Para pelampau dari kalangan pengikut syaikh tarikat membuat cerita rekaan yang pelbagai. Mereka lakukan itu adalah untuk mendoktrin para pengikut dan khalayak agar mengangkat kedudukan syeikh set
Tarikat Ahmadiyyah penuh dengan cerita bohong tentang kekeramatan Syaikh Ahmad Al-Badawi. Salah satunya adalah cerita mengenai kemampuan mencabut ilmu dan iman seseorang.
Kononnya satu ketika telah datang dari Damsyid ke Mesir seorang yang bernama Al-'Allamah Syamsuddin Muhammad bin Al-Liban (Ibn Al-Liban ) lalu dia disambut oleh Qodhi Al-Qudhat Mesir , lalu dia melihat seroang pengikut ajaran Al-Badawi mengucapkan sesuatu di jalanan . Orang itu mengucapkan solawat dan salam kepada Rasulullah dan juga kepada Syeikh Al-Badawi yang sudah mati. Diucapkannya pula dengan suara yang kuat di jalanan selepas solat insya. Dua hal itu dilihat sebagai mungkar oleh Ibn Al-Liban dan dia menyampaikan hasratnya kepada Qadhi Al-Qudhat yang menemaninya untuk mengajar dan membertulkkan kesalahan orang itu. Qadhi Al-Qudhat memberi keuzuran kepada lelaki itu. Namun Ibn Al-Liban keberatan.
Apa jadi? Dalam cerita ini, kononnya selepas itu Ibn Al-Liban telah tidur dan dia bermimpi melihat bumbung masjid pecah dan turun dua orang kepadanya. Seorang berdiri di kepala dan seorang lagi berdiri di sebelah kaki.
"Kita cabut iman daripadanya!" , kata seorang.
" tidak kita cabut sahaja ilmu dan quran daripadanya, danm biarkan iman. Dia telah mempertikaikan hak Syeikh Ahmad Al-Badawi...", balas seorang lagi.
Lalu Ibn LIban dalam mimpinya digoncang dengan kuiat dan bila sedar dari tidurnya, dia lupa ilmu dan Al-Quran.
Maka IBn Libban seharian itu kebingungan dan lupa ilmu dan Quran. Dia menangis dan pergi berjumpa dengan seorang ahli tariqat di Zawiyah Ahmad Al-Badawi. Merayu penyelesaian. Lalu di suruhnya ke Iskandariah dan cari orang bernama Yaqut Al-'Arsyi
Yaqut Al-'Arsyi suruh Ibn AL-Liban berwuduk , solat dan berzikir. 3 Hari kemudian dia mendapat mimpi melibhat Nabi Muhammad duduk di atas kerusi daripada cahaya dan para Nabi semua duduk atas kerusi sedang syeikh Ahmad Al-Badawi duduk di depan baginda
dan bermimpi dia dicabutkan ilmu dan Quran dari hatinya.
Abdullah bin Muhamamd As-Sidiq Al-Ghumari dalam kitabnya " Al-Mausu'ah" menyebutkan bahawa jika anda mendengar cerita bahawa ada Nabi, Wali atau Malaikat yang boleh mencabut iman seseorang atau mengembalikannya, ketahuilah bahawa cerita sedemikian adalah dusta sedustanya. Kudrat itu hanya ada pada Allah sebagai pencipta! (Jil 3, Ms61)
Laknat Allah atas pembuat cerita dusta itu, kata Abdullah Al-Ghimari! Ya, pereka cerita memang patut dilaknat.
No comments:
Post a Comment