Usamah Al-Azhari itu adalah seorang pejabat kerajaan As-Sisi. Beliau , kalau hendak dikatakan ulama, adalah Ulama As-Sultan. Beliau adalah menteri waqaf Mesir.
Baru-baru ini dalam satu acara viva tesis, beliauy mengkritikan rujukan penulisan yang mengambil pandangan Syeikh Soleh Al-Othaimin, tokoh ulama Arab Saudi yang bagi orang yang terpalit virus anti wahabi, sangat antikannya.
Saya telah membaca beberapa kitabnya dari sekian banyak kitabnya dan saya mengkagumi keilmuannya. Moga Allah memberkati ilmunya yang aku petik.
Usamah Al-Azhari itu mengatakan Syeikh Ibn Othaimin itu mengkafirkan Azhari (ulama Azhar) dan Ibn Othaimin tidak layak dijadikan rujukan dalam penulisan ilmiah. Begitulah perkataanya.
Ramai yang mengkritik perkatannya itu dan yang paling penting, kritikan itu datang daripada dalam lubuk Azhar sendiri iaitu Syeikh Dr. Mahmud Taufiq Saad yang merupakan ulama besar Azhari.
Sebenarnya, Usamah Azhari itu tiada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan Syeikh Othaimin. Syaikh Ibn Othaimin itu telah wafat dan namanya masih disebut dan kitabnya masih dibaca dengan ghairah orang orang Islam seantero dunia. Cuba...Usamah Azhari itu mati kelak, adakah dia akan menimati berkat ilmu sedemikian?Apakah dia akan masih disebut ornag dalam penulisan ilmiah? Bahkan apakah namanya masih dibarisi sebagai ulama?
Hakl sedemikian kita saksikan sebagai satu karamah. Ulama yang sudah meninggal ratusan tahun pun, kitabnya masih dibaca dan dibahaskan. Kitabnya, pemikirannya dan pandangannya menimbulkan perdebatan yang mencetuskan perkembangan ilmu. Lihat Ibn Taimiyyah sebagai contoh. Berapa ramai yang mengkritiknya dengan kebencian, namun mereka hanya seperti Natihul Jabal, sang kambing gurun di lereng gunung yang cuba menanduk bebatuan gunung dengan harapan gunung runtuh. Gunung tak runtuh tapi tanduknyalah patah.
Demikianlah orang yang tidak tahu nilai para ulama , sekalipun memakai jubah ulama, mereka hanya seumpama kambing yang cuba menanduk bebatuan gunung!
No comments:
Post a Comment