Wednesday, January 15, 2025

WANITA BERMUSAFIR TANPA MAHRAM

Hadis nabi yang diriwayatkan oleh Adi bin hatim dan terdapat di dalam Saheh Bukhari:

Rasulullah SAW bersabda:

فإن طالت بك حياة، لترين الظعينة ترتحل من الحيرة حتى تطوف بالكعبة، لا تخاف أحدا إلا الله 

قال عدي: فرأيت الظعينة ترتحل من الحيرة حتى تطوف بالكعبة لا تخاف إلا الله

Ada kemuskilan- Apakah Hadis ini menajdi dalil bahawa seorang perempuan boleh bermusafir tanpa mahramnya?


Ada hadis-hadis yang lain yang jelas melarang permusafiran perempuan tanpa disertai mahramnya. Umapanya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri (Saheh MUslim) bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر سفراً يكون ثلاثة أيام فصاعداً إلا ومعها أبوها، أو ابنها، أو زوجها، أو أخوها، أو ذو محرم منها

Darul Ifta' Al-Misriyah menfatwakan bahawa harus wanita bermusafir tanpa mahram jika illah larangan musafir tanpa mahram itu telah tiada. Justeru, jika aman perjalanan dan mematuhi syariat, maka haruslah musafir tanpa mahram.

Rujuk: Majallatul Ifta'

Namun , di sana ada pandangan yang rigid mensyaratkan ada mahram bersama wanita yang ingin bermusafir.

Hal ini khilaf dan keluar daripada khilaf itu lebih baik

No comments:

Post a Comment

Isu Tawassul-Pilih sahaja sikap anda!

Bertawassul dengan orang mati adalah isu yang diperdebatkan antara kelompok di kalangan Muslimin. Ada kalangan ulama menegaskan bahawa ia ad...