kebersamaan "hal" bukan kebersamaan " makaniyyah".

Ada kalangan menjelaskan hadhrah itu adalah pancaran Nur Muahammadi (jaringan perhubungan ilahi melalui nur muhammadi)-itulah keadaan dipanggil hadhrah.

Kalangan Salafi menolak penggunaan kata Hadhrah kerana ia membawa pemhaman kehaidran Nabi SAW sebagaimana yang dipercayai sebahagian turuq Sufi.

Wallahu a'lam...

Jika aku, aku tidak mahu terjerumus ke dalam tasyabbuh dengan kepercayaan yang khurafat, maka aku ambil pendekatan mengelakkan daripada menyebutnya.

Catatan tambahan:

Begitu luas pengaruh Hadhrah yang dimulakan oleh kalangan tariqat Sufi sehingga kini kita dibiasakan mendengar ungkapan-ungkapan seperti:

  1. Ila hadratin Nabiy
  2. Hadirin dan hadirat
  3. Ke Hadrat ilahi....
  4. Hadrat umar Al-Khattab ( bahasa orang Tabligh)


No comments:

Post a Comment

MAKNA "HADHRAH"

 Kalimah ini berlegar di kalangan para sufi awalnya. Kemudian ia menjadi sebutan orang awam dalam permulaan majlis-masjlis zikir mereka. Di ...